Baruna Jaya I
Baruna Jaya I (KAL-IV-02) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis kapal pemetaan/penyelidik yang bertugas bagi pemetaan wilayah-wilayah di Indonesia. Ia dibina pada tahun 1989.
Kapal Baruna Jaya I milik Indonesia merupakan kapal pemetaan/penyelidik. Baruna Jaya I memenuhi keperluan pemetaan Indonesia bagi tujuan ketenteraan dan pengawasan wilayah-wilayah Indonesia. Baruna Jaya I dibina oleh CMN, Cherbourg, Perancis.
Baruna Jaya I mempunyai 37 orang anak kapal tambahan 26 kakitangan pemetaan. Baruna Jaya I dilengkapi untuk misi pengawasan, pemetaan dan penyelidikan.
Kapal Baruna Jaya I sepanjang 60.03 m; 11.61 meter * 5.31 meter ( 197 kaki panjang * 38 kaki * 17.4 kaki) mempunyai kelajuan pada 14 batu nautikal. Baruna Jaya I mempunyai seseran 1,350 tan penuh.
Kapal lain dalam kelas yang sama adalah Baruna Jaya I, Baruna Jaya II, Baruna Jaya III, Baruna Jaya IV, dan Baruna Jaya VIII.
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Baruna Jaya I mempunyai kemudahan pengawasan dan penyelidikan hidrografik dan oceanografik.
TUJAHAN
[sunting | sunting sumber]Kapal Baruna Jaya I mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada satu gandar yang menghasilkan 2,990 bhp secara berterusan dan mampu bergerak pada kelajuan 14 batu nautikal.