Elektrik statik
Elektrik statik ialah ketidakseimbangan cas elektrik pada atau dalam permukaan sesuatu bahan. Cas tersebut kekal sehingga ia dapat bergerak pergi sebagai arus eletrik atau pelepasan elektrik. Elektrik statik tidak sama dengan arus elektrik, yang mengalir melalui wayar atau pengalir elektrik lain dan menghantar tenaga.[1]
Cas elektrik statik boleh terhasil apabila dua permukaan bersentuhan dan berpisah, dan sekurang-kurangnya satu permukaan memiliki rintangan tinggi terhadap arus elektrik (dan dengan itu merupakan penebat elektrik). Kesan elektrik statik adalah biasa pada kebanyakan orang kerana mereka dapat merasakan, mendengar, bahkan juga dapat melihat percikan tersebut ketika cas lebihan dineutralkan apabila dibawa berdekatan pada pengalir elektrik besar (contohnya, laluan ke tanah), atau kawasan dengan lebihan cas kekutuban yang bertentangan (positif atau negatif). Fenomena biasa kejutan statik, atau lebih khusus, nyahcas elektrostatik berlaku disebabkan oleh peneutralan cas.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Benjamin Franklin pernah membuat uji kajian yang cuba memahami kuasa elektrik dengan membina suatu mesin yang memutarkan suatu sfera kaca bergeseran dengan sehelai kain wul[2] yang menghasilkan percikan "api" ([electrical] fire)[3][4][5] dikumpulkan jarum-jarum besi ke dalam balang Leyden.[6][7][8] Munsyi Abdullah pernah mencatat pemerhatian dijana dari mesin ini dalam Hikayat beliau apabila diperkenalkan mesin ini oleh beberapa guru Inggeris yang mengajaknya dan seorang guru lain menguji alat tersebut:[9]
Maka ia'itu-lah membawa suatu jenis pekerjaan yang di-perbuat oleh orang pandai dari Eropah, maka ada-lah perkakas-nya itu terlalu banyak; maka ada roda kacha; maka di-buboh-nya ubat-nya di-roda itu, kemudian di-putar-nya deras-deras, ada, pun tatkala di-putar-nya itu, jikalau kita kenakan tangan kita, keluar-lah api bersemburan dari tangan kita...Ada pun nama kuasa pesawat itu dalain bahasa Inggeris electricity.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dhogal (1986). Basic Electrical Engineering, Volume 1. Tata McGraw-Hill. m/s. 41. ISBN 978-0-07-451586-0.
- ^ Lemay 2009, m/s. 72.
- ^ Talbott 2005, m/s. 184.
- ^ Lemay 2009, m/s. 71.
- ^ Crane 1954, m/s. 48.
- ^ McNichol 2006, m/s. 10–16.
- ^ Gregory 1822, m/s. 8.
- ^ McGrath 2001, m/s. 1335.
- ^ Abdullah bin Abdul Kadir (1939). Hikayat Abdullah. 1 (ed. ke-4). Singapura: Malaya Publishing House, Limited. m/s. 114–5.
- Sumber
- Crane, Verner Winslow (1954). Benjamin Franklin and a Rising People. Little, Brown and Company.
- Gregory, George (1822). A Dictionary of Arts and Sciences. Collins and Company.
- Lemay, J. A. Leo (2009). The Life of Benjamin Franklin, Volume 3: Soldier, Scientist, and Politician, 1748–1757. University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-4121-1.
- McGrath, Kimberley A. (2001). The Gale Encyclopedia of Science: Catastrophism-Eukaryotae. Gale Group. ISBN 978-0-7876-4372-0.
- McNichol, Tom (2006). AC/DC: The Savage Tale of the First Standards War. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-118-04702-6.
- Talbott, Page (2005). Search of a Better World. Yale University Press. ISBN 978-1-4379-6732-6.