Pergi ke kandungan

Pelangi Kasih (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelangi Kasih
Genre
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Ramli
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal19 Januari 2012 – 22 Mac 2012

Pelangi Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Nabila Huda, Beto Kusyairy, Puteri Sarah Liyana dan Johan As'ari. Ia mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil dan menampilkan pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 19 Januari 2012 hingga 22 Mac 2012 menggantikan Bunga April.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.

Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda ini, Green Global meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah. Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan.

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat. Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin?

Kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Fara Nadiah sebagai Sofea kecil
  • Syazana Firas sebagai Azlin kecil
  • Daniel Zulkifli sebagai Zafrul kecil

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Bukankah Aku" - Awi Rafael
  • "Bila Aku Jatuh Cinta" - Awi Rafael
  • "Bawalah Cintaku" - Afgan Syah Reza
  • "Padamu Ku Bersujud" - Afgan Syah Reza
  • "Kita dan Dunia" - Kerispatih
  • "Biarlah" - Nidji
  • "Saat Bahagia" - Ungu
  • "Dia Atau Diriku" - Ungu
  1. ^ Budiey (18 Januari 2012). "Drama Pelangi Kasih Lakonan Nabila Huda Beto Kushairy". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 April 2013.
  2. ^ "Pelangi Kasih Bakal Hiasi Slot Samarinda TV3 Bermula Dari 19 Januari, 25 Episod". Rotikaya. 18 Januari 2012. Dicapai pada 24 April 2013.
  3. ^ Pelangi Kasih (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 22 Mei 2018.