Pergi ke kandungan

Ayman Nour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ayman Abd El Aziz Nour (Arab: أيمن عبد العزيز نور), lahir 10 Oktober 1964) adalah seorang ahli politik Mesir. Beliau adalah bekas anggota parlimen Mesir dan merupakan Ketua Umum Hizb al-Ghad ("Parti Hari Esok").

Ayman menjadi terkenal setelah dipenjara pada Januari 2005 oleh Presiden Hosni Mubarak dengan tuduhan mengamalkan korupsi, meskipun tuduhan tersebut ditentangnya. Beliau dilepaskan dari tahanan penjara pada 12 Mac 2005 dan mengikuti pencalonan pemilihan Presiden Mesir pada September 2005. Hasilnya, beliau mendapat tempat kedua selepas Hosni Mubarak.

Nour kemudiannya sekali lagi dimasukkan ke dalam penjara pada 5 Disember 2005. Sekitar dua minggu dipenjara, beliau mula mogok lapar untuk memprotes tindakan penahanannya. Pada 24 Disember, pengadilan pidana Mesir menghukum Nour dengan lima tahun penjara kerana Nour didakwa memalsukan surat-surat pembentukan al-Ghad.[1] Pada 18 Februari 2009, beliau dibebaskan atas sebab kesihatan.[2]

  1. ^ "Oposisi Mesir Dipenjara" (dalam bahasa Indonesia). KOMPAS. 26 Disember 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2009-09-30.
  2. ^ "Egypt's Nour released from jail". BBC News. 18 Februari 2009. Dicapai pada 18 September 2009.