SALAM IDUL FITRI
Hari ini kita telah berada di hari ke 27 Ramadahan .
Hanya beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Idul Fitri.
Persoalannya apakah kita telah dapat menyempurnakan Ibadah Ramadhan kita dengan cara yang terbaik. Jawapannya hanya kita yang mengetahuinya. Jika jawapannya “ya” Alhamdulillah.
Namun begitu kita masih ada beberapa hari lagi untuk “berjuang” bagi memunkinkan kita dapat “graduate” dari “Madrasyah “ Ramadahan ini dengan sijil yang cemerlang.
Sepertimana kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi peperiksaan terakhir di sekolah, di kolej atau di universiti bergitu jugalah seharusnya kita lakukan di akhir Ramadhan ini.
Semaklah, berapa Juzu lagi bacaan Quran yang perlu diselesaikan?, berapa banyak solat-solat sunat telah dilakukan?, Berapa kali dah menjamu orang miskin, kanak-kanak dan syahabat-handai berbuka puasa, sebanyak manakah sedekah yang telah dihulurkan? Serta amal-amal soleh yang lain.
Harapan kita semoga menjelang Syawal ini kita mendpat ”Sijil Taqwa”, InsyAllah
Persiapan Menyambut Syawal
Apa pula persiapan kita untuk menyambut Syawal ini?
Jika dilihat apa yang diwar-warkan dalam T.V amatalah menyedihkan.
Semuanya menceritakan rancangan hiburan sepanjang hari raya.
Tidak nampak apakah rancangan yang boleh membina modal insan yang banyak diperkatan oleh pemimpin negara.
Bagi kita yang memahami Islam yang syumul ini hendaklah membuat perancagan untuk menyambut Syawal ini seupaya selaras dengan kehendak Islam.
Diantara cadangan yang munkin boleh kta fikirkan;
i. Menziarahi kubur ahli keluarga terdekat sebelum hari raya. Saya berpendapat demikian kerana pada hari raya terlalu ramai orang menziarah kubur hingga berlaku perkaran yang saya kira melanggar batas syarak. Bergaul antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ramai yang tidak menutup aurat. Ada disetengah tempat berlaku macam pesta menjual bunga-bunga, air mawar dan bermacam lagi,
ii. Merancang untuk pergi solat Idul Fitri di awal pagi.
iii. Merancang untuk memberi sedekah terutamanya kepada saudara-mara dan syahabat yang terdekat yang kurang berkemampuan
iv. Merancang program ziarah ke rumah saudar-mara terdekat dan juga syahabat-handai
v. Mengadakan majlis tahlil, bacaan al-mathurat, tazkirah dan yang seumpamanya
vi. Mengelakkan dari menonton rancangan T.V yang berunsur hiburan yang melampau dan bercangah dengan Islam. Sebagai alternatifnya tenguhlah program yang bermanfaat seperti berita, rencana dan sebagainya melalui saluran tertentu. Jika tidak terdapat program yang sesuai gantikan dengan CD atau VCD ceramah , nasyid atau rencana yang memberi faedah.
Kepada pengunjung blog saya , saya dan juga anak isteri meminta ribuan ampun dan maaf atas segala kesilapan semasa kita beriteraksi selama ini.
Salam Idul Fitri
0 comments:
Post a Comment