Panglima Hitam
Panglima Hitam ini dikatakan benar-benar hebat dalam ilmu persilatan dan sangat handal dalam pertempuran. Panglima Hitam ditugaskan khas untuk menjadi pengawal peribadi buat Sultan.
Setiap sultan akan mempunyai Panglima Hitamnya yang tersendiri sejak pada abad yang ke 18. Antara yang tersohor dan masih ada dalam rekod adalah seperti dibawah;
1. Panglima Hitam (Taiping) atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang pada abad ke-18
2. Panglima Hitam (Kuala Selangor)
3. Panglima Hitam (Jugra)
4. Panglima Hitam (Muar)
5. Panglima Hitam (Segamat)
Yang paling terkenal sekali adalah Panglima Hitam di negeri Perak yang bernama Tengku Daeng Kuning. Tengku Daeng Kuning adalah merupakan anak kepada Raja Bugis dari Makassar, Sulawesi. Gelaran Panglima Hitam yang dipegangnya amat sesuai dengan dirinya yang berilmu dengan seni persilatan yang tinggi dan sentiasa memakai pakaian yang berwarna hitam. Tengku Daeng Kuning atau Panglima Hitam sampai ke kepulauan Tanah Melayu pada 1813.
Tengku Daeng Kuning bersama-sama dengan enam saudara yang lain datang ke kepulauan Tanah Melayu dan apabila sampai ke kepulauan Tanah Melayu, mereka masing-masing membawa haluan sendiri mengikut ilmu dan firasat masing-masing mencari kawasan baru. Maka mereka bertujuh berpecahlah disana dan Tengku Daeng Kuning memilih untuk ke Taiping di negeri Perak dan yang lain-lain ada yang ke Pahang, Kedah, Terengganu, Johor, Selangor dan Melaka.
Daeng Kuning telah menetap di Kuala Larut yang diberi nama Relur Tujuh dan kini dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Beliau meninggal pada 1875 dan disemadikan di Kampung Tupai, Jalan Pokok Assam, Taiping
Panglima Hitam di Kuala Selangor pada zaman Almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Selangor kedua) dan Almarhum Sultan Muhammad (Sultan Selangor ketiga).
Panglima Hitam di Jugra yang dikenali juga sebagai Daeng Ali iaitu pengawal peribadi Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor keempat).
Panglima Hitam di Muar yang bernama Baginda Zahiruddin, berasal dari Padang Pariaman Minangkabau, Sumatera. Beliau merupakan pengasas kepada Silat Lintau pada abad ke-16.
Panglima Hitam di Segamat yang merupakan pemimpin ketenteraan dan telah berjaya mengalahkan kumpulan pemberontak dalam perang Jementah yang berlaku di kawasan Segamat.
Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa Panglima-Panglima Hitam ini terbukti apabila nama Panglima Hitam ini telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal), TLDM sebagai Kapal DiRaja (KD) Panglima Hitam.