Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Jawi: ڤنتدبيرن اءيروناءوتيک دان اڠکاس لڤس کبڠساءن اميريک ) atau singkatannya NASA (Jawi: ناسا ) merupakan badan pemerintah Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbir program angkasa lepas dijalankan di negara tersebut. Badan ini ditubuhkan pada 29 Julai 1958 hasil pelaksanaan Akta Aeronautik dan Angkasa Lepas.[5] Perbelanjaan tahunan bagi tahun fiskal 2007 (FY2007) berjumlah AS$ 16.8 bilion.[6] NASA secara umumnya dirujuk sebagai agensi angkasa lepas yang terulung diseluruh dunia, walaupun kebanyakan teknologinya (seperti kapal angkasa bolak balik) tidaklah baru mahupun "berteknologi tinggi".
Bendera | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 29 Julai 1958 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Pemerintah Persekutuan Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | Two Independence Square, Washington, D.C., Amerika Syarikat 38°52′59″N 77°0′59″W / 38.88306°N 77.01639°WKoordinat: 38°52′59″N 77°0′59″W / 38.88306°N 77.01639°W |
Moto | For the Benefit of All (Untuk Manfaat Semua)[2] |
Kakitangan | 17,219 (2019)[3] |
Belanjawan tahunan | ▲ US$21.5 bilion (2019)[4] |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | www |
Selain dari program angkasa lepas, NASA juga bertanggungjawab terhadap penyelidikan aeroangkasa ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, kenyataan misi NASA ialah "merintis masa depan dalan penjelajahan angkasa lepas, penemuan saintifik dan penyelidikan aeronautik."[7] Moto badan ini ialah per aspera ad astra, suatu ungkapan bahasa Latin yang bermaksud "menuju ke bintang melalui kesukaran."
Sejarah
suntingPerlumbaan Angkasa
suntingBerikutan pelancaran program angkasa Soviet melalui satelit buatan manusia dunia yang pertama (Sputnik 1) pada 4 Oktober 1957, perhatian Amerika Syarikat tertumpu ke arah usaha-usaha angkasa lepas mereka sendiri. Kongres negara tersebut merasakan bahawa penemuan baru dalam projek tersebut mampu mendatangkan ancaman kepada kepimpinan keselamatan dan teknologi mereka (dikenali sebagai "Krisis Sputnik") lalu ahli-ahlinya menggesa tindakan segera dilakukan; Presiden Dwight D. Eisenhower serta para penasihatnya pula memberi perhatian terhadap tindakan yang lebih drastik. Perdebatan yang berlangsung selama beberapa bulan membuahkan ilham perlunya suatu agensi persekutuan bagi mengendalikan kegiatan bukan ketenteraan negara ini di angkasa lepas.
Rujukan
sunting- ^ US Centennial of Flight Commission, NACA. centennialofflight.net. Retrieved on November 3, 2011.
- ^ Lale Tayla; Figen Bingul (2007). "NASA stands 'for the benefit of all.'—Interview with NASA's Dr. Süleyman Gokoglu". The Light Millennium. Dicapai pada September 17, 2018.
- ^ "Workforce Profile". NASA. Dicapai pada April 23, 2018.
- ^ Casey Dreier (February 15, 2019). "NASA just got its best budget in a decade". The Planetary Society. Dicapai pada February 15, 2019.
- ^ National Aeronautics and Space Act, 29 Julai 1958.
- ^ 2007 budget (2007)
- ^ What does NASA do?, 8 Januari 2007
Sumber
sunting- Catchpole, John E. (June 17, 2008). The International Space Station: Building for the Future. Springer-Praxis. ISBN 978-0-387-78144-0.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan |
- Tapak web rasmi
- NASA in the Federal Register
- NASA Watch, an agency watchdog site
- The Gateway to Astronaut Photography of Earth
- NASA Documents relating to the Space Program, 1953–62, Dwight D. Eisenhower Presidential Library
- Online documents pertaining to the early history and development of NASA, Dwight D. Eisenhower Presidential Library
- NASA records available for research at the National Archives at Atlanta
- Technical Report Archive and Image Library (TRAIL) – historic technical reports from NASA and other federal agencies
- NASA Alumni League, NAL Florida Chapter, NAL JSC Chapter
- Karya-karya oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan di Internet Archive