Nombor telefon di Malaysia

Nombor telefon di Malaysia dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Nombor Telefon di Malaysia
Lokasi
NegaraMalaysia
BenuaAsia
Pengawal seliaSKMM
Format Umum Nombor Telefon
Luar Negara
  • +60 1x-xxx xxxx
  • +60 11-xxxx xxxx
  • +60 3-xxxx xxxx
  • +60 8x-xxx xxx
  • +60 x-xxx xxxx
Dalam Negara
  • 01x-xxx xxxx
  • 011-xxxx xxxx
  • 03-xxxx xxxx
  • 08x-xxx xxx
  • 0x-xxx xxxx
Kod Akses
Kod Negara+60
Akses Antarabangsa0060

Talian tetap di Malaysia bermula dengan kod kawasan 1 hingga 2 nombor (tidak termasuk 0 di hadapan), diikuti dengan 6 hingga 8 nombor nombor pelanggan. Manakala talian mudah alih bermula dengan 2 nombor (tidak termasuk 0 dihadapan), diikuti 7 hingga 8 nombor pelanggan. Kod talian mudah alih ini asalnya diberikan khas mengikut talian pembekal, tetapi dengan program Pertukaran Nombor Mudahalih, nombor telefon tidak lagi mengikut talian pembekal.

Sehingga tahun 2017, panggilan ke Singapura tidak memerlukan kod antarabangsa, memadai dengan kod domnestik 02 sahaja. Bagaimanapun dengan arahan dari SKMM[1], kod ini ditamatkan secara berperingkat antara Mei dan Jun 2017. Telekom Malaysia adalah yang pertama menamatkan kod ini pada 16 Mei 2017 dan diikuti pembekal lain pada 1 Julai 2017. Selepas tarikh tersebut, semua panggilan ke Singapura mesti menggunakan kod antarabangsa +65.

Di Brunai pula, panggilan dari Malaysia Timur boleh menggunakan kod domestik 080 sahaja, tetapi panggilan dari Semenanjung Malaysia mesti menggunakan kod antarabangsa +673.

Talian Tetap

sunting

Telekom Malaysia merupakan pengendali tunggal Talian Tetap di Malaysia. Setiap Pelanggan diberikan Nombor Telefon yang terdiri dari dengan Kod Awalan berserta Nombor Pelanggan.

Kod Awalan (tidak termasuk 0 di hadapan) adalah 1 nombor untuk Semenanjung Malaysia (3 hingga 7 dan 9), dan dua nombor (8x) di Malaysia Timur. Nombor Pelanggan pula adalah 7 nombor untuk Semenanjung Malaysia (kecuali 8 nombor untuk Kod Awalan 3 iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya), dan 6 nombor bagi Malaysia Timur.

Kod Awalan dibahagikan kepada beberapa kawasan. Sehingga tahun 1995, pelanggan di Semenanjung Malaysia juga diberikan 6 Nombor Pelanggan kecuali pelanggan Kod Awalan 3, kerana Nombor Pelanggan mereka mempunyai 7 nombor.

No Pelanggan bagi Kod Awalan 3 beransur-ansur menjadi 8 nombor di antara tahun 1999 hingga 2001 bagi menampung permintaan yang meningkat disebabkan pertambahan penduduk di Lembah Kelang. Disebabkan itu, jumlah nombor telefon penuh bagi pelanggan Kod Awalan 3 menjadi 10 nombor, dan 9 nombor bagi pelanggan Kod Awalan yang lain.

Contohnya :

(Kod Awalan 2 nombor + 8 Nombor Pelanggan = 10 nombor)


(Kod Awalan 2 nombor + 7 Nombor Pelanggan = 9 nombor)


(Kod Awalan 3 nombor + 6 Nombor Pelanggan = 9 nombor)


Nota : a = Kod Awalan, b = nombor pelanggan


Panggilan ke talian tetap yang mempunyai Kod Awalan yang sama tidak memerlukan pelanggan mendail Kod Awalan. Manakala panggilan ke talian tetap yang mempunyai Kod Awalan tidak sama dan talian mudah alih, pelanggan perlu mendail nombor telefon penuh pelanggan.

Contohnya :

  • dalam kawasan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang: 9xxx xxxx
  • luar kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan talian mudah alih, dalam Malaysia : 04-9xxx xxxx
  • luar Malaysia: +60-4-9xxx xxxx (0 di hadapan diabaikan)



Nota : x = 0 - 9



 
Kod Talian Tetap di Semenanjung Malaysia


Kod Awalan Kawasan
02
Tiada; sebelumnya kod akses domestik ke   Singapura
(Dihentikan pada 16 Mei 2017 oleh Telekom Malaysia dan oleh semua pembekal lain pada 1 Julai 2017.)[1]
03
  Selangor
  Kuala Lumpur
  Putrajaya
Genting Highlands,   Pahang
04
  Perlis
  Kedah
  Pulau Pinang
Pengkalan Hulu,   Perak
05
  Perak
Bandar Baharu,   Kedah
Cameron Highlands,   Pahang
Hulu Bernam,   Selangor
06
  Negeri Sembilan
  Melaka
Muar,   Johor
Tangkak,   Johor
07
  Johor
Gemas,   Negeri Sembilan
080
Kod akses domestik dari Malaysia Timur ke   Brunei
081
Nombor disimpan untuk kegunaan masa depan
082
  SarawakKuching, Samarahan dan Serian
083
  SarawakSri Aman dan Betong
084
  SarawakSibu, Sarikei, Mukah dan Kapit
085
  SarawakMiri, Limbang dan Lawas
086
  SarawakBintulu dan Belaga
087
  Labuan
Bahagian Pedalaman,   Sabah
088
  SabahKota Kinabalu dan Kudat
089
  SabahLahad Datu, Sandakan dan Tawau
09
  Pahang
  Terengganu
  Kelantan

Talian Mudah Alih dan Telefon IP

sunting

Talian Mudah Alih dan Telefon IP terletak dalam Kod Awalan 1 (tidak termasuk 0 di hadapan). Kemudian diikuti Kod Pengendali Talian 1 nombor hingga 5 nombor. Nombor Pelanggan pula samada 6 nombor sehingga 7 nombor bergantung kepada Kod Pengendali Talian. Nombor Telefon penuh bagi 011 dan 015 berjumlah 11 nombor, manakala yang lain adalah 10 nombor termasuk 0 di hadapan.

Panggilan dari Talian Mudah Alih sentiasa memerlukan pelanggan mendail nombor telefon penuh walaupun dalam Pengendali Talian yang sama. Untuk panggilan antarabangsa pula, 0 di hadapan digugurkan dan diganti dengan kod antarabangsa +60. Contoh nombor telefon 012 xxx xxxx di dial +60 12 xxx xxxx.

Pada permulaannya, setiap Pengendali Talian diberikan satu nombor Kod Pengendali Talian. Maxis, Celcom dan Digi merupakan Pengendali Talian terbesar pada tahun 2005. Setelah nombor yang diberikan mula habis, 3 Pengendali Talian ini diberikan nombor baru 014 dengan Kod Pengendali Talian diasingkan menggunakan nombor pertama dari 7 Nombor Pelanggan.

Pengendali Talian Maya yang tumbuh bagaikan cendawan dan kehabisan nombor untuk diberikan menyebabkan 011 dan 015 dibuka untuk digunakan dengan nombor ditambah dari 7 kepada 8. 011-1 tersedia bermula 15 Disember 2010. Dua Pengendali Perhidmatan Internet terbesar ketika itu, TM Net dan Jaring diberikan nombor 015-4 untuk memberikan perkhidmatan Suara Melalui Protokol Internet (VoIP) atau Perkidmatan Telefon melalui Protokol Internet (TSoIP).

Nombor baru diberikan dalam blok yang lebih kecil iaitu 10,000, 100,000 atau 1,000,000 berbanding hampir 8 000 000 sebelum ini untuk satu Pengendali Talian. Program Pertukaran Nombor Mudahalih bermaksud nombor dan Pengendali Talian berkemungkinan tidak lagi seperti yang asal.


Nombor Talian Mudah Alih
Kod Awalan Julat Pengendali
010-
2, 36~39, 46, 56, 66, 76, 82, 88, 90~98
DiGi
30~34, 83~87
XOX
35, 44~45, 55, 65
UniFi Mobile
40~41, 57~59
Celcom
42~43, 70~71, 89
Maxis
50~54, 77~81
Tune Talk
011-
100~104
UniFi Mobile
105~109, 55, 8888
redONE
11, 21, 270~274, 28, 37, 38, 39, 605~642, 8886, 8889
U Mobile
12, 140~144, 175~179, 23, 240~244, 25, 275~279
Maxis
13, 205~209, 565~569, 575~579, 585~589, 595~599
XOX
145~149, 155~159, 19, 245~249, 29, 32, 40~41, 54, 560~564
Celcom
150~154, 185~189, 35, 53
Tune Talk
16, 200~204, 26, 31, 33, 36, 51
DiGi
170~174, 30, 570~574, 580~584, 7
Yes 4G
180~184
Telekom Malaysia
012-
2~9
Maxis
013-
2~9
Celcom
014-
2, 7
Maxis
3, 6, 9
DiGi
4
Tune Talk
5, 8
Celcom
016-
2~9
DiGi
017-
2~9
Maxis
018-
12, 2, 31~32, 35~57, 66, 760~794, 87~91, 94~98
U Mobile
30, 33~4, 58~65, 67~71, 795~824, 92~93
Yes 4G
019-
2~9
Celcom
Perkhidmatan Jalur Lebar (Data Sahaja)
Kod Awalan Julat Pengendali
015-9
10~14, 16, 60~64
DiGi
20~29
Celcom
Perkhidmatan Telefon melalui Protokol Internet (TSoIP) atau Suara Melalui Protokol Internet (VoIP)
Kod Awalan Julat Pengendali
015-1
Onesmart Mobile
015-2
BluePack Network (5 GHz Internet & VoIP)
015-3
B&E Wireless Mobile
015-4
600~613
Telekom Malaysia
821
Time Fibre
840, 871~879
RedTone
841
Y-Max
848~849
Webe
851
Maxis
870
OCE

Nota : Julat adalah satu, dua, tiga atau empat nombor daripada Nombor Pelanggan. Contoh :

         Kod Awalan 010-, Julat 2, adalah 010-2XX XXXX
         Kod Awalan 011-, Julat 11, adalah 011-11XX XXXX
         Kod Awalan 011-, Julat 155~159 adalah 011-155X XXXX to 011-159X XXXX
         X = 0 hingga 9

Kod Ringkas dan Nombor Istimewa

sunting
Kod Kegunaan
100
Perkhidmatan Am Telefon
101
Bantuan Operator – panggilan domestic. digunakan bersama 100.
102
Bantuan Oerkhidmatan, digunakan bersama 100.
103
Pertanyaan berkenaan direktori Talian Telap
104
Perkhidmatan Telegram
1051
Pengumuman Masa
1066
Pusat Maklumat Tsunami dan Gempa Bumi
108
Bantuan Operator untuk Panggilan Antarabangsa.
112
Nombor Kecemasan Antarabangsa
120
Tune Talk IDD
121
Akses ke Mel Suara
12xx
Nombor Simpanan
1300-XX-XXXX
Nombor Telefon dengan Kadar Tempatan[2]
1310
U Mobile IDD
13100
Celcom Budget IDD
13188
Servis SMS TM
13200
Maxis IDD
13300
DiGi IDD
1315
TMNet Perkhidmatan Internet dial-up
1377X
Perkhidmatan Panggilan Beramai-ramai, tidak lagi aktif
141XX
Belum digunakan
1500-XX-XXXX
Perkhidmatan Paging
1508-XX-XXXX
Perkhidmatan Akses Internet Dial-up
1511
Perkhidmatan Internet dial-up Jaring
1512
Perkhidmatan Internet dial-up Maxis tidak lagi tersedia.
1513
Perkhidmatan Internet dial-up TMNet EZNet dial-up internet service, tidak aktif.
1515
Perkhidmatan Internet dial-up TMNet
1516
Perkhidmatan Internet dial-up DiGi tidak lagi tersedia.
1517
Perkhidmatan Internet dial-up Time Net , tidak aktif.
1519
Perkhidmatan Internet dial-up Celcom tidak aktif.
152X
Perkhidmatan Internet dial-up ISDN tidak lagi tersedia.
15454
Laporan Kerosakan Elektrik[3][4][5]
15999
Talian Kasih, Perkhidmatan Sokongan Emosi dan Kaunseling[6][7][8]
1600-XR-XXXX
Nombor Telefon Kadar Premium (dirancang)
1700-XX-XXXX
Perkhidmatan Nombor Persendirian
1800-XX-XXXX
Talian Bebas Tol (Percuma dari Talian Tetap, Kadar Tempatan dari Talian Mudah Alih)[9]
18YXX
Pemilihan Kod Talian Jarak Jauh
1900-XX-XXXX
Perkhidmatan Multimedia
600-XX-XXXX
Perkhidmatan pengehosan teks audio dan Nombor Telefon Kadar Premium (dirancang untuk tukar ke 1–600)
991
Jabatan Pertahanan Awam, telah diganti dengan 999
994
Bahagian Operasi Mencegah Bencana Alam (BOMBA) dan Penyelamat, telah diganti dengan 999
997
Pusat Tindak Balas Penipuan Malaysia (NSRC)[10][11][12]
999
Perkhidmatan Kecemasan Am Malaysia (MERS), sebelum ini Polis Di Raja Malaysia[13]

Nota: R = 1 hingga 6, X = 0 hingga 9, Y = 1 hingga 9

Kod nombor telefon

sunting
 00   Panggilan antarabangsa sahaja
010 Celcom Art900 (telefon analog)
011  Telekom Malaysia ATUR 450 (telefon analog)
012  Maxis (3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
013  Celcom (TMTouch, 3G/3.5G/GSM900/GSM1800/telefon bimbit satelit)
014-2 Maxis (3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
014-3 DiGi (GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
014-6 DiGi (GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
014-8 Celcom (3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
015-4 Servis VoIP
016   DiGi (GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
0175643161   Maxis (Hotlink, 3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
018   U Mobile(3G telefon bimbit) 
019   Celcom (3G/3.5G/GSM900/GSM1800/telefon bimbit satelit)
02    Kod dalam negeri ke Singapura (dihentikan penggunaan selepas 30 Jun 2017)
03    Selangor, Kuala Lumpur Putrajaya dan Genting Highlands (Pahang)
04    Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Pengkalan Hulu (utara Perak)
05    Perak (kecuali Pengkalan Hulu), Kedah {Bandar Baharu) dan Cameron Highlands (Pahang)
06    Melaka, Negeri Sembilan dan Muar serta Tangkak (Johor)
07    Johor (kecuali Muar dan Tangkak) dan Gemas (Negeri Sembilan)
080    Kod dalam negeri ke Brunei (Hanya Malaysia Timur)
081    ?????????????????????????????????
082    Kuching (Sarawak)
083    Sri Aman (Sarawak)
084    Sarikei, Bintangor, Sibu, Kanowit, Song, dan Kapit (Sarawak)
085    Lawas, Limbang, Miri (Sarawak)
086    Bintulu, Belaga (Sarawak)
087    Daerah Pedalaman (Sabah dan Labuan
088    Kota Kinabalu dan Kudat (Sabah)
089    Lahad Datu, Sandakan dan Tawau (Sabah)
09     Kelantan, Pahang (kecuali Cameron Highlands dan Genting Highland) dan Terengganu
100    Universal operator service (formerly fixed telephone & fascimile fault report)
101    Operator assistance for domestic calls (to be combined to 100)
102    Operator service assistance (to be combined to 100)
103    Fixed telephone directory assistance
104    Telegram services
1051    Time announcement
1066    Earthquakes and Tsunami Alert Centre
108     Operator assistance for international calls (reallocated to 102, to be combined to 100)
112    Mobile network emergency telephone number
12xx    reserved
1300-xx-xxxx Local rate telephone number
1377x    Mass calling service
141-xx    Internationally accessible short codes 
1500-xx-xxxx Paging service
1508-xx-xxxx Dial-up internet access service
151x         Dial-up Internet access service
152x         ISDN dial-up Internet access service
15454        Electricity fault reporting
1600-xR-xxxx Premium-rate telephone number
1700-xx-xxxx Personal numbering service
1800-xx-xxxx Toll-free telephone number
18-Yxx       Long distance carrier selection code
1900-xx-xxxx Multimedia service number
600-xx-xxxx  Audiotext Premium-rate telephone number (to be reallocated to 1600 prefix)
999          Polis DiRaja Malaysia/Kementerian Kesihatan Malaysia/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia/Angkatan Pertahanan Awam Malaysia/Maritim Malaysia

Rujukan

sunting