http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com
Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Sambutan Merdeka : Stadium Perak Lengang, Memalukan!

Posted by Love Perak | Friday, September 03, 2010 | | 0 comments »

Oleh: DR RAJA AHMAD AL-HISS

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat sedih upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke – 53 pada tahun ini peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Stadium Perak, Ipoh hambar dan lesu tanpa kehadiran rakyat bagi menyambutnya bersama-sama pada tahun ini dengan terciptanya sejarah buruk yang amat memalukan.

Suasana ini dapat dilihat kekosongan seluruh sudut Stadium Perak yang memburukkan suasana sambutan pada kali ini. DPPN Pk tidak tahu di mana punca sebenarnya permasalahan ini, tetapi kerajaan negeri mesti melihat keadaan tersebut secara serius. Bulan Ramadhan bukanlah halangan untuk rakyat menzahirkan semangat patriotisma walaupun berpuasa.

Sejarah seperti ini tidak sepatutnya berulang kerana ianya amat memalukan kita yang sudah mencapai kemerdekaan yang ke – 53.

Sepatutnya kerajaan negeri mengkaji dahulu permasalahan tersebut dan pada awal lagi kempen sambutan pada tahun ini juga lesu. Inilah punca sebenarnya rakyat tidak menyambut seranan kerajaan negeri terutamanya tahun ini.

Kerajaan negeri sepatutnya memperbanyakkan kempen dan informasi sambutan Kemerdekaan di peringkat negeri.

DPPN Pk juga dimaklumkan banyak NGO-NGO serta badan-badan induk tidak dilibatkan dalam majlis sambutan Kemerdekaan peringkat negeri.

DPPN Pk yang sentiasa membuka pintu kerjasama dalam isu-isu dan perkara kepentingan negara juga tidak dijemput untuk majlis tersebut berbanding sewaktu Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak memerintah dahulu seluruh NGO, hattan parti politik dijemput untuk menjayakan sambutan Kemerdekaan.

DPPN Pk meminta kerajaan negeri memulihkan kembali suasana yang memburukkan nama Negeri Perak dan berharap suasana seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

DPPN Pk menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Perak agar mengembalikan semangat kemerdekaan sebenar bagi seorang rakyat yang merdeka jiwanya! 

Bulan Puasa ni Baik sungguh Zambry....

Posted by Love Perak | Monday, August 16, 2010 | , | 0 comments »

Derma Ramadhan ker Zambry? Tak kan banyak tu jer? Blogger UMNO pun nak juga. Ketua Cawangan tak mau bagi ker? Pencacai tukang angguk pun sokong UMNO jugak bhai..? Apa? Seleweng? Seleweng ker 'sele-WANG?

Bapak Mufti izin ker, derma macam tu? Ker dah dapat dalil halal dari kitab? Tajul Muluk ??

Disumberkan bahawa Adun Teja, telah mendedahkan satu bidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan oleh kerajaan negeri Perak kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin kanan bahagian Umno.

Menurutnya, berdasarkan jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah menyatakan sebidang tanah seluas 50 ekar di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Menurutnya lagi, tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT). Dan salah seorang pemegang sahamnya apabila diperiksa di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Gopeng.

Katanya lagi, pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali percubaan memohon tanah, tetapi akhirnya permohonan mereka ditolak tanpa diberikan sebab.

Chang yang juga Naib Pengerusi PKR Perak telah mendakwa kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Zambry Abd Kadir, hanya memberikan tanah kepada pemaju dan bukannya kepada petani pengusaha dan ini menurutnya adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Tindakan ini didakwanya satu bentuk kes salah guna kuasa kerana memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Beliau mengecam tindakan kerajaan Barisan Nasional dan menurutnya lebih ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang. Oleh itu, SPRM disarankan supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas di atas salahguna ini.

Menurutnya, ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga yang didakwa bahawa Ketua Umno Bahagian Umno Gopeng telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun.

Chang juga menyarankan kerajaan BN Perak supaya membenarkan wakil rakyat Pakatan Rakyat menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah supaya satu sistem check and balance boleh diwujudkan.

Beliau juga mencabar Datuk Dr. Mah Hang Soon yang juga satu-satunya Exco bukan Umno dalam kabinet negeri Perak supaya menjelaskan tindakan beliau yang tidak menghalang kejadian-kejadian seumpama ini daripada berlaku.-KLToday.com

Sumber : al-banjari

*Gambar2 Kredit kepada Batu Gajah Mari






kah kah kah kah kah... berderai banjir lah air mata....
ceramah dihadiri puluhan ribu rumput....
dulu orang kampung selalu sebut ayat ni :-
"Sembang tak jatuh..., cakap macam kepala butuh.."
kah kah kah... memang tepat sekali ayat tu.....
nampaknya semua telah gagal, rakyat telah menunjukkan kebencian
pasang 2 khemah, 1 pun tak boleh penuh kah kah kah

Oleh : YB Sivakumar, Speaker Sah Negeri Perak.

Di Negeri Perak terdapat 192 000 buah keluarga yang memperolehi gaji kurang daripada RM 2000. Maklumat ini adalah daripada lapuran Jabatan Perdana Menteri. Tetapi DS Zambry menafikan statistik itu dalam Dewan Negeri Perak. Maksudnya beliau mencabar statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekarang siapa betul dan siapa salah? Najib atau Zambry?


Laporan Bangsa-bangsa Bersatu FDI jatuh 81%

Seluruh negara hanya menerima FDI RM4.4 billion sahaja.

Di dalam Dewan Negeri Perak Exco Kanan YB Hamidah mengatakan Perak mendapat FDI sebanyak RM11.6 billion.


Terbukti kerajaan Perak tipu dalam Dewan Negeri.

Menurut MITI Perak hanya terima RM400 juta FDI.

Dato Hamidah harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan Dewan Negeri kerana memesongkan Dewan Negeri.

Zambry.. Berani ke tak?

Posted by Love Perak | Wednesday, August 04, 2010 | , | 1 comments »


IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

“Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.

“Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.

“Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,” ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.

Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.

Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.

“Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal.

Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan ‘Debat Rakyat, Siapa Pembohong?’.

Apa yang berlaku dalam Sidang Dun pagi tadi?

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | , , | 0 comments »

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

NONEKetika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan.

Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai ‘Yang Yang Dipertua.’

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat…[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.

Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai ‘pelacur politik’ yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

NONENizar juga melemparkan tuduhan ‘pengecut’ ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet.

Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.

Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.

NONENamun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN.

Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.

Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Ganesan Harami Halau DS Nizar Keluar Dewan

Posted by Love Perak | Tuesday, August 03, 2010 | , , | 1 comments »

(Setelah DS Nizar berucap baru 15 minit, Ganesan mengarahkan Nizar untuk berhenti dan duduk, tetapi tidak dipedulikan oleh beliau)

Ganesan mengarahkan Nizar keluar dewan setelah ada usul dari adun BN dengan alasan membuat haru biru. Namun arahan itu dibantah oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Ganesen juga menerima usul dari ADUN BN supaya mengantung Nizar dan mendapat sokongan ADUN BN dan mengumumkan Nizar digantung . bantahan berteursan diberikan oleh ADUN PR.

Ganesan mengumumkan Nizar digantung dari menghadiri sidang selama sehari sahaja.

Seperti Yang Dijanjikan DS Nizar...

Posted by Love Perak | Friday, July 30, 2010 | , | 0 comments »

Seperti yang dijanjikan YB DS Nizar,bekalan air ke rumah yang diduduki anak-anak yatim keluarga roslan telah dipasang semula pada jam 6.00 petang tadi.
Segala kos ,dari membayar bill-bil tertunggak hingga pemasangan paip baru diTanggung oleh YB DS nizar.



mengantikkan paip lama yang dah berkarat

Zambry Buka "Klinik Dr Zambry"

Posted by Love Perak | Friday, July 16, 2010 | , | 0 comments »

Perak Menteri Besar Zambry Abdul Kadir has set up the 'Klinik Dr Zambry' to make easier his task of solving the people's problems and for the people to see him. - Malaysiakini

kah kah kah kah kah kah kah... ini sudah lawan tauke.. ini boleh bikin mat monggol panas... isteri rosmah mesti bebal... klinik ni nak lawan klinik 1malaysia... zambry jadi doktor... bagi nizar jadi menteri besar la...

agak-agak.. klinik ni free dan murah macam klinik 1malaysia tak? mesti rakyat perak takut nak masuk sebab doktor tersebut adalah lanun besar kah kah kah

http://i485.photobucket.com/albums/rr213/justice_fighter/zambry-1.jpg

UMNO Perak Bertungkus Lumus nak Jatuhkan Zambry?

Posted by Love Perak | Thursday, July 15, 2010 | , | 0 comments »

IPOH, 15 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengikuti laporan media berkaitan mesyuarat agung Umno bahagian di negeri ini terutama yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, situsi itu jelas menunjukkan perpecahan dan diakui sendiri oleh Zambry di dalam ucapan-ucapannya.

“Perkara ini ditambah dengan sumbangan berita-berita daripada media baru iaitu daripada blogger-blogger pro Umno yang menggambarkan permasalahan tersebut.

“Jelas mereka cukup marah dengan gerak kerja dan usaha untuk menjatuhkan Zambry yang dilihat keseorangan tanpa satu pasukan yang kuat,” ujarnya.

Tambahnya, ada juga yang mengatakan bahawa kerajaan negeri yang dipimpin Zambry sekarang ini sebagai ‘kerajaan ihsan’.

Ini, menurutnya, terbukti perkara tersebut berlaku berdasarkan beberapa ucapan Zambry yang berdepan dengan ‘manusia tikus’ iaitu ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya.

“Kemelut ini menghampirkan suasana perpecahan yang menanti belah dalam Umno Perak,” ujarnya.

Bagi DPPN Pk, ujarnya Umno negeri ini sudah mula bercakaran sesama sendiri akibat tindakan tidak berpuas hati sesama mereka.

Ini, katanya diibaratkan Umno dan Umno sedang bergaduh untuk mendapatkan kuasa sedangkan rakyat menjadi mangsa sasaran Umno bagi melepaskan geram dan membalas dendam apabila bergaduh.

“Di manakan slogan perjuangan mereka ‘Melayu Cemerlang’ bahkan nakhoda mereka kian tenggelam. Slogan hanya tinggal slogan, segala-galanya retorika belaka,” katanya.

Pakatan janji pastikan sidang DUN Perak lancar

Posted by Love Perak | Wednesday, July 14, 2010 | | 0 comments »

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham hari ini berkata semua wakil Pakatan Rakyat akan memberi kerjasama untuk memastikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 3 Ogos ini berjalan lancar.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memberi peluang supaya semua soalan bertulis dan lisan dapat dijawab semasa persidangan itu.

"Kami mahukan jaminan yang mikrofon pihak kami tidak dimatikan, semua pengamal media dibenarkan memasuki dewan persidangan dan tidak ditempatkan di dalam bilik khas seperti akuarium," katanya pada sidang akhbar di Ipoh.

Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, berkata Pakatan juga sedia bekerjasama dengan Speaker Datuk R Ganeson bagi memastikan persidangan pada kali ini menjadi satu persidangan yang dihormati rakyat.

Pakatan Rakyat mempunyai 27 wakil manakala Barisan Nasional 28. Empat ADUNnya sebelum ini berpaling tadah menjadi Bebas dan menyokong BN.

Adun Pakatan Perak Sebulat Suara Hadir Sidang DUN

Posted by Love Perak | Saturday, July 10, 2010 | , , | 0 comments »

Nizar berkata Adun Pakatan akan menghadiri persidangan tersebut walaupun tidak menerima sebarang usul atau agenda. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Ahli Dewan Undangan (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan tetap menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri itu walaupun notis yang diterima mereka tidak melampirkan sebarang agenda.

Difahamkan notis bertarikh 2 Julai yang dihantar kepada Adun Pakatan Rakyat melalui setiausaha dewan hanya menyebut bahawa mesyuarat kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-12 akan bermula pada 3 Ogos ini.

Selain itu, notis tersebut meminta supaya wakil rakyat mengemukakan soalan bertulis serta lisan dan diserahkan kepada setiausaha dewan selewat-lewatnya 16 Julai ini.

Menurut Adun Pasir Panjang (PAS) Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Adun Pakatan Rakyat sebulat suara untuk menghadiri persidangan itu walaupun notis yang diterima mereka tidak melampirkan sebarang agenda ataupun usul untuk dibahaskan.

“Dalam mesyuarat malam tadi kita membuat keputusan untuk hadir kerana sebagai wakil rakyat sudah menjadi kewajiban untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Namun apa yang menjadi persoalan adalah dalam notis yang diterima hanya melampirkan tarikh persidangan tanpa sebarang agenda dan usul untuk dibahaskan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata walaupun tiada agenda Adun Pakatan Rakyat akan tetap menyediakan soalan untuk diserahkan kepada Dewan Undangan Negeri seperti biasa.

“Soalan akan dibuat seperti biasa iaitu lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan tapi kita harap ketika persidangan nanti mereka (kerajaan negeri) akan jawab soalan-soalan yang dikemukakan nanti.

“Walaupun tidak tahu apa usul yang akan dibentangkan tapi kita akan tetap bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Adun Sungkai (DAP) A. Sivanesan berkata notis 14 hari yang diberikan untuk membuat soalan tidak cukup kerana terlalu singkat.

“Kita tetap akan hadir dan sekarang Adun Pakatan Rakyat sedang sibuk untuk membuat soalan-soalan yang akan diberikan kepada DUN.

“Hendak atau tidak kita tetap kena terima memandang tiada pilihan lain lagi.

“Lagipun kita bertanggungjawab kepada rakyat, jadi kita perlu menjalankan tugas yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata tindakan Dewan Undangan Negeri menghantar notis tanpa agenda seolah-olah tidak mahu Adun Pakatan Rakyat tahu apa-apa.

“Ini kali pertama persidangan yang mahu diadakan tiada agenda, kerajaan negeri perlu malu.

“Bagaimana masa depan negeri akan ditentukan tanpa agenda?” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Malaysian Insider Adun Kuala Sepetang (PKR) Tai Sing Ng berkata beliau masih dalam proses untuk membuat soalan-soalan yang akan diserahkan kepada Dewan Undangan Negeri.

“Soalan masih belum siap, masih sedang buat. Adun Pakatan Rakyat akan tetap hadir ketika persidangan Dewan Undangan Negeri pada 3 Ogos depan.

“Soalan-soalan ini akan diajukan ketika persidangan jadi kita harap ia akan dijawab,” katanya.

Pakatan Rakyat Perak mempunyai 27 kerusi daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Barisan Nasional pula mempunyai 28 kerusi dan menerima sokongan empat Adun Bebas.

Sidang Dun : Adun Pakatan Perak Bermesyuarat Malam Ini

Posted by Love Perak | Thursday, July 08, 2010 | , | 0 comments »

Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan sama ada hadir atau sebaliknya ke persidangan Dun pada 3 Ogos ini seperti notis yang dikeluarkan Speaker BN, R Ganesan.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Pakatan Rakyat tetap konsisten tidak mengiktiraf Ganesan sebagai speaker, apatah lagi notis panggilan yang dikeluarkannya.

Sehubungan itu katanya, Pakatan Rakayat negeri akan membincangkan berhubung perkara itu malam ini, sebelum diputuskan secara rasmi oleh Pakatan Rakyat di peringkat pusat.

"Kami konsisten tidak mengiktiraf bukan sahaja Ganesan sebagai Speaker, juga Zambry sebagai Menteri Besar.

"Kita akan bincang beberapa opsyen yang ada, sama ada Speaker sah V. Sivakumar perlu keluarkan notis, dan sama ada kita tidak hadir, itu antara pilihan kita ada," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika ditemui Harakahdaily di parlimen.

Tambahnya lagi, Adun Pakatan Rakyat perlu berhati-hati membuat keputusan agar tidak diberi gambaran buruk oleh BN seperti sebelum ini.

Sebelum ini jelasnya, kehadiran Adun Pakatan telah digambarkan sebagai pengacau dan budak-budak oleh pemimpin BN.

"Kami perlu berhati-hati membuat keputusan agar tidak diberi gambaran buruk kepada rakyat," katanya.

Kali terakhir, Dun Perak bersidang adalah pada 30 dan 31 Mac lalu dengan mencatatkan sejarah sidang Dun paling singkat setakat ini.