Pergi ke kandungan

Adam Lallana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adam Lallana
Lallana bersama Liverpool pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Adam David Lallana[1]
Tarikh lahir (1988-05-10) 10 Mei 1988 (umur 36)[2]
Tempat lahir St Albans, England
Ketinggian 5 kaki 8 inci (1.72 m)[3]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang / Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Brighton & Hove Albion
Nombor 14
Kerjaya remaja
0–2000 AFC Bournemouth
2000–2006 Southampton
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2014 Southampton 235 (48)
2007 → AFC Bournemouth (Pinjaman) 3 (0)
2014–2020 Liverpool 128 (18)
2020– Brighton & Hove Albion 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2006 England B18 2 (1)
2006 England B19 2 (0)
2008 England B21 1 (0)
2013– England 34 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Julai 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mac 2018 (UTC)

Adam David Lallana (lahir 10 Mei 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove Albion dan pasukan kebangsaan England.

Lallana memulakan karier mudanya bersama AFC Bournemouth sebelum pindah ke kelab akademi Southampton pada tahun 2000. Semasa berada di kelab akademi Southampton, bakat Lallana berkembang dan menjadi pemain profesional pada tahun 2006. Setelah pinjaman singkat ke AFC Bournemouth, beliau memasuki pasukan pertama Southampton ketika pasukannya berjaya memperoleh dua promosi dari Liga Satu sehingga naik ke Liga Perdana Inggeris. Beliau juga pernah memegang peranan sebagai kapten pasukan Southampton pada tahun 2012. Setelah beliau membantu Southampton berada di kedudukan teratas pada dua musim berturut-turut, beliau menyertai Liverpool dengan harga berjumlah £25 juta yang dilaporkan pada bulan Julai 2014. Lallana juga muncul di perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2018–19 dan merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi pertandingan pada musim berikutnya, dan juga menjuarai Liga Perdana Inggeris 2019–20.

Sejak membuat penampilan antarabangsa seniornya pada tahun 2013, Lallana telah membuat lebih dari 30 penampilan untuk England dan mewakili pasukan tersebut di Piala Dunia FIFA 2014 dan UEFA Euro 2016.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Lallana dilahirkan di St Albans di Hertfordshire[2] dan kemudiannya berpindah ke kawasan Iford di Bournemouth ketika berusia lima tahun. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Corpus Christi dan Sekolah St Peter's Catholic Comprehensive.[4] Semasa kecil, Lallana menyokong Everton, seperti ayahnya.[5] Lallana berketurunan Sepanyol; datuk ayahnya berasal dari Madrid.[6][7]

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Southampton

[sunting | sunting sumber]

Lallana menyertai pasukan utama pada bulan Julai 2006 dan membuat penampilan pertamanya pada 23 Ogos 2006 ketika kemenangan 5–2 ke atas Yeovil Town dalam Piala Liga Bola Sepak Inggeris.[8] Pada 31 Oktober 2006, beliau menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya di Southampton sehingga bulan Disember 2009.[9] Pada 9 Oktober 2007, Lallana menyertai Bournemouth secara pinjaman sebulan.[10] Pada 28 April 2008, Lallana menjaringkan gol profesional pertamanya untuk Southampton ketika menentang West Bromwich Albion.[11]

Lallana menjadi pemain tetap dalam pasukan utama pada permulaan musim 2008–09. Pada 29 Ogos 2008, beliau menandatangani perjanjian baru tiga tahun bersama the Saints. beliau menghabiskan musim 2009–10 dengan dua puluh gol dalam semua pertandingan, menjaringkan gol ke-20nya dalam hari terakhir musim menentang Southend United.

Pada 7 Januari 2011, Lallana menandatangani kontrak baru bersama Southampton yang akan berakhir pada tahun 2015.[12][13] Dia dinamakan dalam Pasukan Tahunan League One untuk musim 2010–11 selepas menjaringkan 11 gol pada musim itu.

Lallana bermain untuk Southampton pada 2013.

Lallana menjaringkan gol pada hari pembukaan musim 2011–12 dimana mereka menang 3–1 ke atas Leeds United. Beliau kemudiannya menjaringkan dua gol ketika mereka menang 5–2 ke atas Ipswich Town. Gol kesepuluhnya musim itu datang ketika kemenangan 4–0 ke atas Derby County. Beliau kemudiannya menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–0 ke atas Barnsley. Beliau kemudiannya menjaringkan gol pada hari terakhir kempen untuk menghabiskan musim dengan 13 gol, 11 daripadanya dijaringkan dalam liga.

Beliau membuat penampilan Liga Perdana Inggeris pertamanya pada musim 2012–13, membuat bantuan gol ketika kekalahan 3–2 kepada Manchester City.[14] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris ketika kekalahan 4–1 kepada West Ham United.[15] Gol keduanya musim itu datang pada 25 November ketika kemenangan 2–0 ke atas Newcastle United.[16] Gol ke-50 dalam kariernya datang ketika kemenangan 2–0 ke atas Reading.

Pada 11 April 2013, Lallana menandatangani kontrak lima tahun bersama Southampton.[17]

Pada 9 November 2013, Lallana menjaringkan gol cantik dengan menggiring bola melepasi lima pemain ke sebelah kiri sebelum menjaringkan gol ke gawang Hull City. Perlawanan tersebut menyaksikan Southampton menang 4-1 ke atas Hull City. Pada 18 April 2014, beliau disenarai pendek sebagai salah satu daripada enam pemain untuk anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA. Pada 27 April 2014, Lallana dinobatkan bersama rakan sepasukan Luke Shaw dalam Pasukan Pilihan Terbaik Tahunan PFA. Pada 6 Mei, beliau dinobatkan sebagai anugerah Pemain Terbaik Tahunan Southampton dan Pemain Pilihan Penyokong Tahunan Southampton.[18]

Liverpool

[sunting | sunting sumber]

Musim 2014–2016: Perkembangan berterusan

[sunting | sunting sumber]
Lallana bermain untuk Liverpool pada tahun 2014

Selepas England kembali daripada Piala Dunia, Lallana menyertai Liverpool dan diberi jersi bernombor 20. Pada 25 Julai, Liverpool mengesahkan bahawa Lallana mengalami kecederaan ketika berlatih di Boston, Massachusetts semasa pra-musim. Dia membuat penampilan sulung untuk Liverpool pada 13 September ketika kekalahan 1–0 kepada Aston Villa.[19] Pada 4 Oktober, dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika kemenangan 2–1 ke atas West Bromwich Albion.[20] Lallana menjaringkan gol keduanya untuk Liverpool pada 2 Disember ketika mereka menang 3–1 ke atas Leicester City.[21] Pada 29 Disember, dia menjaringkan dua gol ketika mereka menang 4–1 ke atas Swansea City di Anfield.[22] Pada 14 Februari, Lallana menjaringkan gol kemenangan dalam pusingan kelima Piala FA menentang Crystal Palace.[23] Pada 19 April 2015, Lallana terpilih dalam Pasukan Pengurus Bola Sepak Dekad di Anugerah Liga Bola Sepak.[24]

Pada 17 September 2015, Lallana menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan musim baru Liga Europa UEFA menentang Bordeaux di Stade Chaban-Delmas. Pada 1 Oktober, Lallana menjaringkan gol dalam pertandingan kedua berturut-turut menentang Sion di Liga Europa UEFA tetapi perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Pada 23 Januari 2016, beliau datang sebagai pemain gantian dengan menjaringkan gol kemenangan minit akhir yang menyaksikan Liverpool menang 5-4 ke atas Norwich City. Pada 28 Februari 2016, Lallana juga bermain dalam perlawanan akhir kejohanan Piala Liga Bola Sepak Inggeis 2016 ketika Liverpool tewas ke atas Manchester City dalam penentuan sepakan penalti. Pada 3 Mac 2016, beliau juga menjaringkan gol dan menghasilkan hantaran gol yang menyaksikan Liverpool mengalahkan Manchester City dalam perlawanan liga. Pada 23 April, beliau menjaringkan gol kedua Liverpool semasa menentang Newcastle United dengan keputusan berakhir seri 2-2. Pada 5 Mei, beliau menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan kedua Liverpool ke atas pasukan Sepanyol, Villarreal di separuh akhir kejohanan Liga Europa UEFA, dan sekaligus membawa The Reds mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan agregat 3-1.

Musim 2016–17: Kejayaan memasuki ke kejohanan Liga Juara-Juara UEFA

[sunting | sunting sumber]
Lallana beraksi menentang Real Madrid semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2018.

Pada 14 Ogos 2016, Lallana menjaringkan dua gol semasa perlawanan pembukaan menentang Arsenal dengan perlawanan berakhir dengan kemenangan 4–3 untuk Liverpool. Pada 10 September, Lallana menjaringkan gol dalam kemenangan 4-1 Liverpool atas juara musim sebelumnya, Leicester City. Dua minggu kemudian, beliau mencatat kemenangan 5-1 Liverpool ke atas Hull City yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris. Pada 11 Disember, beliau menjaringkan gol pembukaan Liverpool dalam perlawanan liga menentang West Ham United, yang berakhir dengan keputusan seri 2-2. Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol dengan kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough. Pada 27 Disember, beliau menjaringkan gol dalam kemenangan 4-1 Liverpool ke atas Stoke City. Pada 22 Februari 2017, Lallana menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama Liverpool berikutan prestasinya yang baik. Pada hari terakhir musim tersebut, Lallana menjaringkan gol ketiga Liverpool dalam kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough, dan sekaligus membantu Liverpool menempah slot ke kejohanan Liga Juara-Juara UEFA pada musim berikutnya.

Musim 2017-19: Faktor kecederaan dan Kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2017, Lallana mengalami kecederaan jangka panjang semasa beraksi di perlawanan akhir kejohanan Piala Audi menentang Atlético Madrid, yang akan menghalangnya bermain sehingga pertengahan bulan November. Penampilan pertamanya musim tersebut ketika Liverpool terikat seri 1-1 menentang Chelsea, dengan menggantikan Philippe Coutinho pada minit ke-89. Pada 31 Mac, Lallana tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-65 ketika menentang Crystal Palace, tetapi hanya beberapa minit setelah bermain beliau sekali lagi mengalami kecederaan yang membuatnya tidak beraksi dalam beberapa minggu. Beliau kembali semula ke skuad Liverpool pada hari terakhir musim Liga Perdana Inggeris dengan datang sebagai pemain ganti untuk Sadio Mané pada minit ke-74, ketika bermain menentang Brighton & Hove Albion.

Pada 26 Mei 2018, Lallana bermain sebagai pemain ganti pada minit ke-31 untuk menggantikan Mohamed Salah yang mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2017–18. Perlawanan akhir tersebut menyaksikan Liverpool tewas 3-1 ke atas Real Madrid. Lallana hanya membuat 13 penampilan pada musim 2017-18 tanpa menjaringkan sebarang gol. Musim berikutnya, Lallana sekali lagi hanya bermain sekali-sekala dengan membuat 13 penampilan liga tanpa menghasilkan jaringan gol. Beliau bagaimanapun berada di bangku simpanan untuk perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2018–19, yang mana Liverpool menang 2-0 ke atas Tottenham. Beliau juga mendapat pingat pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2018–19 sebagai penghormatan utama bersama Liverpool.

Musim 2019-20: Kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan musim terakhir bersama Liverpool

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Oktober 2019, Lallana turun dari bangku simpanan dan menjaringkan gol penyamaan 1-1 pada minit ke-85 ketika menentang Manchester United di stadium Old Trafford. Gol tersebut merupakan gol terakhirnya bersama Liverpool dan juga membantu Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah di Liga Perdana Inggeris.[25]

Pada 9 Jun 2020, Lallana menandatangani kontrak jangka pendek untuk memanjangkan kontraknya bersama Liverpool sehingga akhir musim 2019-20 yang terganggu oleh wabak COVID-19. Pada 25 Jun 2020, Lallana bersama pasukan Liverpool meraih gelaran Liga Perdana Inggeris musim 2019-20 berikutan kegagalan Manchester City untuk mengalahkan Chelsea (Menandakan gelaran liga pertama pasukan tersebut dalam tempoh 30 tahun).[26] Lallana meninggalkan Liverpool pada akhir musim dengan kontraknya yang telah tamat dan mengakhiri tempoh 6 tahun perkhidmatannya bersama Liverpool.[27]

Brighton & Hove Albion

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2020, Lallana telah sah menyertai rakan sepasukan kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove Albion dengan perpindahan percuma berikutan tamat kontraknya bersama Liverpool. Lallana menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab tersebut.[28]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Lallana membuat penampilan pertama untuk England pada 15 November ketika menentang Chile di Stadium Wembley. Pada 12 Mei 2014, Lallana dinamakan dalam skuad 23-pemain England squad untuk Piala Dunia FIFA 2014.[29]

Pada 30 Januari 2017 diumumkan bahawa Lallana telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik England untuk tahun 2016 setelah menunjukkan persembahan baik untuk pasukan kebangsaan.[30]

Pada 16 Mei 2018, Lallana juga adalah salah satu daripada lima pemain yang dipilih sebagai siap sedia untuk mewakili pasukan kebangsaan England dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.[31]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Lallana mengahwini tunangnya Emily Jubb pada 24 Disember 2013. Pasangan tersebut telah berpacaran selama tujuh tahun dan berkahwin pada 14 Jun 2014. Mereka berkahwin di Poole Register Office di Dorset[32] dan dikurniakan dua anak lelaki, Arthur Michael, lahir pada 26 September 2012 dan Albie George dilahirkan pada 3 Jun 2015.[33]

Pada tahun 2014, Lallana ditandatangani sebagai model Connection Perancis, untuk mempromosikan koleksi Autumn / Winter mereka.[34] Beliau mendedahkan pemotretan fesyennya pada wawancara dengan majalah Esquire.[35]

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 7 Mac 2020
Penampilan dan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala FA Inggeris Piala Liga Bola Sepak Inggeris Eropah Lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Southampton 2006–07 Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris 1 0 0 0 1 0 2 0
2007–08 Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris 5 1 0 0 0 0 5 1
2008–09 Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris 40 1 0 0 3 1 43 2
2009–10 Liga Pertama 44 15 5 1 2 2 5[a] 2 56 20
2010–11 Liga Pertama 36 8 3 2 2 1 0 0 41 11
2011–12 Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris 41 11 2 1 3 1 46 13
2012–13 Liga Perdana Inggeris 30 3 0 0 0 0 30 3
2013–14 Liga Perdana Inggeris 38 9 3 1 1 0 42 10
Jumlah 235 48 13 5 12 5 5 2 265 60
AFC Bournemouth (Pinjaman) 2007–08 Liga Pertama 3 0 1[a] 0 4 0
Liverpool 2014–15 Liga Perdana Inggeris 27 5 4 1 4 0 6[b] 0 41 6
2015–16 Liga Perdana Inggeris 30 4 0 0 6 0 13[c] 3 49 7
2016–17 Liga Perdana Inggeris 31 8 1 0 3 0 35 8
2017–18 Liga Perdana Inggeris 12 0 1 0 0 0 2[b] 0 15 0
2018–19 Liga Perdana Inggeris 13 0 0 0 0 0 3[b] 0 16 0
2019–20 Liga Perdana Inggeris 15 1 2 0 2 0 0 0 3[d] 0 22 1
Jumlah 128 18 8 1 15 0 24 3 3 0 178 22
Jumlah karier 366 66 21 6 27 5 24 3 9 2 447 82
  1. ^ a b Penampilan di Piala Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris:
  2. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
  4. ^ Satu penampilan di Piala Perisai Komuniti FA, dua penampilan di Piala Kelab Dunia FIFA

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 27 Mac 2018[36]
Penampilan dan jaringan gol pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
England 2013 2 0
2014 11 0
2015 6 0
2016 10 3
2017 4 0
2018 1 0
Jumlah 34 3

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Pada perlawanan yang dimainkan 27 Mac 2018. Skor England disenaraikan pertama, lajur skor menunjukkan skor selepas setiap gol Lallana.
Gol antarabangsa mengikut tarikh, tempat, penampilan, lawan, skor, keputusan dan perlawanan
No. Tarikh Tempat Penampilan (Kap) Lawan Skor Keputusan Perlawanan
1 4 September 2016 Štadión Antona Malatinského, Trnava, Slovakia 27  Slovakia 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
2 11 November 2016 Stadium Wembley, London, England 28  Scotland 2–0 3–0
3 15 November 2016 29  Sepanyol 1–0 2–2 Perlawanan Persahabatan

Southampton

Liverpool

Individu

  • Pasukan Pilihan Terbaik Tahunan PFA: 2010–11 Liga Pertama, 2011–12 Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris, 2013–14 Liga Perdana Inggeris
  • Pasukan Pengurus Bola Sepak Dekad: 2015[47]
  • Pemain Lelaki Terbaik Tahunan England: 2016
  1. ^ "Updated squads for 2017/18 Premier League confirmed". Premier League. 2 February 2018. Dicapai pada 11 February 2018.
  2. ^ a b Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Edinburgh: Mainstream Publishing. m/s. 243. ISBN 978-1-84596-601-0.
  3. ^ "A. Lallana: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 30 December 2018.
  4. ^ "Bank on Adam". Bournemouth Daily Echo. 11 Disember 2008. Dicapai pada 28 Mac 2016.
  5. ^ Bascombe, Chris (26 September 2014). "Liverpool v Everton: Boyhood Evertonian Adam Lallana closing in on his best form ahead of Merseyside derby". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 26 September 2014.
  6. ^ "Lallana talks Zidane, BR and Spanish roots". Liverpool F.C. 17 November 2014. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  7. ^ BTSPOfficial (6 Mei 2014). "BTSP – Mean Tweets – Adam Lallana – Southampton". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2014. Dicapai pada 20 Mei 2014 – melalui YouTube.
  8. ^ "Southampton 5–2 Yeovil". BBC Sport. 23 Ogos 2006. Dicapai pada 4 Januari 2014.
  9. ^ "Lallana signs new deal". www.saintsfc.co.uk. 31 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 9 October 2007.
  10. ^ "Lallana on loan". www.saintsfc.co.uk. 9 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada 9 October 2007.
  11. ^ "West Brom 1–1 Southampton". BBC Sport. 28 April 2008. Dicapai pada 4 September 2009.
  12. ^ "Midfielder Signs Long Term Deal". Southampton F.C. 7 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-10. Dicapai pada 8 January 2011.
  13. ^ Leitch, Adam (7 January 2011). "Lallana signs new Saints deal". Southern Daily Echo. Dicapai pada 8 January 2011.
  14. ^ "Man City 3–2 Southampton" BBC Sport. 19 August 2012. Retrieved 25 November 2012.
  15. ^ "West Ham 4–1 Southampton" BBC Sport. 20 October 2012. Retrieved 25 November 2012.
  16. ^ "Southampton 2–0 Newcastle" BBC Sport. 25 November 2012. Retrieved 25 November 2012.
  17. ^ "Southampton: Adam Lallana signs a new five-year contract". BBC Sport. 11 April 2013. Dicapai pada 12 April 2013.
  18. ^ Williams, Simon (6 Mei 2014). "2013/14 Player Awards The winners". Southampton F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2014. Dicapai pada 10 Mei 2014.
  19. ^ Bevan, Chris (13 September 2014). "Liverpool 0–1 Aston Villa". BBC Sport. Dicapai pada 13 September 2014.
  20. ^ "Liverpool 2–1 West Brom". BBC Sport. 4 October 2014. Dicapai pada 4 October 2014.
  21. ^ Johnston, Neil (2 December 2014). "Leicester 1–3 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 3 December 2014.
  22. ^ Bascombe, Chris (29 December 2014). "Liverpool 4 Swansea City 1: Adam Lallana shows his class as Liverpool cruise to victory". www.telegraph.co.uk. Dicapai pada 30 December 2014.
  23. ^ Fifield, Dominic (14 February 2015). "Liverpool fight back to edge past Crystal Palace with Adam Lallana winner". The Guardian. Dicapai pada 15 February 2015.
  24. ^ "Winners announced for The Football League Awards 2015". The Football League. Dicapai pada 22 April 2015.
  25. ^ McNulty, Phil (20 Oktober 2019). "Manchester United 1–1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 23 Julai 2020.
  26. ^ https://www.bbc.co.uk/sport/football/53183857
  27. ^ https://www.bbc.co.uk/sport/football/53537130
  28. ^ "Albion complete Lallana signing". Brighton & Hove Albion F.C. 27 Julai 2020.
  29. ^ "England World Cup squad 2014: Ross Barkley and Raheem Sterling called up". The Guardian. 12 May 2014. Dicapai pada 14 May 2014.
  30. ^ Lucas, Jim (30 Januari 2017). "Lallana wins Vauxhall England Player of the Year award for 2016". The Football Association. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  31. ^ "England World Cup squad: Trent Alexander-Arnold in 23-man squad". BBC Sport. 16 Mei 2018. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  32. ^ Richards, Chris (26 Disember 2013). "Southampton star Adam Lallana weds fiancee early to ensure he is available for England's World Cup bid". Daily Mirror. London. Dicapai pada 1 April 2014.
  33. ^ "Southampton Football Club captain Adam Lallana celebrates after girlfriend gives birth to baby boy". Southern Daily Echo. Southampton. 28 September 2012. Dicapai pada 1 April 2014.
  34. ^ "Fashionable Football: Adam Lallana sporting latest FCUK collection". AdamLallana.com. 3 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  35. ^ "Adam Lallana: From Winger To Fashion Model". esquire.co.uk. 2 Mei 2014. Dicapai pada 6 September 2017.
  36. ^ (Inggeris) Profil Lallana, Adam di National-Football-Teams.com
  37. ^ Shemilt, Stephan (28 Mac 2010). "Carlisle 1–4 Southampton". BBC Sport. Dicapai pada 30 Disember 2018.
  38. ^ Rollin, Glenda; Rollin, Jack, penyunting (2011). Sky Sports Football Yearbook 2011–2012. London: Headline Publishing Group. m/s. 39, 346–347. ISBN 978-0-7553-6231-8.
  39. ^ Rollin, Glenda; Rollin, Jack, penyunting (2012). Sky Sports Football Yearbook 2012–2013. London: Headline Publishing Group. m/s. 36, 346–347. ISBN 978-0-7553-6356-8.
  40. ^ "Premier League: 2019/20: Current table". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 Jun 2020.
    "Liverpool: Squad details: 2019/20". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 June 2020.
    "Premier League Handbook Season 2019/20" (PDF). Premier League. m/s. 56. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  41. ^ McNulty, Phil (1 Jun 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 1 Jun 2019.
  42. ^ McNulty, Phil (26 Mei 2018). "Real Madrid 3–1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  43. ^ Rose, Gary (14 Ogos 2019). "Liverpool 2–2 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  44. ^ Poole, Harry (21 Disember 2019). "Liverpool 1–0 Flamengo". BBC Sport. Dicapai pada 21 Disember 2019.
  45. ^ McNulty, Phil (28 Februari 2016). "Liverpool 1–1 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  46. ^ McNulty, Phil (18 Mei 2016). "Liverpool 1–3 Sevilla". BBC Sport. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  47. ^ "The Football League announces its Team of the Decade". The Football League. 19 April 2015. Dicapai pada 30 Disember 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]