Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa
SMK Puteri Titiwangsa | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Temerloh, Kuala Lumpur Malaysia | |
Koordinat | 3°10′25″N 101°42′25″E / 3.17373°N 101.707°E |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Usaha Tangga Kejayaan Jawi: اوسها تڠڬ كجاياءن |
Nombor sekolah | 0326923249 |
Kod sekolah | WEB0234 |
Pengetua | Puan Rozila binti Iberahim |
Slogan | Together Gain Sucess |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Sharifah Norashikin binti Syed Abu Bakar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Azlina binti Muhammad |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Tuan Juhaida binti Tuan Muhammad Amin |
Faks | 0340244514 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2021,Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa ada seramai 636 pelajar perempuan dan seramai 57 guru.https://www.puterititiwangsa.edu.my/p/profil-sekolah.html Lapuran Mesyuarat PIBG Kali 50
Sejarah
[sunting | sunting sumber]`Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa (SMKPT) telah ditubuhkan pada Januari 1969 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Perempuan) Jalan Temerloh. Oleh kerana pada masa itu belum ada bangunan sendiri, sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Menengah (Lelaki), Jalan Temerloh (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa) dari tahun 1969-1972. Apabila bangunan untuk sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1973, pelajar-pelajar yang menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa berpindah ke sekolah sendiri dan sejak itulah bermulalah sejarah perkembangannya sendiri.
Pada masa penubuhannya, sekolah ini hanya ada satu sesi persekolahan sahaja dan bahasa pengantarnya ialah Bahasa Inggeris. Pada tahun 1983, nama sekolah ini ditukar dengan rasminya kepada Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, bersempena dengan kedudukannya di Taman Tasik Titiwangsa.Pemilihan ini hasil perbincangan di antara Puan Norlia Haji Ali (Pengetua) dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Nama sekolah ini telah mendapat sambutan yang baik daripada pihak ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar.
Nama yang dipilih itu mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Perkataan "Puteri" bermaksud Anak perempuan raja. Jadi, "Puteri" melambangkan sifat kewanitaan kerana pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada perempuan sahaja. Perkataan 'Titi' pula melambangkan sebuah jambatan bagi pelajar-pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Seterusnya "Wangsa" bererti "keluarga diraja" yang melambangkan kekuatan, perpaduan dan kerjasama di antara para pelajar.
Bertolak dari pengalaman awal dan cabaran yang semakin rumit untuk ditangani, Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa terus mengorak langkah ke hadapan berbekalkan sejuta keyakinan, seribu harapan dan kesungguhan serta kerjasama yang kental menuju kecemerlangan selaras dengan cita-cita yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan seiring dengan matlamat Wawasan 2020.' [1]
Sekolah ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Mohd Musa bin Idris.
Visi
[sunting | sunting sumber]PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Misi
[sunting | sunting sumber]SMK PUTERI TITIWANGSA BERUSAHA MENYEDIAKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERMAKNA
MELALUI PENINGKATAN KUALITI PdP, KOMITMEN PADU KOMUNITI DAN DIDOKONG KEPIMPINAN
BERWAWASAN
Moto
[sunting | sunting sumber]USAHA TANGGA KEJAYAAN
Nilai
[sunting | sunting sumber]'TOGETHER GAIN SUCCESS'
(BERSAMA MENDAPAT KEJAYAAN)
Sejarah nama-nama Pengetua SMK Puteri Titiwangsa
[sunting | sunting sumber]BIL | NAMA PENGETUA | TEMPOH BERTUGAS |
---|---|---|
1 | Puan Cheah Hai Sun | Jan 1969 - Mei 1978 |
2 | Puan Norlia Binti Haji Ali | Mei 1978 - Dis 1984 |
3 | Cik Hanim Binti Abdul Rahman | Jan 1985 - Mei 1989 |
4 | Puan Jamilah Binti Shoib | Mei 1989 - Dis 1995 |
5 | Puan Hajah Habibah Binti Abdul Aziz | Dis 1995 - Mac 1998 |
6 | Puan Adilah Binti Meor Ahmad Yusof | Mac 1998 - Jun 1998 |
7 | Puan Norezan Binti Bapoo Hashim | Jun 1998 - Dis 1998 |
8 | Puan Norma Binti Hashim | Dis 1998 - Sep 2001 |
9 | Puan Sharifah Madinah Binti Syed Abdul Rahman | Sept 2001 - Feb 2006 |
10 | Datin Suwarni Binti Hassan | Feb 2006 - Dis 2007 |
11 | Datin Rokiah binti Yahya | Jan 2008 - Feb 2010 |
12 | Puan Hanizah Binti Idris | Jul 2010 - Okt 2013 |
13 | Puan Halimathon Binti Salleh | Dis 2013 - Mei 2016 |
14 | Puan Rohana Binti Yusof | Mei 2016 - Nov 2020 |
15 | Puan Nafisah Binti Hashim | Nov 2020 - Dis 2022 |
16 | Puan Maizatul Akmal Binti Sahudin | Apr 2023 - Apr 2023 |
17 | Puan Rozila Binti Iberahim | 1 Dis 2023 - Kini |
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa
- Jalan Temerloh, Kuala Lumpur
- Telefon = 0326923249 /4125
- Fax = 0340244514