Pudelpointer
![]() Pudelpointer yang menuding | ||||||||
Negara asal | Jerman | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Pudelpointer[a] ialah satu baka anjing pemburu serba guna dari Jerman.[1][2] Ia merupakan baka anjing penuding yang berasal daripada silangan antara pudel pemburu Jerman dengan pointer Inggeris.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Baka ini mempunyai berat 44–66 lb (20–30 kg), berdiri setinggi 21–26 in (53–66 cm) pada paras bahu, dan terdapat dengan lapis bulu hati, perang berangan, dan kadang-kadang hitam. Lapis bulu unggul adalah kasar, mirip dawai, dan padat. Anjing ini menggugurkan bulu dengan sangat sedikit.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1881, seorang pembiak baka Jerman, Baron 'Hegewald' von Zedlitz, berusaha untuk menghasilkan gundog penjejak, penuding, dan pengutip unggul yang sesuai untuk bekerja di darat dan di dalam air.[3] Daripada tujuh ekor pudel air dan 90 ekor anjing penuding berlainan, beliau mengembangkan pudelpointer. Bapa aslinya ialah Tell, seekor pointer Inggeris milik Maharaja Friedrich III dan ibu aslinya ialah seekor pudel pemburu Jerman bernama Molly yang dimiliki oleh Hegewald.
Matlamatnya adalah untuk menghasilkan anjing yang bersedia dan mudah untuk dilatih, cerdas, dan menyukai air dan suka mengutip, seperti pudel, dan juga keinginan besar untuk berburu, naluri penudingan kuat, dan hidung cemerlang, seperti yang pada pointer Inggeris, serta menjadi pendamping cemerlang di rumah.
Baka pudel mempunyai gen-gen lebih kuat dan jauh lebih banyak pointer digunakan untuk mencapai anjing pemburu seimbang yang diingini. Campuran 11 ekor pudel dan 80 ekor pointer digunakan dalam tempoh 30 tahun pertama untuk mencapai trait-trait dan hasil-hasil yang diingini.
Baka ini diperkenalkan ke Amerika Utara pada tahun 1956 oleh Bodo Winterhelt, yang kekal terlibat dalam mengekalkan piawaian baka sehingga kematian beliau pada tahun 2018.[4][5][6] Winterhelle Kennel milik beliau ialah asas bagi baka ini di Amerika Utara. Pada tahun 1977, Winterhelt mengasaskan Pudelpointer Club of North America di Kanada.
Di Jerman serta di Amerika Utara, piawaian prestasinya merupakan trait terpentingnya. Sebelum diluluskan untuk pembiakbakaan, jantan dan betina mesti melulusi ujian perburuan dengan skor minimum bagi ujian prestasinya bagi kemahiran padang, penjejakan, dan air yang ditetapkan oleh pelbagai kelab baka. Kelab-kelab ini merupakan Verein Pudelpointer[7] di Jerman dan kelab-kelab berikut di Amerika Utara: NAPPA,[8] PCNA,[9] dan VPP-GNA.[10] North American Versatile Hunting Dog Association (NAVHDA)[11] juga menguji pudelpointer dan baka lain anjing pemburu serba guna.
Pudelpointer tidak pernah menjadi baka yang dipopularkan di Amerika Syarikat sebahagiannya kerana pembiak baka secara aktif telah mengelakkan pengiktirafan oleh American Kennel Club. Para pembiak baka percaya bahawa pengiktirafan AKC akan memberikan terlalu banyak penekanan terhadap bentuk berbanding dengan fungsi, mungkin bakal membahagikan baka ini kepada baka pertunjukan dan kelas pekerja berasingan.[12]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Carty, Dave (10 November 2014). "Breed Profile: The Pudelpointer" [Profil Baka: Pudelpointer]. Gun Dog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2010. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "The Versatile Pudelpointer" [Pudelpointer yang Serba Guna] (dalam bahasa Inggeris). Covey Rise Magazine. 25 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2018. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ Hörter, Ria (Februari 2012). "SIGISMUND FREIHERR VON ZEDLITZ-NEUKRICH (1838-1903) AKA 'HEGWALD'" (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Ria Hörter. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 Mac 2017. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ Barnes, Duncan (18 November 1963). "Not poodle, not pointer, but both dogs in one" [Bukan pudel, bukan pointer, tetapi kedua-dua anjing dalam satu] (dalam bahasa Inggeris). Sports Illustrated. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2018. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ Gustkey, Earl (29 November 1985). "They're Few in Number, but Pudelpointers Are a Breed Apart" [Bilangannya Kecil, tetapi Pudelpointer Adalah Sejauh Satu Baka] (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles Times. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "Passing of a Founder" [Kematian Seorang Pengasas] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). North American Versatile Hunting Dog Association. Julai 2018. m/s. 2. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "Pudelpointer e.V." (dalam bahasa Jerman). Verein Pudelpointer. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
- ^ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). North American Pudelpointer Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 16 Februari 2014.
- ^ "Pudelpointer Club of North America Official Website" [Tapak Web Rasmi Pudelpointer Club of North America] (dalam bahasa Inggeris). Pudelpointer Club of North America. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
- ^ "Verein Pudelpointer Club – Group North America" (dalam bahasa Inggeris). Verein Pudelpointer Club – Group North America. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). North American Versatile Hunting Dog Association. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "Magazine Articles" [Rencana Majalah] (dalam bahasa Inggeris). Cedarwood Pudelpointers. Dicapai pada 4 Mac 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). North American Pudelpointer Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 16 Februari 2014.
- "Pudelpointer e.V." (dalam bahasa Jerman). Verein Pudelpointer. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
- "Pudelpointer Club of North America Official Website" [Tapak Web Rasmi Pudelpointer Club of North America] (dalam bahasa Inggeris). Pudelpointer Club of North America. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
- "Verein Pudelpointer Club – Group North America" (dalam bahasa Inggeris). Verein Pudelpointer Club – Group North America. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). North American Versatile Hunting Dog Association. Dicapai pada 23 Januari 2024.