Pergi ke kandungan

Pilot Cafe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilot Cafe
PengarahOsman Ali
PenulisOsman Ali
Lakon layar
  • Jujur Pranato
  • Ahadiat Akashah
Cerita oleh
  • Jujur Pranato
  • Ahadiat Akashah
BerdasarkanPilot Cafe oleh Ahadiat Akashah
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehAffandi Jamaluddin
Muzik olehGemerzik Studio
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 30 April 2015 (2015-04-30) (Malaysia)
Masa tayangan
120 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 3 juta[1]
Pecah panggungRM 2.1 juta[2]

Pilot Cafe merupakan sebuah filem romantik Malaysia 2015 arahan Osman Ali dan dibintangi oleh Neelofa, Izara Aishah, Eizlan Yusof dan Fahrin Ahmad. Filem yang diadaptasikan daripada novel Pilot Cafe hasil nukilan Ahadiat Akashah mengisahkan tentang seorang juruterbang bernama Amer Reza (Fahrin Ahmad) yang kesepian kerana terkenang kesalahannya terhadap Sharmilla (Neelofa), seorang pramugari yang paling cantik kerana menyebabkan gadis itu merana. Kemudian Amer bertemu Maya (Izara Aishah), seorang gadis yang melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari kekasih hatinya.[3] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 April 2015.

Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer sering menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan.

Sharmila (Neelofa), seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya.

Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin.

Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris (Keith Foo). Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer kemudian membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe.

Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah), seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid (Remy Ishak). Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.

Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.

Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya. [4]

Neelofa memegang watak sebagai Sharmila dalam filem ini.

Pengarah filem ini, Osman Ali pada mulanya tidak mahu mengarahkan filem ini gara-gara isu bonus hasil keuntungan filemnya sebelum ini iaitu Ombak Rindu.[5][6] Penerbit filem ini, Sharad Sharan terpaksa memujuk Osman Ali, antaranya pakej percutian ke Itali bersama isterinya.[7] Watak hero untuk filem ini disenaraikan pendekkan sama ada antara Aaron Aziz atau Fahrin Ahmad.[8] Fahrin Ahmad akhirnya dipilih oleh Osman Ali sebagai watak utama filem ini kerana Aaron Aziz tidak mahu lagi berlakon di bawah produksi ini gara-gara isu yang sama.[9]Sharad Sharan kemudiannya menafikan Aaron Aziz pernah dilamar untuk menjadi watak utama filem ini.[10]

Izara Aishah pula dipilih sebagai pemegang watak heroin dan Neelofa sebagai watak pembantu.[11]Remy Ishak, seorang peminat novel asal, mengakui dirinya teruja diberi peluang beraksi di dalam filem ini walaupun dirinnya berharap untuk mendapat watak Reza dan bukannya Rashid[12].[13]Fahrin Ahmad dan Neelofa telah mengikuti kelas lakonan bersama Ellie Suriati sebelum menjalani penggambaraan untuk filem ini.[14]Produksi bermula pada Mei 2013 dan dirakam di Pulau Redang, Terengganu[15] dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Osman Ali turut mengakui filem ini mendapat inspirasi dari filemnya sebelum ini, Ombak Rindu.[16]

Krew produksi ini telah diberi cuti selama seminggu oleh pengarah, Osman Ali untuk turun mengundi ketika Pilihan raya Umum ke-13.[17]

Trailer filem ini telah ditayangkan buat kali pertama di hlive pada 27 Mac 2015. Tayangan perdana peringkat dunia untuk filem ini telah dilakukan di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 12 April 2015.[18] Filem ini akan ditayangkan kepada umum pada 30 April 2015.Ketika tayangan untuk warga media, dilaporkan terdapat penonton yang mengalirkan air mata.[19]

Pengarah filem ini, Osman Ali berharap filem ini dapat mengikuti kejayaan filem Ombak Rindu namun tidak dari segi kutipan. Hal ini kerana keadaan industri perfileman tempatan yang agak hambar.[20] Selepas enam hari tayangan, filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 1.1 Juta.[21][22] Filem ini telah mengumpul kutipan sebanyak RM 2.1 Juta.

Portal hiburan Murai.com.my memuji lakonan Izara Aishah sebagai Maya di dalam filem ini.[23]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Skor Muzik Asal Terbaik Nur Zaidi Abdul Rahman Tercalon
Lagu Tema Asal Terbaik Tercalon

Soundtrack

[sunting | sunting sumber]
"Untuk Cinta"
Single oleh Hafiz dan Adira
Dilancarkan2015
Dirakamkan2015
GenreBalada
Panjang4:10 minit
SyarikatMeasat Broadcasting, Astro Shaw dan Tarantella Pictures
PenulisNurzaidi Abdul Rahman
PenerbitMeasat Broadcasting, Astro Shaw dan Tarantella Pictures
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Tema Rasmi (OST) bagi filem ini ialah Untuk Cinta nyanyian Adira dan Hafiz Suip dan dicipta oleh Nurzaidi Abd. Rahman.[24][25][26] Muzik Video bagi lagu ini telah dirakam di Muzium TUDM,Sungai Besi, Kuala Lumpur dan diarahkan oleh Sharad Sharan. Muzik Video ini telah ditayangkan buat kali pertama di hlive pada 30 Mac 2015.[27]

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-news/2015/04/30/love-is-in-the-air-in-pilot-cafe/
  2. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
  3. ^ http://www.kakigosip.com/2014/04/dari-novel-ke-layar-perak.html
  4. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/air-mata-neelofa-tumpah-1.49299 Air mata Neelofa tumpah.
  5. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/osman-ali-belum-terima-bonus-ombak-rindu-1.88542
  6. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
  7. ^ http://www.rotikaya.com/osman-ali-enggan-arah-pilot-cafe-masih-tuntut-bonus-ombak-rindu/
  8. ^ http://beautifulnara.com/22-gambarfahrin-izara-dan-neelofa-bintangi-pilot-cafe/
  9. ^ http://gosipmalaysia.com/2014/12/fahrin-ahmad-bikin-wanita-cair-dalam-filem-pilot-cafe/
  10. ^ http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/TakpernahlamarAaron/Article/article_print
  11. ^ http://www.ohbulan.com/osman-ali-gandingkan-aaron-aziz-izara-aishah-dalam-filem-pilot-cafe/
  12. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/hasrat-remy-ishak-tidak-kesampaian-1.382605
  13. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
  14. ^ http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Neelofamasukkelas/mobile/mArticle
  15. ^ http://www.informasi.my/gambar-neelofa-selam-skuba-di-pulau-redang-bersama-fahrin-ahmad/
  16. ^ http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-news/2015/04/30/love-is-in-the-air-in-pilot-cafe/
  17. ^ http://www.malaysiandigest.com/about-us/91652-utusan-boss-yes-my-paper-is-biased.html
  18. ^ http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=97287
  19. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/pilot-cafe-ada-rakan-media-mengalirkan-air-mata-1.385816
  20. ^ http://www.rakyatnews.my/index.php/hiburan/pilot-cafe-babak-panas-pelaris-filem
  21. ^ http://www.rotikaya.com/pilot-cafe-kutip-lebih-rm1-juta-selepas-lima-hari-tayangan/
  22. ^ http://www.malaysiandigest.com/hiburan/552778-pilot-cafe-kutip-rm1-1-juta-setelah-6-hari.html
  23. ^ http://www.murai.com.my/reviu/wayang/article/articleid/666217/pilot-cafe-papar-liku-hidup-seorang-juruterbang
  24. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/hafiz-rindui-adira-1.71237
  25. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/654732/hafiz-adira-kembali-dengan-lagu-duet-berhantu-untuk-cinta
  26. ^ http://www.lagubestbest.com/2015/03/hafiz-adira-untuk-cinta-ost-pilotcafe.html
  27. ^ http://www.utusansarawakonline.com/news/24320/Gandingan-semula-Hafiz--Adira/

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]