Mohd Puad Zarkashi
Yang Berhormat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi PJN, DSAP (Pahang); PhD | |
---|---|
Menyandang jawatan 21 April 2022 | |
Timbalan | Samsolbari Jamali |
Didahului oleh | Suhaizan Kaiat |
Menyandang jawatan 21 April 2022 | |
Didahului oleh | Ayub Jamil |
Dalam jawatan Mac 2015 – April 2018 | |
Didahului oleh | Fuad Hassan |
Timbalan Menteri Pelajaran II | |
Dalam jawatan 9 April 2009 – 14 Ogos 2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Wee Ka Siong |
Digantikan oleh | P. Kamalanathan |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P150 Batu Pahat, Johor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Junaidy Abdul Wahab |
Digantikan oleh | Mohd Idris bin Jusi |
Majoriti | 12,704 (PRU-12) |
Ahli Dewan Negara Lantikan Dewan Undangan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 13 Oktober 2004 – 12 Oktober 2007 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Puad bin Zarkashi 7 Julai 1957 |
Parti politik | |
Pasangan | Datin Rubiah Leman |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Yang Berhormat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ialah seorang ahli politik Malaysia yang kini menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor. Beliau telah dilantik ke jawatan itu pada 21 April 2022 selepas berlangsungnya pilihan raya negeri Johor pada tahun itu. Beliau juga turut terpilih sebagai ADUN Rengit dalam pilihan raya tersebut. Beliau pernah menjadi ahli parlimen Batu Pahat, Johor mewakili UMNO. Beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilantik dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor. Beliau antara orang yang lantang suaranya apabila ada pemimpin mana-mana parti melakukan kesalahan termasuk pemimpin partinya sendiri.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pernah menjadi pensyarah Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia .
Politik
[sunting | sunting sumber]Parti politik pertama yang disertai oleh Dr. Puad Zarkashi ialah PAS sebelum menyertai UMNO. [perlu rujukan] Mulai 1997, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor,Dato Abdul Ghani Othman . kemudian beliau berjaya jadi Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat mengalahkan Datuk Zainal Abidin Zin. Beliau juga pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara pada 13 Oktober 2004.[1]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Muhamad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,704 undi di parlimen Batu Pahat. Beliau memperolehi 32,461 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 19,757 undi. Dalam pilihan raya 2004,Dr. Junaidy Abd Wahab dari Terengganu bertanding di Batu Pahat dan mendapat majoriti 29,102 undi.[2]
Pada 2008 beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan turut serta dalam rombongan 49 ahli parlimen Barisan Nasional ke Taipei,Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian pada 16 September 2008 .
Pada PRU-13, beliau yang bertanding sebagai jawatan Ahli Parlimen Batu Pahat telah tewas kepada Mohd Idris bin Jusi dengan majoriti undian sebanyak 1,732.
Kini, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dilantik).
Jawatan kerajaan
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II selepas Pilihan raya Umum Malaysia ke-12 bersama Wee Ka Siong sebagai Timbalan Menteri Pelajaran I di bawah menterinya, Muhyiddin Yassin.
Setelah tewas pada Pilihan raya Umum Malaysia ke-13, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA pada Mac 2015, menggantikan Fuad Hassan yang meninggal dunia pada Disember 2014.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Pahang
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) - Dato' (2009)
- Malaysia
- Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2014).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [https://web.archive.org/web/20160421221543/https://www.highbeam.com/doc/1P1-100692257.html Diarkibkan 2016-04-21 di Wayback Machine "Jins among four sworn in as Senators ", News Straits Times, 14 Oktober 2004.
- ^ Siapa dia Dr. Puad Zarkashi ni?[pautan mati kekal]