Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang

Lencana SMK Jinjang

Alamat  Malaysia Jinjang Utara, Kuala Lumpur
Telefon 362576438
Faksimili 362588086
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan
Kod Sekolah WEB0249
Pengetua -
Penolong Kanan Akademik
Penolong Kanan Hal Ehwal Mh
Penolong Kanan Kokurikulum
Tahun dirasmikan -

Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang memiliki 1383 pelajar lelaki dan 1262 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2645 orang. Ia mempunyai seramai 133 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang bermula pada bulan April 1962 dan dikenali sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pada tahun 1966, sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) apabila kelas peralihan yang pertama bermula. Pada 1 Mei 1967, bangunan sekolah siap dibina dan dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik masakan, bilik jahitan, khutub khanah (bermaksud perpustakaan), bilik guru, bilik pertukangan kayu, bilik pertukangan logam, bilik lukisan teknik dan pejabat. Pada 19 Julai 1968, sekolah ini dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang
Jinjang Utara, Kuala Lumpur
Telefon = 0362576438
Fax = 0362588086

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]