1200-an SM
Penampilan
Milenium: | Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1 |
Abad: | Abad ke-14 SM • Abad ke-13 SM • Abad ke-12 SM |
Dekad | 1230-an SM • 1220-an SM • 1210-an SM • 1200-an SM 1190-an SM • 1180-an SM • 1170-an SM |
Dekad 1200-an SM merupakan tahun-tahun dari 1209 SM hingga 1200 SM.
Peristiwa dan arah aliran
[sunting | sunting sumber]- 1204 BC - Theseus, raja dongeng Athens, digulingkan selepas pemerintahan selama 30 tahun dan diwarisi oleh Menestheus, cicit lelaki Erichthonius II dari Athens serta dua pupu kepada bapa Theseus, Aegeus. Menestheus dilaporkan dibantu oleh Castor dan Polydeuces dari Sparta yang hendak menuntut kembali Helen, saudari kandungnya, daripada suami pertama, Theseus. Theseus mencari perlindungan di Skyros yang rajanya, Raja Lycomedes, merupakan seorang kawan lama serta sekutunya. Bagaimanapun, Lycomedes menganggap tetamunya sebagai suatu ancaman terhadap takhtanya dan membunuh Theseus. (Huraian-huraian lain menetapkan peristiwa-peristiwa ini pada sedekad lebih awal. Sila lihat 1210-an SM).
- k.k. 1200 SM - Orang-orang Cimmerian memulakan penempatan di steppe Rusia selatan (tekaan tanpa sebarang sokongan dokumen).
- 1200 SM - Peradaban Pueblo Kuno di Amerika Utara (tarikh anggaran).
- 1200 SM - Permulaan peradaban Olmec di Mesoamerika.
- 1200 SM - Kejatuhan kuasa Hittite di Anatolia, dengan kemusnahan Hattusa, ibu kotanya.