Pergi ke kandungan

Auld Lang Syne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Auld Lang Syne ialah sebuah puisi Scotland karya Robert Burns yang dihasilkan beliau dalam tahun 1788. Puisi ini dipadankan dengan irama sebuah lagu rakyat tradisional. Puisi ini amat terkenal dalam banyak negara yang berbahasa Inggeris dan sering dinyanyikan buat meraikan permulaan Tahun Baru (Masehi) pada jam tengah malam.

Kebanyakan penggunaan lagu ini hanya melibatkan rangkap pertama dan korus. Kekeliruan tentang maksud sebenar kata-kata lirik telah membawa kepada pengguna kata-kata For the sake o atau For the days o pada baris terakhir mahupun ini bukan sebahagian daripada lirik tradisional.

Harus diperhatikan bahawa Burns menggunakan tanda koma atas (apologetic apostrophe) dalam liriknya walaupun sekarang penggunaan tanda ini dikira sebagai salah dari segi penggunaan bahasa Scots. Banyak ejaan Burns kelihatan mirip bahasa Inggeris dan/atau khusus untuk dialeknya. Contoh ejaan dipaparkan di bawah:

Lirik lengkap
Rangkap Bahasa Scots asli Burns [1] Ejaan Bahasa Scots moden Terjemahan separa dalam Bahasa Melayu

Should auld acquaintance be forgot,
And never brought to mind ?
Should auld acquaintance be forgot,
And auld lang syne ?

CHORUS:
For auld lang syne, my jo,
For auld lang syne,
We’ll tak a cup o’ kindness yet,
For auld lang syne.

And surely ye’ll be your pint-stowp !
And surely I’ll be mine !
And we’ll tak a cup o’ kindness yet,
For auld lang syne.

CHORUS

We twa hae run about the braes,
And pu’d the gowans fine ;
But we’ve wander’d mony a weary foot,
Sin auld lang syne.

CHORUS

We twa hae paidl’d i' the burn,
Frae morning sun till dine ;
But seas between us braid hae roar’d
Sin auld lang syne.

CHORUS

And there’s a hand, my trusty fiere !
And gie's a hand o’ thine !
And we’ll tak a right gude-willy waught,
For auld lang syne.

CHORUS

Shoud auld acquentance be forgot,
An niver brocht tae mind ?
Shoud auld acquentance be forgot,
An auld lang syne ?

OWERWIRD:
For auld lang syne, my jo,
For auld lang syne,
We’ll tak a cup o kindness yet,
For auld lang syne.

An shuirly ye’ll be your pint-stowp !
An shuirly A’ll be mine !
An we’ll tak a cup o kindness yet,
For auld lang syne.

OWERWIRD

We twa hae rin aboot the braes,
An poued the gowans fine ;
But we’v wandert mony a weary fit,
Sin auld lang syne.

OWERWIRD

We twa hae paidelt in the burn,
Frae mornin sun till dine ;
But seas atween us braid hae raired
Sin auld lang syne.

OWERWIRD

An thare’s a haund, ma trusty fere !
An gie's a haund o thine !
An we’ll tak a richt guidwilly waucht,
For auld lang syne.

OWERWIRD

Sekarang tiba saatnya untuk berpisah
Marilah kita mohon pada Allah Ta'ala
Semoga Persahabatan Kita dieratkan
Sehati dan sejiwa kita lah selamanya

Sungguh berat hati mengucapkan perpisahan
Sungguh berat hati mengucapkan selamat jalan
Kala masa lalu masa indah penuh kesan
Semua budi baikmu kan selalu kami kenang

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Sambutan Tahun Baru

[sunting | sunting sumber]

Auld Lang Syne lazimnya dinyanikan pada jam tengah malam antara hari terakhir dan hari tahun baru di United Kingdom, Republik Ireland, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Hong Kong, Singapura, Kanada, dan wilayah-wilayah yang bertutur bahasa Inggeris di India, Bangladesh dan Pakistan, dan melambangkan bermulanya tahun baharu.

Di Scotland, lagu ini kadang-kadang dinyanyikan pada penghujung céilidh atau tarian. Sudah menjadi lazim yang semua orang berpegang tangan untuk membuat bulatan di lantai tarian. Pada permulaan rangkap terakhir, semua orang akan menyilang tangan pada pada dada agar tangan kanan menghala ke orang di sebelah kiri dan sebaliknya. Apabila lagu ini tamat, semua orang akan bergerak ke tengah-tengah dengan masih berpegang tangan. Apabila bulatan dibuat semula, semua orang berpusing di bawah tangan dan menghadap ke luar dengan masih memegang tangan. Di luar Scotland, berbeza dengan ragam di Scotland, tangan lazimnya bersilang daripada mula lagu dimain ataupun dinyanyikan.

Ragam Scotland ini ditunjukkan oleh Ratu Elizabeth pada perayaan di Millennium Dome buat menyambut alaf baharu dalam tahun 2000. Akhbar bahasa Inggeris menegur baginda kerana tidak menyilangkan tangan "dengan betul", tanpa menyedari bahawa baginda sebenarnya betul.[2][3]

  1. ^ Maine
  2. ^ "One doesn't do tantrums and tiaras - Telegraph". Telegraph.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-05. Dicapai pada 2008-11-25.
  3. ^ "Queen stays at arm's length". Archive.thisislancashire.co.uk. Dicapai pada 2008-11-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Varian lirik

[sunting | sunting sumber]