Pergi ke kandungan

Bahasa koine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa koine, dialek koine, atau ringkasnya koine (Yunani Purba: κοινή, "[bahasa] biasa") ialah bahasa atau dialek standard yang dibuat oleh orang yang bercakap bahasa atau dialek yang berkait rapat supaya boleh bercakap dan menulis antara satu sama lain dengan mudah. Ia dicipta dengan menggabungkan fonologi, perbendaharaan kata dan tatabahasa daripada dialek-dialek yang berbeza (kadangkala mencipta perkataan dan tatabahasa baharu). Nama "koine" berasal daripada bahasa Yunani Koine, dialek biasa yang digunakan oleh orang Yunani untuk bercakap dan menulis kepada orang Yunani dari negara kota lain.

Koine berbeza dengan bahasa pijin atau kreol/campuran kerana bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa yang dicipta untuk orang yang bercakap bahasa yang tidak ada kaitan, atau bahasa yang jauh sekali kaitannya.