Pergi ke kandungan

Buku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kitab)
Buku

Buku (Jawi: بوكو) merupakan kepingan helaian kertas bertulis (dan adakala juga bergambar atau berilustrasi) yang diikat menjadi satu unit. Dalam sains kepustakaan, buku dikenali sebagai monograf untuk membezakannya dengan terbitan bersiri yang lain seperti majalah dan akhbar. Pada lazimnya, buku hanya merujuk kepada buku yang diterbit dan bukan sebarang "helaian kertas yang dihimpun dan diikat".

Seiring dengan perkembangan dalam bidang dunia informatik, kini dikenal pula teknologi buku elektronik yang boleh dibaca kandungannya pada alat tertentu seperti komputer-komputer jenis meja, riba dan tablet, telefon bimbit dan lainnya dibantu perisian khusus tertentu.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan buku merupakan pinjaman Belanda: boek [disebut buk], ia asalnya daripada akar bahasa Germanik "*bōk-" yang merujuk kepada spesies Fagus (bandingkan Belanda: beuk, bahasa Inggeris: beech)[1][2] di mana masyarakat penutur Germanik pada zaman dahulu dipercayai menghimpunkan penulisan mereka pada kulit kayu pokok jenis ini.[3]

Terdapat juga kata kitab (serapan bahasa Arab كتابkitāb terbitan ism kata kerja كَتَبَkataba "menulis"[4]) yang pernah terangkum menggambarkan objek ini secara umum dahulu sebelum ketibaan pengaruh bahasa Belanda; ia dahulu merujuk hanya kepada sebuah teks atau tulisan yang dijilid menjadi satu. Biasanya benda yang digambarkan sebagai kitab merujuk kepada jenis tulisan kuno yang mempunyai ketetapan hukum, atau dengan kata lain merupakan undang-undang yang mengatur. Malah, ia turut digunakan untuk menyebut kepada karya sastera para pujangga pada masa lampau yang dapat dijadikan bukti sejarah untuk mengungkapkan suatu peristiwa masa lampau seperti halnya kitab suci. Kerajaan-kerajaan di Nusantara pada masa lampau memberi kedudukan yang penting bagi para pujangga ini untuk menceritakan kehidupan dan kekuasaan raja-raja pada waktu itu untuk diriwayatkan dengan cara ditulis. Kelaziman ungkapan istilah kitab terganti dengan kata buku serapan Belanda pada abad ke-20 yang dianggap lebih cocok bidang luar agama yang lagi banyak dan meluas pada zaman-zaman mendatang.[5]

Sejarah buku

[sunting | sunting sumber]

Kefahaman buku sebagai suatu medium menghimpunkan penulisan dikatakan mula muncul dalam sejarah umat manusia seiring dengan penggunaan papirus di tamadun Mesir pada tahun sekitar 2400 SM: helaian papirus yang diturunkan tulisan ini dikumpulkan bersama dalam bentuk digulungkan. Bahan-bahan seumpama ini dapat diperhatikan dalam banyak tamadun lain: di tanah benua India, daun-daun pelepah kelapa dikeringkan sebelum ditulis aksara dan digelapkan dengan jelaga agar mudah dilihat;[6] kaedah ini boleh didapati berusia dari seawal alaf pertama Masihi berdasarkan tinggalan seumpamanya di kawasan-kawasan sejuk kering Nepal, Tibet dan Asia Tengah,[7] malah ia juga tersebar ke rantau Asia Tenggara dari Indochina jauh selatan ke Nusantara di kepulauan Melayu mewujudkan manuskrip lontar dihasilkan daripada daun (ron) pelepah pokok tal. Alam Cina di timur benua sama pula menurunkan tulisan mereka atas bilah-bilah lidi buluh atau kayu yang diikat.

Perkembangan pembuatan kertas kertau muncul di negeri Cina seawal-awalnya 103 Masihi dan dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke-11 menjadikan penulisan berkumpul menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama. Cetakan berbahasa Melayu tatanan Barat pertama yang boleh dianggap sebagai purbarupa "buku" moden dalam konteks Nusantara adalah sebuah kamus Melayu-Belanda suntingan Frederick Gueynier dicetak di Batavia (kini Jakarta) pada 1677.[8]

Struktur buku

[sunting | sunting sumber]

Bahagian awal

[sunting | sunting sumber]
  • Halaman separa judul (Half title page)
  • Halaman judul (Title page)
  • Halaman hak cipta (Inprint/Copyright page)
  • Prakata (Preface)
  • Senarai kandungan (Content)

Bahagian teks

[sunting | sunting sumber]

Bahagian akhiran

[sunting | sunting sumber]

Kulit belakang

[sunting | sunting sumber]

Cara menerbitkan buku

[sunting | sunting sumber]

Sebuah buku harus melalui beberapa proses sebelum ia diterbitkan oleh penerbit.

Peringkat terawal dalam penerbitan ialah perancangan. Pihak penerbit akan merancang apa yang harus diterbitkan. Dalam peringkat ini penerbit akan menentukan yang manakah manuskrip yang harus diterbitkan. Selepas itu, penerbit akan berunding dengan pengarang mengenai bayaran.

  1. ^ "Book". Dictionary.com. Dicapai pada November 6, 2010.
  2. ^ "boek - (leesboek)". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "boek 'leesboek'". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "boek". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ "Northvegr - Holy Language Lexicon". 3 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2008. Dicapai pada 30 Disember 2016.
  4. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 309. ISBN 967-65-7321-3.
  5. ^ Proudfoot, Ian (2002). "From recital to sight-reading: The silencing of texts in Malaysia". Indonesia and the Malay World. 30 (87): 117–144. doi:10.1080/1363981022000005253.
  6. ^ "Literature - Photo Gallery". The Story of India. PBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2013. Dicapai pada 13 November 2013.
  7. ^ Amalananda Ghosh (1991), An Encyclopaedia of Indian Archaeology, BRILL Academic, ISBN 978-9004092648, pages 360-361
  8. ^ Mazelan Anuar (Okt–Dis 2017). "Early Malay Printing in Singapore". BiblioAsia. Jil. 13 no. 3. National Library Board. m/s. 40–43.CS1 maint: date format (link)