Terminal bas
Terminal bas atau terminus bas ialah tempat yang ditentukan di mana bas atau koc memulakan atau menamatkan laluan yang dijadualkan. Terminal juga adalah tempat yang ditetapkan dari mana jadual waktu bermula. Terminal boleh ditempatkan di stesen bas, tempat pertukaran, garaj bas atau perhentian bas. Terminal juga boleh bermula dan berakhir di tempat yang sama, atau mungkin berada di lokasi yang berbeza untuk memulakan dan menamatkan laluan. Terminal boleh jugaberada di tempat letak bas.
Saiz terminal
[sunting | sunting sumber]Atas sebab-sebab operasi dan laluan penumpang, terminal bas juga boleh termasuk garaj bas, di mana terminal berada di luar atau berdekatan garaj tersebut. Untuk tujuan penyatuan mod pengangkutan awam yang berbeza, terminal juga boleh terletak sebagai sebahagian daripada hab pengangkutan atau 'pertukaran' atau terletak di samping kemudahan utama lain seperti universiti, pusat membeli-belah atau hospital. Terminal kecil juga mungkin merupakan perhentian bas di jalan kediaman yang digunakan oleh sangat sedikit penumpang.
Pertimbangan operasi
[sunting | sunting sumber]Walaupun mungkin menjadi kepentingan utama penumpang, lokasi terminal boleh juga dibuat dengan alasan selain kemudahan penumpang.
Kepentingan persaingan
[sunting | sunting sumber]Dalam kes yang jarang berlaku, di mana pengendali bas secara komersial terpisah dari pemilik stesen bas, syarikat bas boleh memilih untuk menghentikan bas di luar stesen dan tidak dikenakan bayaran penggunaan stesen. Selain itu, bertentangan dengan idea integrasi, pengendali bas yang bersaing dapat menggunakan lokasi yang berlainan sebagai terminal sederhana, untuk mencegah penumpang menggunakan perkhidmatan pesaing.
Pusing
[sunting | sunting sumber]Faktor lokasi terminal adalah bagaimana memusing kembali bas untuk memulakan laluan ke arah lain, yang mungkin sukar di kawasan yang ruang jalannya menjadi masalah, atau susun atur jalan yang menghalang pusingan U. Ini tidak berlaku untuk laluan lingkaran, di mana bas hanya beroperasi secara kekal mengikut arah jam atau lawan arah jam. Terminal di stesen bas selalunya akan merangkumi ruang untuk belok, menafikan masalah untu berpusing.
Hentian singgah
[sunting | sunting sumber]Pertimbangan lain mengenai lokasi terminal adalah keperluan untuk henti singgah sebelum meneruskan perkhidmatan.
Di lokasi yang sibuk seperti jalan-jalan utama atau stesen bas yang mempunyai ruang untuk berhenti seketika mungkin tidak sesuai, dan bas yang mungkin sudah tamat menghabiskan laluannya, akan ke titik singgah yang lebih tenang, sebelum kembali ke terminal untuk memulakan laluan sekali lagi.
Untuk membenarkan henti singgah di terminal, banyak laluan masih boleh berterusan melalui pusat-pusat terminal sibuk yang menamatkan laluan dalam terminal yang tenang, maka bas boleh berhenti tanpa menimbulkan halangan. Walau bagaimanapun, alam kes sehenti, ini boleh menimbulkan masalah bagi penumpang apabila sebuah bas yang kelihatan masih dalam perkhidmatan berhenti di perhentian bas dengan pintu tertutup, menunggu sehingga waktu keberangkatan yang dijadualkan, atau ketika bas yang tiba bertolak dan memulakan perkhidmatan. Ini dapat dikurangkan dengan menggunakan tempat letak bas. Dalam jenis dua hentian, perhentian untuk ketibaan boleh digunakan sebagai tempat henti singgah.
Waktu henti singgah adalah waktu yang disusun dalam jadual antara ketibaan di akhir laluan dan keberangkatan untuk kembali bertolak, digunakan untuk memulihkan kelewatan dan persiapan untuk perjalanan semula.
Pertukaran pemandu
[sunting | sunting sumber]Lokasi terminal mungkin diletakkan untuk memungkinkan pertukaran pemandu, walaupun faktor ini mungkin kurang memberi kesan daripada lokasi garaj bas. Terminal yang terletak di pusat mungkin lebih senang untuk pertukaran pemandu. Beberapa pengendali mengoperasikan kereta tumpang untuk membolehkan pemandu memandu ke terminal dan menunggu dengan tenang lalu menaiki bas apabila bas tiba.
Jenis-jenis terminal
[sunting | sunting sumber]Satu hentian/sehenti
[sunting | sunting sumber]Banyak laluan mengelakkan keperluan untuk menampung belokan dengan mempunyai hujung laluan membentuk litar kecil sebagai bahagian rasmi laluan. Terminal ini ditetapkan sebagai satu hentian di litar ini, dengan bas bermula dan berakhir dengan arah yang sama. Perkara ini sering diperlukan di banyak pusat bandar dengan sistem lalu lintas sehala.
Dalam kes yang jarang berlaku, untuk membolehkan terminal sehenti, laluan dapat diatur untuk bermula dan berakhir di terminal yang sama, iaitu bas tiba dengan satu laluan yang telah dijadualkan, dan bertolak semula dengan laluan yang berbeza.
Dua hentian
[sunting | sunting sumber]Berbanding dengan terminal sehenti, beberapa laluan yang perlu membalikkan arah di terminal akan memulakan dan mengakhiri perjalanan di hentian yang berbeza, dan dua buah lokasi hentian akan membentuk terminal. Ini memerlukan pemandu untuk membawa bas yang tamat operasi ke jalan-jalan lain untuk meletakkan bas di arah lawan. Di UK, kaedah ini sering dicapai dengan mencari terminal berhampiran bulatan.
Dalam kes ini, tempat ketibaan dapat ditentukan sebagai hentian 'menurunkan penumpag sahaja', di mana penumpang tidak dibenarkan naik.
Variasi terminal laluan
[sunting | sunting sumber]Selalunya satu laluan bas akan mengikuti laluan utama, tetapi apabila menuju ke terminal, bas mungkin melencong dan berhenti di lokasi yang berbeza. Ini mungkin ditunjukkan dengan nombor laluan yang berlainan, atau dengan nombor laluan yang sama tetapi nama destinasi yang berbeza.
Laluan mungkin juga mempunyai sebilangan terminal yang berlainan pada laluan dengan nombor yang sama, sekali lagi ditunjukkan oleh destinasi yang berbeza. Ini mungkin digunakan pada waktu yang berlainan mengikut keperluan operasi, biasanya untuk menggambarkan permintaan yang berlainan pada waktu yang berlainan dalam satu hari.