Mazhab Hanbali
Mazhab Ḥanbali[1] (bahasa Arab: حنبلى) atau juga dieja Mazahab Hambali[2] adalah satu daripada empat mazhab fiqah dalam aliran ahli sunnah wal jamaah (tiga lagi adalah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Syafie). Mazhab ini kebanyakannya diikuti oleh ilmuwan yang beraqidah Athariyyah sejak kurun ketiga. Dasar-dasarnya yang utamanya adalah berpegang kepada :
- Al-Qur'an
- Hadis marfu'
- Fatwa sahabat dan mereka yang lebih dekat dengan al-Quran dan hadis, di antara fatwa yang berlawanan
- Hadis mursal
- Qiyas
Mazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab terutamanya Hijaz seperti Mekah dan Madinah, di pedalaman Oman dan beberapa tempat sepanjang Teluk Parsi dan beberapa bandar di Asia Tengah.
Riwayat Hidup Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
suntingNama sebenarnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Beliau terkenal dengan nama datuknya Ibnu Hanbal. Beliau dilahirkan pada 164 Hijrah bersamaan 780 Masihi di Baghdad. Beliau satu keturunan dengan Nabi Muhammad SAW pada sebelah neneknya. Beliau dilahirkan dalam keadaan yatim serta miskin. Beliau hanya mewarisi sebuah rumah dan sebelah baju daripada bapanya. Beliau bekerja sendiri dengan mengambil upah menjual kain untuk mencari rezeki yang halal.