Pergi ke kandungan

Ashraf Muslim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ashraf Muslim

Kelahiran
Muhd Ashraf bin Muslim

(1981-09-12) 12 September 1981 (umur 43)
PendidikanPentadbiran, Perniagaan
Pusat pendidikanKuala Lumpur Infrastructure University College
PekerjaanPelakon, Pengacara, Rejimen Askar Wataniah
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
PasanganNoor Dayana Lokman (k. 2011)[1]
Wan Sakinah Wan Saburi (k. 2013)[2]
Anak-anak4

Leftenan Muhd Ashraf Muslim (Jawi: أشرف مسلم; lahir 12 September 1981) merupakan pelakon lelaki Malaysia dan merupakan ahli Rejimen Askar Wataniah, (RAW), Pangkat Leftenan dari Angkatan Tentera Malaysia, (ATM)

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional, Pusat Perubatan Darussyifa' di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan pengacara untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.[3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ashraf dilahirkan pada 12 September 1981 di Teluk Mas, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik dan mempunyai diploma di Kuala Lumpur Infrastructure University College dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Pada tahun 2016, Ashraf telah membintangi Drama Kemboja Di Hati yang bersiaran di TV AlHijrah. Drama 13 episod itu diadaptasikan daripada sebuah novel berjudul sama karya Ramlah Rashid.[4]

Ashraf bersama pendatang baru, Mia Ahmad muncul dalam drama Mr. Boss Miss Stalker yang bersiaran di Slot Dahlia TV3 mengantikan drama Cinta 100 kg pada bulan April 2016. Drama 20 episod ini juga diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Aesya Azahar. Ashraf memegang watak utama iaitu sebagai Hariz Zhafran.[5]

Beliau juga membintangi drama Imam Muda Dari Cairo yang bersiaran di TV1 dalam Slot Kasturi (RTM). Drama tersebut mula bersiaran pada 10 Jun 2016.[6]

Pada 13 Ogos 2016, Ashraf muncul dalam telefilem bertajuk Gerimis Hati Asyikin di TV3.[7]

Tahun 2017, Ashraf kembali muncul dilayar perak untuk filem Bukan Cinta Malaikat yang ditayangkan di Malaysia dan Indonesia. Filem ini juga merupakan kerjasama antara dua buah negara dari Indonesia dan Malaysia dan ditayangkan pada 13 Julai 2017.[8] Ashraf bakal membintangi drama bersiri Cinta Hati Batu yang bakal bersiaran di Slot Lestary TV3. Drama adaptasi novel bertajuk One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof ini akan diarahkan oleh Amor Rizan. Drama ini juga dijangka ditayangkan pada tahun 2017.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Ashraf Muslim (tengah) bersama dua isterinya dan salah seorang anak mereka. (Dari kiri: Wan Nurul Sakinah Wan Saburi dan Nor Dayana Lokman).

Ashraf Muslim mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Anak perempuan sulung beliau dilahirkan oleh isteri kedua beliau pada 5 April 2014 yang diberi nama Sarah Ashraf.[9] Pada 10 Disember 2015, isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana selamat melahirkan anak pertama mereka selepas lima tahun berkahwin. Bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada pukul 2.58 petang itu diberi nama Anas Ashraf.[10][11]

Dan pada 14 September 2015, beliau sekali lagi dikurniakan anak dari isteri kedua beliau iaitu Wan Sakinah yang selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Adam Ashraf.[12]

Ashraf dan isteri Wan Sakinah selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 3.07 kilogram sekitar jam 5.35 petang di Avisena Specialist Hospital pada 3 September 2018.[13]

Pada 12 April 2020, Ashraf disahkan positif COVID-19 selepas kembali dari pengambaran drama bersiri Demi di Scotland, United Kingdom.[14]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Aku Masih Dara Firdaus Filem pertama
2018 Bukan Cinta Malaikat Adam Filem Malaysia-Indonesia
2019 XX Ray III Badrul
2020 Ada Apa Dengan Dosa Ustaz Aariz
2021 Frontliner Ustaz Ashraff
2022 Musyrik Ustaz Akashah
Seratus Penampilan khas
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Impian Illyana Izham TV3 Drama pertama
2007 Manjalara Adam
2008 Impak Maksima the Series Zack
Rahsia Di Sebalik Wajah Syahzman TV2
Renjis Kelana Astro Ria
Dari Mata Arisa Eddy Sham TV1
2008–2009 Juanna
Puaka Niyang Rapik Ustaz Amirul TV3
Renjis 2 Kelana Astro Ria
2009 Yusuff Yusuff TV3
Jangan Pandang Belakang Syakir TV2
2010 Kau Laksana Bulan Razif
Pasukan Gerakan Marin Inspektor Reza Zainal Abidin TV9
Ilusi Rizal TV3
2011 Ustaz Amirul[15] Ustaz Amirul
2016 Kemboja Di Hati TV AlHijrah
Mr. Boss Miss Stalker Hariz Zhafran TV3
Imam Muda Dari Cairo Dr. Fitri TV1
Biar Aku Jadi Penunggu Afeef Adwan TV3
2017 Cinta Hati Batu Dzul Ehsan
2018 Budak Boys Mejar Faisham
Geng Tadarus Ustaz Azlan TV2
Mencari Qiblat TV3
2019 Dia Menantu Rahsia Syakir
2020 You Kat...? Iskandar Awesome TV
2022 3 Nota Cinta Zain TV3
Imamku Okey Adam TV Okey
Taufiq Hidayat Taufiq / Hidayat
Ada Apa Dengan Saka Dato' Shuk TV9
Demi Arman TV Okey
2023 Nenek Bongkok Tiga Haikal Viu
Obsesi Dia Rizq TV3
Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP
2024 Perempuan Ilmu Hitam Shamil Tonton
Khilaf Yang Tertulis Amir TV3
Gadis Dan Angan Angan Cikgu Ekonomi

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Jangan Lupa Amir NTV7
2013 Surat Untuk Dia TV AlHijrah
2014 Mr. Istikharah Hafiz TV3
2016 Gerimis Hati Asyikin Zamri
Gelap Yang Terang TV2
2017 Mahram TV9
2018 Kampung Kuala Lambat Mukmin Astro Citra
2019 Ini Harta Bedu Punya Sadiq TV3
Anak Syurga Ikmal
Kenduri Hari Merdeka Zainol
2020 Ustazah Ekpress TV Okey
2022 Dari Hatiku Ke Hatimu Zaid TV3
2023 Maaf Terakhir Ustaz Raffi

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Rangkaian TV Catatan
2011 Ketuk - Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1
2017 Assalammualaikum Pengacara TV AlHijrah
3 Juara Artis jemputan TV3 bersama Janna Nick; 8 Januari
Oh My Pondok Astro Oasis 13 Jun
Jom Berbuka TV9 bersama ahli keluarga beliau (27 Mei)
Da'i Pendakwah Nusantara (Musim 5) TV3 16 Julai
2019 Tetamu Allah Pengacara Astro Oasis
Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Muzikal Patung Kertas 08 Kerry
Muzikal Patriot Yahya
2016 Muzikal Randai Cindua Mato[16][17]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Janna Nick) Tercalon
  1. ^ Budiey (4 September 2011). "Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 November 2011.
  2. ^ "Saya Kahwin Sebab Nak Kahwin - Ashraf Muslim". Malaysian Digest. Dicapai pada 5 November 2011.
  3. ^ "Ashraf Amal Perubatan Tradisional". mSTAR Online. 19 Jun 2011. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  4. ^ Wartawan Sinar Harian. "Kemboja Di Hati taruhan terbaharu Alhijrah". Sinar Harian. Dicapai pada 5 November 2016.
  5. ^ Drama Mr Boss Miss Stalker (TV3) InfoTaip.com. Diperoleh pada 1 April 2016.
  6. ^ Drama Imam Muda Dari Cairo (TV1) InfoTaip. Diperoleh pada 1 Jun 2016.
  7. ^ Gerimis Hati Asyikin Papar Sindiket Jual Bayi Diarkibkan 2016-08-20 di Wayback Machine Ewahewah. Diperoleh pada 1 September 2016.
  8. ^ "Bukan Cinta Malaikat' Tayang 13 Juli 2017". Kompas. 23 Mei 2017. Dicapai pada 26 Mei 2017.
  9. ^ Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslin bersalin MediaMalaya. Diperoleh pada 5 November 2015.
  10. ^ Isteri pertama Ashraf Muslim lahirkan anak lelaki Berita Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  11. ^ Anas Ashraf Nama Anak Pertama Ashraf Muslim Dan Dayana Rotikaya. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  12. ^ Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Bersalin Diarkibkan 2016-03-27 di Wayback Machine Sinar FM. Diperoleh pada 1 Oktober 2015.
  13. ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 September 2018). Ashraf Muslim timang anak keempat Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2018.
  14. ^ Zaidi Mohamad (15 April 2020). "Ashraf Muslim positif COVID-19". Berita Harian. Dicapai pada 22 April 2020.
  15. ^ Ashraf Muslim & Eira Syazira dalam Ustaz Amirul Budiey, Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 30 Jun 2015.
  16. ^ Ashraf Muslim di Sidang Akhbar Teater Muzika Randai Cindua Mato Utusan Malaysia (23 Februari 2016). Diperoleh pada 23 Februari 16.
  17. ^ Randai 'Cindua Mato' dari Pagaruyung ke Istana Budaya Astro Awani (25 Mac 2016). Diperoleh pada 26 Mac 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]