Pergi ke kandungan

Alpha Condé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alpha Condé
ߊߟߌߝߊ߫ ߞߐ߲ߘߍ߫
Presiden Guinea
Dijangka mula menjawat
Disember 2010
Perdana MenteriJean-Marie Doré
Mohamed Said Fofana
MenggantikanSékouba Konaté (Pemangku)
Maklumat peribadi
Lahir (1938-03-06) 6 Mac 1938 (umur 86)
Boké, Guinea Perancis (kini Guinea)
Parti politikRassemblement du Peuple Guinéen
PasanganDjene Kaba Condé

Alpha Condé (Bahasa Dyula: ߊߟߌߝߊ߫ ߞߐ߲ߘߍ߫, lahir 4 Mac 1938) adalah seorang ahli politik yang menjadi presiden Guinea dan ketua parti Rassemblement du Peuple de Guinée (RPG). Beliau merupakan seorang profesor sains politik di Universiti Paris dan telah berdekad menjadi pembangkang beberapa rejim di Guinea, terbaru menentang Presiden Lansana Conté pada pilihan raya presiden 1993 dan 1998. Bertanding sekali lagi pada 2010, Condé akhirnya terpilih sebagai Presiden Guinea dalam undian pusingan kedua, mengikut keputusan rasmi suruhanjaya pilihan raya.[2]

Beliau juga merupakan ketua Kesatuan Afrika menggantikan Idriss Déby dari 30 Januari 2017[3] sehingga 28 Januari 2018 di mana jawatannya diambil alih Paul Kagame.[4]

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Condé lahir pada 4 Mac 1938 di Boke, Guinea Hilir. Kedua ibu bapanya orang Mande Dyula asal bandar Baro di Prefektur Kouroussa, Kawasan Kankan Guinea Hilir.[5] ayahnya bekerja sebagai seorang tukang masak.[6]

Beliau melanjutkan pelajarannya di Perancis ketika berusia 15 tahun.

Beliau menjadi pengajar sains politik fakulti hak asasi dan sains politik Universiti Panthéon-Sorbonne selepas tamat pengajiannya.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Guinea pada 21 Disember 2010.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2022, Perbendaharaan AS menerbitkan senarai lebih daripada empat puluh personaliti yang disasarkan oleh sekatan untuk perbuatan rasuah dan pelanggaran hak asasi manusia. Antara sasaran Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC), badan kawalan kewangan Jabatan Perbendaharaan ialah Karim Keïta.[1].

Coup d'etat tahun 2021

[sunting | sunting sumber]

Pada 5 September 2021, percubaan kudeta berlaku terhadap rejim Alpha Condé.

  1. ^ Guinea: No more power based on ethnicity African Bulletin. 25 November 2010.
  2. ^ Alpha Conde declared winner in Guinea president polls BBC News. 15 November 2010.
  3. ^ William Mwangi (30 Januari 2017). "Guinea President Alpha Conde elected AU chair succeeding Deby". The Star, Kenya. Dicapai pada 22 November 2017.
  4. ^ "Kagame takes over AU leadership, commits to visa-free regim". Africanews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 November 2018.
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2014. Dicapai pada 2013-08-01.CS1 maint: archived copy as title (link),
  6. ^ "IONOS Hebergement web". www.sudlive.com (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 18 Mac 2020.
Jawatan politik
Didahului oleh
Sékouba Konaté
Pemangku
Presiden Guinea
2010–kini
Pemegang jawatan kini

Templat:Presiden Guinea