Pergi ke kandungan

Pandemik COVID-19 di Armenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandemik koronavirus 2020 di Armenia
Kes yang disahkan mengikut wilayah pada 21 April*
  1–9 disahkan
  10–49 disahkan
  50–199 disahkan
  200–499 disahkan
* Beberapa wilayah memiliki data yang lebih terkini.
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiArmenia
Asal wabakTehran, Milan
Kes indeksYerevan
Tarikh ketibaan1 Mac 2020
(4 tahun, 8 bulan dan 4 minggu)
Kes yang disahkan2,884
Sembuh1,185
Kematian
42
Laman web rasmi
https://ncdc.am/coronavirus/confirmed-cases-by-days/

Pandemik koronavirus 2019–20 seluruh dunia disahkan telah mencapai Armenia pada 1 Mac 2020 sewaktu kes pertamaya disahkan. Penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) menyebar ke seluruh wilayah (marz) di Armenia, dan menyebabkan 42 kematian.

Armenia telah menangguhkan perjalanan bebas visa untuk warga China sejak 1 Februari, tidak lama selepas negara tersebut menguatkuasakan rejim bebas visa 90 hari pada 19 Januari. Warta Iran juga tidak lagi menerima visa semasa ketibaan. Selain itu, para penumpang yang berasal dari sebahagian besar Eropah, serta Jepun dan Korea Selatan, dalam. tempoh14 hari, tidak lagi dibenarkan untuk memasuki Armenia.[1] Sempadan Armenia dengan Republik Artsakh juga ditutup dalam rangka mencegah virus tersebut menyebar ke republik yang tidak diiktiraf (sebuah negara yang wilayahnya merupakan bahagian de-jure dari Azerbaijan), yang mengadakan pilihan raya umum pada 31 Mac.

Sebelum virus tersebut disahkan tiba ke Armenia, 118 ujian dilakukan pada Februari dengan hasil negatif. Sehingga kini, Armenia dilaporkan telah melakukan 15.860 ujian, 1.523 diantaranya positif (kes COVID-19 yang disahkan).

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa novel koronavirus ialah penyebab penyakit pernafasan kepada sekumpulan orang di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.[2][3]

Nisbah kematian kes untuk COVID-19 lebih rendah daripada SARS 2003,[4][5] tetapi penyebarannya jauh lebih besar, dengan jumlah kematian yang besar.[6][4]

Statistik

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "IATA - International Travel Document News". www.iatatravelcentre.com.
  2. ^ Elsevier. "Novel Coronavirus Information Center". Elsevier Connect. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2020. Dicapai pada 15 March 2020.
  3. ^ Reynolds, Matt (4 March 2020). "What is coronavirus and how close is it to becoming a pandemic?". Wired UK. ISSN 1357-0978. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2020. Dicapai pada 5 March 2020.
  4. ^ a b "Crunching the numbers for coronavirus". Imperial News. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2020. Dicapai pada 15 March 2020.
  5. ^ "High consequence infectious diseases (HCID); Guidance and information about high consequence infectious diseases and their management in England". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2020. Dicapai pada 17 March 2020.
  6. ^ "World Federation Of Societies of Anaesthesiologists – Coronavirus". www.wfsahq.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2020. Dicapai pada 15 March 2020.