Piala Dunia Ragbi
Piala Dunia Ragbi | |
---|---|
Sukan | Kesatuan ragbi |
Dimulakan | 1987 |
Bil. pasukan | 20 (pusingan akhir) |
Country | Antarabangsa (IRB) |
Pemenang | (Rusia) (2007) |
Piala Dunia Ragbi ialah pertandingan kesatuan ragbi antarabangsa yang perdana. Acara ini dikendalikan oleh Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB), badan pentadbiran bagi sukan tersebut, dan ditandingi oleh pasukan lelaki peringkat negara. Pertandingan sulung yang diadakan pada 1987 diacarakan oleh kedua-dua Australia dan New Zealand, dengan pertandingan kini diadakan setiap empat tahun dan merupakan salah satu pertandingan sukan yang terbesar di dunia.[1][2] Pemenang dianugerahi dengan Piala William Webb Ellis. Menurut mitos yang popular, William Webb Ellis ialah murid Rugby School yang mereka permainan tersebut.
Afrika Selatan ialah Johan Dunia terkini, selepas mereka menewaskan England, Johan Dunia 2003 dan Naib-Johan Dunia terkini, dalam pusingan terakhir Piala Dunia Ragbi 2007 di Perancis pada 20 Oktober 2007. Piala Dunia Ragbi yang berikut akan diadakan pada 2011 di New Zealand. Pengacara untuk 2015 dan 2019 masing-masing telah diumumkan sebagai England dan Jepun.[3]
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "events scores at Rugby WorldCup". amlinkevents.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-06. Dicapai pada 2007-03-17.
- ^ Harcourt, Tim. "From the World Trade Organisation to the Rugby World Cup: how the Wallabies can help Australia exports". austrade.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-08. Dicapai pada 2007-03-17.
- ^ "England will host 2015 World Cup". BBC. 2009-07-28. Dicapai pada 2009-07-28.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Piala Dunia Ragbi |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Rugby World Cup |
- Rugbyworldcup.com Diarkibkan 2007-07-02 di Wayback Machine Official site of the Rugby World Cup.
- [1] ITV Rugby World Cup - The official TV Broadcast site for the Rugby World Cup 2007
- IRB.com Official site of the International Rugby Board.
- Rugby World Cup di Curlie