Nyanyian perpaduan bergema lagi. Kali ini dikuatkan dengan penyataan dari orang berilmu pula. Kalau dilihat ianya memang amat memerlukan perpaduan demi untuk agama dan bangsa. Tetapi bila dilihat dari satu sudut lain ianya seolah-olah untuk menyelamatkan suatu pihak yang dilihat sudah tidak berupaya menarik sokongan rakyat.
"Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita". Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh orang berilmu itu.
PAS selama ini selalu mendahulukan agama. Sebarang perkara yang hendak diputuskan selalunya melihat pada pandangan agama terlebih dahulu. Dalam Pakatan Rakyat pun PAS sentiasa memantau perkara-perkara berkaitan agama yang sensitif agar tidak dilanggari oleh rakan-rakan, PKR dan DAP. PAS adalah sebuah parti yang berteraskan kepada ilmu. Setiap pemimpin PAS akan memberi hujah berdasarkan ilmu. PAS juga selalu menekankan ahlinya mendalami ilmu Islam sebaik-baiknya.
Islam tiada di dalam UMNO. Islam cuma pakaian UMNO untuk majlis-majlis tertentu sahaja seperti perkahwinan, maulidur rasul, maal hijrah dan sebagainya. UMNO adalah sebuah parti yang berteraskan kepada hiburan. Setiap apa yang dilakukan oleh UMNO mesti disulamkan kepada hiburan. UMNO selama ini kurang membudayakan Islam dalam kegiatan parti secara serius. Ramai pemimpin UMNO yang jauh dari agama.
Persoalannya, mampukah UMNO memahami faktor keutamaan iaitu agama dahulu seperti yang disarankan oleh orang berilmu itu tadi dalam isu perpaduan ini? Kalau betul inginkan perpaduan UMNO harus ikut PAS. Bubarkan UMNO dan semua ahli UMNO masuk PAS. Jawatan Perdana Menteri berikan kepada PAS.
Adakah pemimpin-pemimpin UMNO boleh menerimanya? Rasanya kita akan mendengar pelbagai alasan dari mereka.
Menyingkap berkaitan dengan "Sejarah Hidup Muhammad" (http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/Keji1.html):
"Tidak! Belum tiba saatnya bagi Quraisy akan tunduk dan menyerah. Mereka sekarang sedang dalam puncak kekuatirannya bila seruan Muhammad ini nanti akan tersebar di kalangan kabilah-kabilah Arab sesudah terlebih dulu tersebar di Mekah."
"Oleh karena itu, sejak memuncaknya permusuhan antara Quraisy dengan Muhammad terpikir oleh mereka akan menyusun suatu alat propaganda anti Muhammad."
"Sesudah terjadi diskusi akhirnya Walid mengusulkan supaya kepada peziarah-peziarah orang-orang Arab itu dikatakan bahwa dia (Muhammad) seorang juru penerang yang mempesonakan, apa yang dikatakannya merupakan pesona yang akan memecah-belah orang dengan orangtuanya, dengan saudaranya, dengan isteri dan keluarganya. Dan apa yang dituduhkan itu pada orang-orang Arab pendatang itu merupakan bukti, sebab penduduk Mekah sudah ditimpa perpecahan dan permusuhan. Padahal sebelum itu penduduk Mekah merupakan suatu contoh solidaritas dan ikatan yang paling kuat"