Pergi ke kandungan

Ahmad Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk

Ahmad Abdul Rahman

PGDK (Sabah)
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
8 Jun 2018 – 7 Jun 2023
Berkhidmat dengan George Anthony Ginibun
Yang di-PertuaKadzim M. Yahya
Digantikan olehAl Hambra Juhar dan Richard Yong We Kong
Butiran peribadi
LahirAhmad bin Abdul Rahman
Sabah
ProfesionPeguam

Datuk Ahmad Abdul Rahman ialah seorang peguam dan ahli politik di Sabah, Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2018 hingga 2023.[1] Ahmad mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun sebagai peguambela dan peguamcara.

Dewan Undangan Negeri Sabah

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah hadir pada majlis angkat sumpah Bendahari DAP Sabah, Loh Ee Eng yang dilantik sebagai ADUN Lantikan oleh Ketua Menteri Sabah. Pelantikan tersebut dipertikaikan kerana Loh bukan anak kelahiran Sabah tetapi hanya Pemastautin Tetap. Menurut Shafie, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Sabah yang menghalang untuk melantik asalkan calon adalah warganegara Malaysia dan menetap di Sabah.[2]