AVCEN Jetpod
Tipe | pesawat ringan |
---|---|
Produsen | Avcen
![]() ![]() |
Perancang | Michael Robert Dacre |
Terbang perdana | 18 Ogos 2009 |
Diperkenalkan | 1998 |
Dipensiunkan | 2009 |
Status | ditinggalkan |
Pengguna utama | tidak ada |
Pengguna lain | tidak ada |
Tahun produksi | 2009 |
Jumlah produksi | 1 |
AVCEN Jetpod ialah cadangan reka bentuk untuk pesawat yang sangat senyap dan boleh berlepas dan mendarat dalam jarak dekat (STOL), dibuat oleh Michael Robert Dacre melalui syarikat Avcen Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 18 Oktober 1988 dan menjadi anak syarikat dan syarikat Hong Kong iaitu Profit Sky Group Ltd.[1]
Pelbagai fungsi dicadangkan termasuk untuk tujuan ketenteraan, pengangkutan eksekutif ke Teksi Udara jarak dekat dan sederhana. Avcen Limited ialah syarikat yang berpangkalan di England manakala Avcen Limited Malaysia berpusat di Patimas Technology Centre, Technology Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.[2] Menurut penerbitan Avcen kelajuan Jetpod direka sehingga 550 km/j (340 mph; 300 kn). Jetpod hanya perlukan 125 meter (137 ela) untuk berlepas atau mendarat, membolehkan landasan dibina berhampiran dengan bandar-bandar besar dan cukup tenang untuk tidak didengari apabila melintasi jalan-jalan bandar yang sibuk.[perlu rujukan]
Pada 16 Ogos 2009 12:30 p.m. [3] sebuah prototaip Jetpod yang baru siap terhempas dan membunuh pengasas Avcen, Michael Robert Dacre, sebagai penumpang tunggalnya. Dacre cuba berlepas tiga kali dan pada kali keempat dia berjaya terbang ke ketinggian 200 meter tetapi kemudian pesawat itu hilang kawalan dan terhempas. [4][5][6] .Menurut wakil kepala polisi Taiping Syed A. Wahab Syed A. Majid, perusahaan tidak mendapat ijin dari TUDM untuk melakukan uji terbang.[7]
Rujukan رجوكن
[sunting | sunting sumber]- ^ "Avcen Limited on Duedil".
- ^ Inventor killed in Jetpod crash, The Star, 17 August 2009. Retrieved: 18 October 2009
- ^ "Accident Avcen Jetpod -, Sunday 16 August 2009".
- ^ "Accident Avcen Jetpod -, Sunday 16 August 2009".
- ^ British aviation pioneer dies after prototype crashes in Malaysia[pautan mati], The Times, 17 August 2009. Retrieved: 18 October 2009
- ^ Flying taxi crashes on test flight, killing its UK inventor (Update 2), The Star, 16 August 2009. Retrieved: 18 October 2009
- ^ Pesawat terhempas, juruterbang maut Diarkibkan 24 Februari 2012 di Wayback Machine, Utusan Malaysia (In Malay), 17 August 2009. Retrieved: 18 October 2009