Bendahara Perak
Bendahara Negeri Perak merupakan satu jawatan pemeritahan zaman Kesultanan Melayu Perak yang sama taraf dengan Perdana Menteri Zaman Kini (Zaman Moden).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bendahara merupakan ketua semua Pembesar Negeri Perak dan ketua kerajaan yang membuatkan jawatan ini kedua terpenting selepas Raja Negeri Perak.
Bendahara diberikan kuasa untuk menjaga keselamatan Negeri Perak secara keseluruhannya.
Selain itu, Bendahara turut menjalankan Undang-undang Negeri Perak yang terdiri daripada Hukum Kanun Negeri Perak dan Undang-undang Laut Negeri Perak.
Hal ini membuatkan Bendahara turut berperanan sebagai hakim dan mempunyai mahkamah sendiri yang dinamakan Balai Bendahara.
Kuasa kehakiman Bendahara meliputi semua kes jenayah kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dilaksanaan oleh Raja.
Bendahara turut mempunyai pengaruh yang besar hinggakan perlantikan raja yang baru turut dijalankan oleh Bendahara.
Sebagai Penasihat Raja, Bendahara bertanggungjawab untuk menjaga hubungan antara Negeri Perak dan negara asing. Bendahara juga harus memastikan kesetiaan Rakyat kepada Raja Negeri Perak adalah tidak berbelah bahagi dan mengelakkan dari sebarang penderhakaan dan pemberontakan.
Senarai Orang Kaya Bendahara Negeri Perak
[sunting | sunting sumber]- Tun Mahmud dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Bendahara. Sultan Johor pada ketika itu menjemput Tun Mahmud pulang ke Tanah Johor.
- Bendahara 01 - Megat Terawis Daulat Pagar Ruyung (dari 1528)
- Bendahara 02 - Megat Sulung bin Megat Terawis
- Bendahara 03 - Tun Mai (Bendahara yang dilantik apabila Perak di bawah pengaruh Pasai (Aceh))
- Bendahara 04 - Megat Abdullah bin Megat Mustafa
- Bendahara 05 - Megat Shuaib bin Megat Abdullah
- Bendahara 06 - Megat Manjanas bin Megat Abdullah
- Bendahara 07 - Megat Iskandar bin Megat Shuaib
- Bendahara 08 - Megat Terawis II bin Megat Menjanas
- Bendahara 09 - Megat Pendia bin Megat Terawis II
- Bendahara 10 - Megat Abu Kassim bin Megat Terawis II...,Bendahara terakhir dari keturunan Megat memegang jawatan Bendahara negeri Perak (sehingga 1770)
- Sharif Abu Bakar
- Raja Alauddin (kerabat Perak; menerima gelaran Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Wazirul Kabir)
- ...Bendahara kekal dalam kalangan kerabat selama 200 tahun sehingga C.M. Yusuf