Bahagian Sibu
Bahagian Sibu (Jawi: بهاڬين سيبو) ialah sebuah bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia mempunyai keluasan 8,278.30 kilometer persegi (3,196.27 batu persegi).[2] Jumlah penduduk ialah 303,300 orang pada tahun 2016.[3] Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sibu. Bahagian Sibu dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.[4] Ketua bagi pentadbiran Bahagian Sibu ialah seorang residen dan pada masa ini sedang dijawat oleh Charles Siaw sejak tahun 2018.[1]
Bahagian Sibu بهاڬين سيبو | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Pusat pentadbiran | Sibu |
Daerah | |
Pentadbiran | |
• Residen | Charles Siaw |
Keluasan | |
• Jumlah | 8,278.30 km2 (3,196.27 batu persegi) |
Penduduk (2016)[3] | |
• Jumlah | 303,300 |
• Kepadatan | 37/km2 (95/batu persegi) |
Kerajaan
suntingTerdapat tiga kerajaan tempatan dalam Bahagian Sibu:
- Majlis Perbandaran Sibu mentadbir bandar Sibu;
- Majlis Daerah Luar Bandar Sibu mentadbir keseluruhan kawasan Daerah Sibu kecuali bandar Sibu, dan Daerah Selangau; dan
- Majlis Daerah Kanowit mentadbir Daerah Kanowit.
Penduduk
suntingMengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Sibu mempunyai jumlah penduduk seramai 303,300 orang. Daripada jumlah tersebut, 154,100 orang adalah terdiri dari lelaki dan 149,200 adalah perempuan.[3] Penduduk dalam Daerah Sibu terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik: Cina dan Iban merupakan penduduk-penduduk majoriti dengan keramaian 117,300 orang bagi Cina dan 116,800 orang bagi Iban, diikuti dengan Melayu dengan jumlah 27,900 orang, Melanau 16,400 orang dan Bidayuh 2,100 orang.[3] Terdapat juga kaum bumiputera yang lain dengan jumlah keseluruhan 4,200 orang, sementara bukan bumiputera seperti bangsa India dan lain-lain adalah seramai 2,100 orang.[3] Bahagian Sibu juga mencatatkan kira-kira 16,400 orang penduduk yang terdiri dari bukan warganegara.[3]
Rujukan
sunting- ^ a b Boon, Peter (8 Januari 2018). "Charles Siaw is new Sibu Resident". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ a b c d e f "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
Pautan luar
sunting- Laman sesawang rasmi Bahagian Sibu Diarkibkan 2018-07-05 di Wayback Machine