Ahad, 29 April 2012

Ramai sifatkan polis bertindak keterlaluan

KL POS

 


Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.

Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai. Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.

Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.

Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.

Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggota Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya.

Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.

“Baru terkena gas pemedih mata,  Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka,” tulis beliau menerusi twitter.

Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian.

Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ.

Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.  Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.

Penyokong yang ditahan dibawa ke Kelab Diraja Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Namun begitu, ramai hairan mengapa pihak polis beriya-riya mengejar pendemo sehingga hamper 1 kilometer sedangkan mereka patut sahaja bertahan mengelakkan orang ramai daripada memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Malah, ada menganggap adanya konspirasi pihak RapidKL yang didakwa sengaja menutup stesen-stesen LRT berhampiran untuk membiarkan orang ramai yang hadir diburu dan ‘diratah’ pihak berkuasa.

 

Walaupun begitu, ramai pemilik kedai berhampiran membuka kedai mereka bagi membantu para pendemo mendapat perlindungan daripada aksi keganasan polis.

Ramai berpendapat keganasan polis kali ini adalah lebih teruk dan terburuk jika dibandingkan dengan siri-siri demo rakyat sebelum ini meskipun negara menyaksikan pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman 2011.

1 ulasan:

Nazaruddin si Hamba Allah berkata...

Bukan keterlaluan, tapi BIADAP, KEJAM, DURJANA & SYAITAN!