Datuk Bandar Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur | |
---|---|
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | |
Gelaran | Yang Berbahagia |
Lapor kepada | Menteri Wilayah Persekutuan |
Bidang kuasa | Kuala Lumpur |
Pusat | Tingkat 28, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
Tempoh jawatan | 2 tahun |
Penjawat sulung | Tan Sri Lokman Yusof |
Dibentuk | 1 Februari 1972 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur selepas penaiktarafan status Kuala Lumpur sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972.
Penyandang Datuk Bandar Kuala Lumpur yang terkini ialah Dato Seri Maimunah Mohd Sharif.
Pelantikan
[sunting | sunting sumber]Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan[1] setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta persetujuan oleh Perdana Menteri Malaysia[2]. Tempoh bagi jawatan ini dipegang ialah selama 2 tahun[2].
Penyandang
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur.[3].
Tempoh | Nama Datuk Bandar | Lahir - Mati | Parti politik |
---|---|---|---|
1 Feb 1972 - 13 Mei 1972 | Tan Sri Lokman Yusof | 1910 - 1972 | Tidak berparti |
1 Jul 1972 - 31 Oktober 1980 | Tan Sri Yaakob Latiff | 1918 - 1986 | Tidak berparti |
1 November 1980 - 17 September 1992 | Tan Sri Elyas Omar | 1936 - 2018 | Tidak berparti |
17 November 1992 - 12 Disember 1995 | Tan Sri Dr. Mazlan Ahmad | 1941 - 2018 | Tidak berparti |
13 Dis 1995 - 13 Dis 2001 | Tan Sri Kamaruzzaman Shariff | 1941 | Tidak berparti |
14 Dis 2001 - 13 Dis 2003 | Datuk Haji Mohamad Shaid Mohd Taufek | 1947 | Tidak berparti |
14 Dis 2003 - 13 Dis 2005 | Datuk Seri Haji Ruslin Hasan | 1949 | Tidak berparti |
14 Dis 2005 - 13 Dis 2007 | Datuk Seri Abdul Hakim Borhan | 1951 | Tidak berparti |
14 Dis 2007 - 13 Julai 2013 | Tan Sri Ahmad Fuad Ismail | 1953 | Tidak berparti |
18 Julai 2013 - 17 Julai 2015 | Tan Sri Ahmad Phesal Talib | 1955 | Tidak berparti |
18 Julai 2015 - 30 September 2018 | Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz | 1955 | Tidak berparti |
2 Oktober 2018 - 30 September 2020 | Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan | 1957 | Tidak berparti |
1 Oktober 2020 - 31 Mac 2023 | Datuk Seri Mahadi Che Ngah | 1959 | Tidak berparti |
17 April 2023 - 14 Ogos 2024 | Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh | 1964 | Tidak berparti |
15 Ogos 2024 - kini | Dato Seri Maimunah Mohd Sharif | 1961 | Tidak berparti |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Malaysia's towns and cities are governed by appointed mayors" (dalam bahasa English). 2006. Dicapai pada 9 Oktober 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/01/12/jubli-emas-kenali-datuk-bandar-kuala-lumpur/