PAS tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangannya
Kata Khir Toyo PAS kini telah berubah dari sebuah parti "ultra" Islam kepada parti Islam "liberal". Beliau mendakwa demikian kerana katanya PAS kini sudah menguburkan segala prinsip perjuangan negara Islamnya. Saya perhatikan antara yang terawal memberikan reaksi terhadap tuduhan Khir ini adalah Sdr Khairul Faizi, EXCO Pemuda PAS (Ketua Pemuda PAS Johor). Kata Faizi :
PAS tidak pernah mengubah prinsip Islamnya semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat termasuk ketika mengadakan kerjasama dengan pembangkang termasuk DAP
Tambah beliau:
Walaupun bekerjasama dengan DAP, PAS tidak pernah menggadai prinsip perjuangan atau perlembagaan parti yang berteraskan al Quran.
Layaklah Khir diberi penerangan oleh anak muda yang jernih dan jelas pendirian dan pemahaman berkenaan asas perjuangan partinya. Dan sememangnya Khir pun tahu, cuma beliau cuba menyerang di dalam gelap. Sejak bila pula PAS menjadi parti "ultra" Islam? Adakah kerana memperjuangkan Islam, mengajak kepada yang makruf dan menentang yang mungkar maka PAS jadi "ultra"? Mungkin kehilangan kerusi MB yang disentap dari pada beliau itu telah benar-benar menyasaukan fikiran Khir, barangkali.
Apa pun PAS tidak pernah menjadi "ultra", seingat saya yang pernah dicap "ultra" iaitu "ultra" Melayu adalah Tun Dr Mahathir sehingga beliau dipecat dari Umno oleh Almarhum Tunku. PAS adalah sebuah parti Islam. Jika ada ahlinya yang berpendirian atau bersikap "ultra", ia tidak akan berjaya, kerana asas kekuatan PAS terletak pada al Quran dan Sunnah, dan diperhati serta dipimpin pula oleh para ulamak yang ikhlas dan jujur.
Demikian juga jika ada kalangan tertentu dalam PAS yang mahu mengambil pendekatan liberal, mengubahsuai parti untuk kepentingan politik dan peribadi, mereka juga akan gagal, kerana aliran sedemikian tidak mendapat tempat dalam parti. PAS tidak pernah berpura-pura untuk mendapat atau mengekalkan kuasa, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Orang liberal, moderat, apalagi sekular tidak pernah kekal dalam perjuangan ini, yang kekal adalah mereka yang akur dan taat pada perjuangan asal.
PAS didukung oleh hampir sejuta ahli, yang istiqomah dan komited menerima dasar dan prinsip perjuangan Islamnya. Mereka ini akan bangkit mempertahankan dasar dan prinsip itu tidak kira samada PAS menang atau kalah, kerana itulah PAS dapat bertahan sehingga ke hari ini (sedangkan Umno telah mati dan dihidupkan semula dizaman Mahathir).
Oleh itu Khir tidak perlu bimbang atau mereka-reka cerita yang bukan-bukan, kalau Umno mahu liberal atau mahu jadi moderat atau "ultra" akibat dipukul tsunami politik baru-baru ini terpulanglah, PAS insyallah kekal begini dan akan membuka ruang kepada sesiapa sahaja khasnya ahli-ahli Umno termasuk Khir sendiri, bila-bila masa untuk bersama dalam perjuangan yang benar ini yang insyallah akan menyelamatkan agama, bangsa dan negara.
8 comments:
ALlahuakbar!
Assalamualaikum wrt..
Sesuatu perjuangan seharusnya lahir daripada fikrah yang jelas dan kukuh.
Islam adalah agama kasatuan, kasih sayang,unggul, dan merangkumi seluruh kehidupan.
PAS vs UMNO telah menghasilkan perpecahan antara umat Islam yang tidak boleh kita analogikan sebagai Islam Vs Kafir.
Kita perlu menganalisa dengan adil gejala perpecahan yang sedang berlaku dalam kalangan umat Islam yang semuanya berkiblatkan kaabah.
minta maaf...
apa sebenarnya maksud ultra nih?
if it means fundamental..isnt that we all should be... fundamental... basic.... to the true core of teachings of Islam???
if anything that is labelled back to the BOOKS and SUNNAH is ultra...doesnt tha mena that is good
mungkin beliau bagi pendapat untuk meneruskan kepopularan dirinya. Bagi aku, aku suka PAS yang sekarang yang terbuka, sesiapa pun boleh menyertainya walaupun dia bukan beragama Islam. Bagi aku ini akan menunjukkan agama kita ini lebih keterbukaan, maksud aku dalam perjuangan mencari kebenaran. Secara tidak langsung diharap semoga yang bukan Islam yang menyertai PAS terbuka hidayahnya untuk memeluk ISLAM, terpikat dengan cara kepimpinan kita. Insallah. TAKBIR!!!
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
salam wbt. Masih ramai pemimpin mahupun rakyat yang menyokong perjuangan bn tidak memahami apa yang diperjuangkan PAS. Istilah ultra islam digunakan seolah-olah pemikiran mereka sealiran dengan orang barat bukan islam yang memandang menegakkan syariat islam dan mencegah kemungkaran itu sebagai perbuatan yang melampau.
Sekular dan liberal lah yang menyebabkan generasi muda kita hanyut dalam sosial negatif oleh kerana dibimbing oleh pemimpin acuan barat yang sukar menerima syariat islam. Wallaualam.
Almarhum Ustaz Fadzil Muhd Noor pernah menyebutkan di dalam Ucapan Dasarnya yang bersejarah di Muktamar Tahunan PAS di Taman Melewar hampir 10 tahun lalu bahawa, "walaupun PAS sentiasa bersikap terbuka, toleransi, pro-persahabatan dengan sesiapapun, namun PAS tetap berada dalam orbit Islam."
khir barangkali cuba mengalih perhatian umum daripada kelemahan dirinya itu
biasalah... org macm ni kalau kita buat benda baik utk rakyat pun dia komplen... mase PAS sorang2 dulu pun puak2 camni suka komplen jugak... walaupun dia tahu yg 50 thn perjuangan UMNO gagal utk memertabtkan org melayu... konon2nya nak mertabatkan ISLAM la...
kalau ikhlas betul2 takpe...
tapi kalau setakat nak cari populariti baik tak payah. MASA kes murtad lina joy dulu... ade ke puak2 camni nak pertahankan kesucian ISLAM? KITE sebagai rakyat yg cintakan ISLAM TURUN ramai2 dan buta memo tandatangan ramai2.
khir... elok ko pergi makan TEMPE dan beli PENYAPU BANYAK2!!!!
Post a Comment