Pergi ke kandungan

Bolak-balik angkasa lepas Atlantis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bolak-balik angkasa lepas Atlantis
Pelancaran Atlantis untuk misi STS-122 ke Stesen Angkasa Antarabangsa, 2008
Atlantis
OV-104
Gelaran Kenderaan Pengorbit:OV-104
Negara:Amerika Syarikat
Anugerah kontrak:29 Januari 1979
Dinamakan selepas:RV Atlantis
Penerbangan Pertama:STS-51-J
3–7 Oktober 1985
Penerbangan Terakhir:STS-135
8-21 Julai 2011
Bilangan Misi:33
Anak Kapal:191
Masa dihabis di angkasa:306 hari, 14 jam, 12 minit, 43 saat
Bilangan orbit:4,848
Jarak Perjalanan :125,935,769 batu (202,673,974 km)
Bilangan Satelit diatur:14
Berlabuh diMir:7
Berlabuh di ISS:12
Status:Bersara

Bolak-balik angkasa lepas Atlantis (Designasi Kenderaan Pengorbit: OV-104) adalah kapal angkasa lepas aktif terakhir dalam armada bolak-balik angkasa lepas yang dimiliki oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa (NASA).[1] Ia merupakan bolak-balik keempat dibina, dan tiba di Pusat Angkasa Kennedy John F. Kennedy di timur Florida pada April 1985.[2][3] Berikutan kemusnahan Challenger dan Columbia, ia merupakan satu daripada tiga bolak-balik yang paling banyak beroperasi bersama Discovery dan Endeavour.

Misi terakhir Atlantis adalah STS-135, penerbangan terakhir sebelum program Space Shuttle tamat. Penerbangan terakhir ini diberikan kebenaran oleh Presiden Barack Obama pada Oktober 2010, untuk membawa bekalan tambahan ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan mengambil kesempatan daripada persediaan yang dijalankan untuk misi Lancar jika Perlu, yang hanya akan dilancarkan sekiranya anak kapal STS-134 Endeavour memerlukan penyelamatan.[4] Atlantis berjaya dilancarkan buat kali terakhir pada 8 Julai 2011 jam 16:29 UTC, dan mendarat di Pusat Angkasa Kennedy pada 21 Julai 2011 jam 09:57 UTC. Di akhir misinya, Atlantis telah mengorbit Bumi 4,848 kali, dan berjalan hampir 126 juta batu di angkasa atau lebih daripada 525 kali jarak Bumi ke Bulan.

Sejarah operasi

[sunting | sunting sumber]

Bolak-balik angkasa lepas Atlantis telah membuat penerbangannya yang pertama dalam bulan Oktober 1985 dengan misi STS-51-J, melakukan aktiviti-aktiviti ketenteraan sulit, satu daripada lima penerbangan yang sama.[5] Ia terbang sekali lagi, misi STS-61-B yang dilancarkan di waktu malam, sebelum bencana Space Shuttle Challenger menghentikan sementara armada bolak-balik pada 1986. Pada tahun 1989, Atlantis telah mengatur kedudukan dua kuar antara planet, Magellan ke Zuhrah (STS-30) dan Galileo ke Musytari (STS-34).[6] Pada misi STS-37 tahun 1991 pula, ia telah mengatur kedudukan Balai Cerap Sinar Gamma Compton.

Mulai 1995 dengan STS-71, Atlantis menjalankan tujuh misi ke pangkalan angkasa lepas Rusia Mir.[7] Mulai STS-101 pada 2000 pula, Atlantis menghantar bekalan dan peralatan ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Misi pertama Atlantis selepas bencana Space Shuttle Columbia pula adalah STS-115, dijalankan pada September 2006.[8]

Penerbangan

[sunting | sunting sumber]
Bolak-balik angkasa lepas Atlantis di tapak pelancaran STS-115, 2006

Bolak-balik angkasa lepas Atlantis sudah melaksanakan 33 penerbangan, menghabiskan 306.59 hari di angkasa, menyudahkan 4,848 orbit, dan telah terbang 125,935,769 batu keseluruhannya, setakat Julai 2011 (STS-135).

# Tarikh pelancaran Nama Pad pelancaran Lokasi mendarat Tempoh Jarak[9] Nota
1 3 Oktober 1985 STS-51-J 39A Edwards AFB 4 hari, 1 jam, 44 minit, 38 saat 1,682,641 batu (2,707,948 km) Misi Atlantis pertama; misi ini dikhaskan kepada Jabatan Pertahanan. Melancarkan 2 satelit DSCS-III ke orbit pegun.[10]
2 26 November 1985 STS-61-B 39A Edwards AFB 6 hari, 21 jam, 4 minit, 49 saat 2,466,956 batu (3,970,181 km) 3 satelit komunikasi telah diatur kedudukannya: MORELOS-B, AUSSAT-2 dan SATCOM KU-2.
3 2 Disember 1988 STS-27 39B Edwards AFB 4 hari, 9 jam, 5 minit, 37 saat 1,812,075 batu (2,916,252 km) Misi ini dikhaskan kepada Jabatan Pertahanan. Melancarkan satelit Lacrosse 1.[11]
4 4 Mei 1989 STS-30 39B Edwards AFB 4 hari, 0 jam, 56 minit, 28 saat 1,477,500 batu (2,377,800 km) Melancarkan kuar Magellan ke Zuhrah.
5 18 Oktober 1989 STS-34 39B Edwards AFB 4 hari, 23 jam, 39 minit, 20 saat 1,800,000 batu (2,900,000 km) Melancarkan kuar Galileo ke Musytari.
6 28 Februari 1990 STS-36 39A Edwards AFB 4 hari, 10 jam, 18 minit, 22 saat 1,837,962 batu (2,957,913 km) Misi ini dikhaskan kepada Jabatan Pertahanan. Melancarkan satelit Misty.
7 15 November 1990 STS-38 39A KSC 4 hari, 21 jam, 54 minit, 31 saat 2,045,056 batu (3,291,199 km) Misi ini dikhaskan kepada Jabatan Pertahanan. Melancarkan satelit ELINT Magnum.
8 5 April 1991 STS-37 39B Edwards AFB 5 hari, 23 jam, 32 minit, 44 saat 2,487,075 batu (4,002,559 km) Mengatur kedudukan Balai Cerap Sinar Gamma Compton (GRO).
9 2 Ogos 1991 STS-43 39A KSC 8 hari, 21 jam, 21 minit, 25 saat 3,700,400 batu (5,955,200 km) Mengatur kedudukan TDRS-5.
10 24 November 1991 STS-44 39A Edwards AFB 6 hari, 22 jam, 50 minit, 44 saat 2,890,067 batu (4,651,112 km) Misi ini dikhaskan kepada Jabatan Pertahanan. Melancarkan satelit DSP.
11 24 Mac 1992 STS-45 39A KSC 8 hari, 22 jam, 9 minit, 28 saat 3,274,946 batu (5,270,515 km) Membawa misi Makmal Atmosfera bagi Aplikasi dan Sains pertama (ATLAS-1).
12 31 Julai 1992 STS-46 39A KSC 7 hari, 23 jam, 15 minit, 3 saat 3,321,007 batu (5,344,643 km) Mengatur kedudukan European Retrievable Carrier (EURECA) ESA dan Tethered Satellite System (TSS) NASA.
13 3 November 1994 STS-66 39B Edwards AFB 10 hari, 22 jam, 34 minit, 2 saat 4,554,791 batu (7,330,226 km) Membawa misi ATLAS-3, juga CRISTA.
14 29 Jun 1995 STS-71 39A KSC 9 hari, 19 jam, 22 minit, 17 saat 4,100,000 batu (6,600,000 km) Berlabuh kali pertama dengan pangkalan angkasa lepas Mir. Penerbangan angkasa manusia A.S. ke-100.
15 12 November 1995 STS-74 39A KSC 8 hari, 4 jam, 31 minit, 42 saat 3,400,000 batu (5,500,000 km) Membawa modul berlabuh ke Mir.
16 22 Mac 1996 STS-76 39B Edwards AFB 9 hari, 5 jam, 16 minit, 48 saat 3,800,000 batu (6,100,000 km) Pertemuan dengan Mir, termasuk pemindahan anak kapal Shannon Lucid. Aktiviti luar kenderaan (EVA) A.S. pertama.
17 16 September 1996 STS-79 39A KSC 10 hari, 3 jam, 19 minit, 28 saat 3,900,000 batu (6,300,000 km) Pertemuan dengan Mir, termasuk pemindahan anak kapal Shannon Lucid dan John Blaha.
18 12 Januari 1997 STS-81 39B KSC 10 hari, 4 jam, 56 minit, 30 saat 3,900,000 batu (6,300,000 km) Pertemuan dengan Mir, termasuk pemindahan anak kapal John Blaha dan Jerry Linenger.
19 15 Mei 1997 STS-84 39A KSC 9 hari, 5 jam, 20 minit, 47 saat 3,600,000 batu (5,800,000 km) Pertemuan dengan Mir, termasuk pemindahan anak kapal Jerry Linenger dan Michael Foale.
20 25 September 1997 STS-86 39A KSC 10 hari, 19 jam, 22 minit, 12 saat 4,225,000 batu (6,799,000 km) Pertemuan dengan Mir, termasuk pemindahan anak kapal Michael Foale dan David A. Wolf.
21 19 Mei 2000 STS-101 39A KSC 9 hari, 21 jam, 10 minit, 10 saat 5,076,281 batu (8,169,482 km) Misi pembekalan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
22 8 September 2000 STS-106 39B KSC 11 hari, 19 jam, 12 minit, 15 saat 4,919,243 batu (7,916,754 km) Misi pembekalan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
23 7 Februari 2001 STS-98 39A Edwards AFB 12 hari, 21 jam, 21 minit 5,369,576 batu (8,641,495 km) Misi pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (membawa dan memasang Modul Makmal Destiny).
24 12 Julai 2001 STS-104 39B KSC 12 hari, 18 jam, 36 minit, 39 saat 5,309,429 batu (8,544,698 km) Misi pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (membawa dan memasang Quest Joint Airlock).[12]
25 8 April 2002 STS-110 39B KSC 10 hari, 19 jam, 43 minit, 48 saat 4,525,299 batu (7,282,763 km) Misi pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (membawa dan memasang segmen kekuda S0).
26 7 Oktober 2002 STS-112 39B KSC 10 hari, 19 jam, 58 minit, 44 saat 4,513,015 batu (7,262,994 km) Misi pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (membawa dan memasang segmen kekuda S1). Kali pertama kamera dipasang pada tangki luaran dan merakam kenaikan ke orbit.[13][14]
27 9 September 2006 STS-115 39B KSC 11 hari, 19 jam, 6 minit, 35 saat 4,910,288 batu (7,902,343 km) Misi pembekalan dan pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (segmen kekuda P3 dan P4 dan panel suria 2A dan 4A). Misi pemasangan ISS pertama selepas bencana Columbia.
28 8 Jun 2007 STS-117 39A Edwards AFB 13 hari, 20 jam, 12 minit, 44 saat 5,809,363 batu (9,349,263 km) Misi pembekalan dan pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (segmen kekuda S3 dan S4).[15] Membawa anak kapal Ekspedisi 15 Clayton Anderson ke ISS, dan kembali dengan Sunita Williams.
29 7 Februari 2008 STS-122 39A KSC 12 hari, 18 jam, 21 minit, 50 saat 5,296,842 batu (8,524,441 km) Misi pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (membawa dan memasang Makmal Columbus). Membawa angkasawan ESA Léopold Eyharts dan membawa kembali anak kapal Ekspedisi 16 Daniel M. Tani ke Bumi.
30 11 Mei 2009 STS-125 39A Edwards AFB 12 hari, 21 jam, 37 minit, 9 saat 5,276,000 batu (8,491,000 km) Misi Merawat Teleskop Angkasa Hubble terakhir.
31 16 November 2009 STS-129 39A KSC 10 hari, 19 jam, 16 minit, 13 saat 4,490,138 batu (7,226,177 km) Misi pembekalan dan pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (ELC-1/ELC-2).[16]
32 14 Mei 2010 STS-132 39A KSC 11 hari, 18 jam, 29 minit, 09 saat 4,879,978 batu (7,853,563 km) Misi pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa (Modul Rassvet dan palet Integrated Cargo Carrier-Vertical Light Deployable (ICC-VLD)).[17]
33 8 Julai 2011 STS-135 39A KSC 12 hari, 18 jam, 28 minit, 50 saat Misi pembekalan Stesen Angkasa Antarabangsa. Misi terakhir Atlantis dan program Space Shuttle. Terbang dengan cuma 4 anak kapal.[18]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Space Shuttle Overview: Atlantis (OV-104)". NASA. 2007. Dicapai pada 6 November 2007.
  2. ^ Justin Ray (11 Mei 2010). "Respecting Atlantis as the shuttle faces retirement". Spaceflight Now. Dicapai pada 13 Mei 2010.
  3. ^ Peter W. Merlin (20 Mei 2010). "Space Shuttle Atlantis Wraps Up 25-year Career". NASA. Dicapai pada 25 Julai 2010.
  4. ^ Amy Svitak (19 November 2010). "Bolden Says Extra Shuttle Flight Needed As Hedge Against Additional COTS Delays". Space News International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 16 Mac 2011.
  5. ^ "Space shuttle Atlantis moves to launch pad for final planned flight". Collect SPACE. 22 April 2010. Dicapai pada 25 Julai 2010.
  6. ^ Karen Rowan (12 Mei 2010). "7 Cool Things You Didn't Know About Space Shuttle Atlantis". SPACE.com. Dicapai pada 13 Mei 2010.
  7. ^ NASA. "STS-71". Dicapai pada 25 Julai 2010.
  8. ^ NASA (28 September 2006). "STS-115: A Mission to Build On". Dicapai pada 25 Julai 2010.
  9. ^ NASA (Mei 2010). "Space Shuttle Mission STS-132 Press Kit" (PDF).
  10. ^ Dwayne Day (4 Januari 2010). "A lighter shade of black: the (non) mystery of STS-51J". The Space Review. Dicapai pada 21 Julai 2011.
  11. ^ William Harwood (27 Mac 2009). "Legendary commander tells story of shuttle's close call". Spaceflight Now. Dicapai pada 25 Julai 2010..
  12. ^ G. D. Hopson (28 Jun 2001). "Atlantis STS 104 Space Shuttle Program SSME Flight Readiness Review" (PDF). Dicapai pada 25 Julai 2010.
  13. ^ Stephen Clark (12 September 2002). "Sneak peek at 'shuttlecam'". Spaceflight Now. Dicapai pada 25 Julai 2010.
  14. ^ NASA. "STS 112 Daily Videos: Flight Day 1". Dicapai pada 25 Julai 2010.
  15. ^ William Harwood (2007). "STS-117 Mission Coverage". CBS News. Spaceflightnow.com. Dicapai pada 7 Disember 2007.
  16. ^ Elaine M. Marconi (4 Disember 2009). "Mission STS-129: Delivering the Goods". NASA.gov. Dicapai pada 25 Julai 2010.
  17. ^ William Harwood (12 Mei 2010). "Mission preview: Atlantis to launch Russian mini module". Spaceflight Now. Dicapai pada 25 Julai 2010.
  18. ^ Chris Bergin (20 Ogos 2010). "NASA managers approve STS-135 mission planning for June 28, 2011 launch". NASASpaceflight.com. Dicapai pada 16 Mac 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]