Bera merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah Bera terletak di selatan negeri Pahang dan mempunyai jumlah keluasan sebanyak 2,214 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai. Daerah Bera diisytiharkan menjadi daerah kesebelas di Negeri Pahang secara rasmi pada 1 Januari  1992 setelah berpecah daripada daerah Temerloh.[3]

Daerah Bera
Transkripsi lain
 • Jawiﺑﺮﺍ
 • Cina百乐县
 • Tamilபெரா
Lokasi Bera di Pahang
Lokasi Bera di Pahang
Map
Daerah Bera yang terletak di Malaysia
Daerah Bera
Daerah Bera
Lokasi Bera di Malaysia
Koordinat: 3°16′N 102°27′E / 3.267°N 102.450°E / 3.267; 102.450Koordinat: 3°16′N 102°27′E / 3.267°N 102.450°E / 3.267; 102.450
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatBandar Bera
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Bera
Pentadbiran
 • Pegawai daerahDato' Ahmad Nasim b. Dato' Hj. Mohd Sidek[1]
Keluasan
 • Jumlah2,214.44 km2 (855.00 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah90,304
 • Kepadatan41/km2 (110/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
28xxx
Nombor telefon+6-09
Nombor plat kenderaanC

Pentadbiran

sunting

Daerah Bera ditadbir oleh Majlis Daerah Bera. Bandar Bera telah dijadikan pusat pentadbiran daerah manakala Bandar Triang berperanan sebagai pusat komersil. Daerah Bera dibahagikan kepada dua buah mukim yang merangkumi 20 buah kampung tradisional, lapan buah kampung baru, 14 buah penempatan FELDA dan tujuh buah perkampungan orang asli.[3]

 
Peta daerah Bera
  1. Mukim Bera
  2. Mukim Triang

Bandar dan Pekan

sunting
  1. Bandar Bera / Kerayong
  2. Bandar Triang
  3. Pekan Durian Tawar
  4. Pekan Mengkarak
  5. Pekan Mengkuang
  6. Pekan Kemayan

Geografi

sunting

Daerah Bera terletak di selatan negeri Pahang bersempadan dengan;

Daerah Bera mempunyai keluasan sebanyak 2,214.44 kilometer persegi. Terdapat sebuah tasik semulajadi di daerah ini iaitu Tasik Bera yang menjadi tasik semulajadi terbesar dan tapak RAMSAR pertama di Malaysia. Tasik ini seluas 35 kilometer panjang dan 20 kilometer lebar. Tasik ini juga mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera dan menjadi habitat kepada 374 spesies tumbuhan, 94 spesies ikan, 230 spesies burung, 67 spesies mamalia dan lain-lain.

Demografi

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200077,685—    
201094,105+21.1%
202098,137+4.3%
Pecahan etnik di Bera - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
67.5%
Cina
  
27.8%
India
  
4.2%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Bera ialah seramai 98,137 orang dengan kepadatan penduduk 44 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 67 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 115:100. Terdapat 25,667 tempat kediaman dengan sebanyak 23,378 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 64 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 61,899
Cina 25,507
India 3,838
Lain-lain 475
Bukan warganegara N/A 6,418
Agama di Bera - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
62.2%
Buddha
  
25.8%
Tidak beragama
  
6.0%
Hinduisme
  
4.0%
Kristian
  
1.2%
Lain-lain
  
0.8%

Majoriti penduduk di daerah Rompin beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[4]

Agama Jumlah
Islam 61,072
Buddha 25,279
Hindu 3,973
Kristian 1,134
Lain-lain 823
Tidak beragama 5,853
Tidak diketahui 3

Ekonomi

sunting

Sumber ekonomi utama Daerah Bera ialah pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit. Terdapat hampir 40 buah ladang kelapa sawit di daerah ini termasuk milik Felda Plantations, FELCRA dan estet swasta. Selain itu Tasik Bera yang telah diwartakan sebagai Tapak Konservasi RAMSAR turut menjadi lokasi tumpuan pelancong dan pusat kajian saintifik.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Perutusan Pegawai Daerah - Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Bera". pdtbera.pahang.gov.my. Dicapai pada 2023-03-04.
  2. ^ penulis1. "Sejarah Daerah - Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Bera". pdtbera.pahang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-15. Dicapai pada 2017-08-29.
  3. ^ a b c "Sejarah Daerah - Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Bera". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2017. Dicapai pada 4 Mac 2023.
  4. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Pautan luar ڤاؤتن لوار

sunting

Lihat juga

sunting