PPG
Kereta kebal kecil PPG | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal kecil |
Tempat asal | Kesatuan Soviet |
Spesifikasi | |
Berat | 2.5 tan |
Krew | 2 |
Armor | 8 mm |
Senjata pertama | 2 x mesingan DT |
Enjin | 25 horsepower (19 kW) |
Kuasa/berat | 10 hp/tan |
Kelajuan | 25 km/h |
Kereta kebal kecil PPG ([Подвижное пулемётное гнездо, Podvizhnoye pulemyotnoye gnezdo] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), harafiahnya "sarang mesingan bergerak"), juga dikenali dengan nama prototaip Obiekt 217, merupakan kereta kebal kecil Soviet yang dihasilkan untuk pertempuran di Finland. Kenderaan ini tidak pernah menyertai pertempuran.
Tentera infantri Soviet mengalami korban yang besar ketika menyerang kubu Finland semasa Perang Musim Sejuk. Bagi mengimbanginya, mereka kadang kala menyerangnya menggunakan lunsur berperisai yang ditunda oleh kereta kebal. Kereta kebal kecil PPG merupakan usaha bagi mencipta pengangkut infantri bagi memenuhi peranan ini. Sekitar seratus dihasilkan di Kilang Kirov di Leningrad pada tahun 1940 dan dihantar ke baris hadapan, tetapi tidak sempat sampai ke Finland untuk kegunaan dalam pertempuran.
Kereta kebal kecil PPG memiliki penutup separa perisai setebal 5 hingga 8 mm melindungi hadapan dan sisi, bagi dua infantri menunggang dalam kedudukan membongkok. Ia bersenjata dengan dua mesingan DT 7.62mm. Kereta kebal kecil mendapat kuasa oleh enjin motorsikal dua puluh lima kuasa kuda yang membenarkannya mencecah kelajuan sekitar 25 km/j, dan berat sekitar 2.5 tan.