Dinasti kedua Mesir
Zaman dan Dinasti Mesir Kuno |
---|
Semua tahun adalah SM |
Dinasti Kedua Mesir purba lazim digabungkan dengan dinasti pertama dalam kelompok yang sama, Tempoh Dinasti Awal Mesir. Pusat pemerintahan pada waktu itu adalah Thinis.
Pemerintah
[sunting | sunting sumber]Nama-nama pemerintah Dinasti Kedua sedang diperdebatkan. Untuk lima raja pertama, sumber-sumber cukup berpandangan sama. Penguasa yang diketahui dalam sejarah Mesir, untuk Dinasti Kedua adalah sebagai berikut:
Nama | Tempoh |
---|---|
Hotepsekhemwy | 38 |
Raneb (juga dibaca Nebra) | 39 |
Nynetjer | 40 |
Weneg | 8 |
Senedj | 20 |
Namun, identiti untuk dua atau tiga pemerintah selanjutnya tidak begitu jelas. Di bahagian kiri adalah nama penguasa yang ditetapkan kebanyakan Ahli kaji Mesir purba; di bahagian kanan adalah nama yang terdapat pada Aegyptica Manetho:
Pemerintah | Senarai Manetho |
---|---|
Peribsen | Kaires |
Nepherkheres | |
Sekhemib-Perenmaat | Sesokhris |
Dan untuk pemerintah terakhir terdapat kesepakatan:
Nama | Tempoh |
---|---|
Khasekhemwy | 17–18 |
Walaupun Manetho menyatakan bahawa ibu kota dinasti ini berada di Thinis, sama seperti Dinasti pertama Mesir, tiga raja pertama dimakamkan di Saqqara, menunjukkan bahawa pusat kekuatan telah berpindah ke Memphis. Maka, tidak banyak yang dapat diperdebatkan mengenai kejadian-kejadian dalam tempoh itu; catatan tahunan pada batu Palermo hanya kukuh pada bahagian akhir pemerintahan Raneb dan sebahagian pemerintahan Nynetjer. Suatu kejadian penting mungkin terjadi selama pemerintahan Khasekhemwy: banyak ahli kaji Mesir purba membaca namanya sebagai ("Dua Kekuatan yang Dimahkotakan") untuk memperingati penyatuan Mesir Hulu dan Mesir Hilir.