Pembubaran Empayar Uthmaniyyah
Pembubaran Turki Uthmaniyah (1908-1922) ialah zaman yang mengikuti zaman kemerosotan Empayar Uthmaniyah.
Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyah.
Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyah. Dengan dorongan dari Russia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang Balkan I. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan Kedua.
Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Semasa waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama.[1] Empayar Uthmaniyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Russia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.
Mustafa Kemal Pasha, kemudian dikenali sebagai Kemal Atatürk, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmed VI oleh Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.