Pergi ke kandungan

Dassault Mirage 2000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mirage 2000)
Mirage 2000
Peranan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Pengeluar Dassault Aviation
Penerbangan sulung 10 Mac 1978
Diperkenalkan Jun 1984
Pengguna utama Tentera Udara Perancis
Tentera Udara India
Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu
Tentera Udara Republik China
Jumlah dibina 611 buah
Kos seunit AS$ 23 juta
Dibangunkan dari Dassault Mirage III
Kelainan Dassault Mirage 2000N/2000D
Dassault Mirage 4000

Mirage 2000 adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan yang dikeluarkan oleh firma Dassault Aviation, Perancis. Pesawat ini telah direka pada lewat 1970-an sebagai sebuah pesawat pejuang ringan untuk Armée de l'Air. Pesawat ini telah berkembang menjadi sebuah pesawat pelbagai peranan yang berjaya dan pada masa ini digunakan di 9 buah negara dengan lebih 600 buah pesawat Mirage telah dibina.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Program Avion de Combat Futur (ACF) telah dibangunkan untuk Tentera Udara Perancis pada awal 1970-an. Program ACF dibatalkan pada 18 Disember 1975 disebabkan oleh kos yang semakin meningkat dan tahap kerumitan projek, Dassault telah menawarkan pesawat Mirage 2000 sebagai alternatif. Rekabentuknya menyamai generasi pertama pesawat Mirages, dengan pemasangan beberapa inovasi terkini bagi menyelesaikan kekurangan pesawat terdahulu.

Pembangunan pesawat kecil ini juga memberi saingan kepada pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon, yang mana telah mengalahkan Dassault Mirage F1 dalam pertandingan bagi membekalkan pesawat kepada tentera-tentera udara Belgium, Denmark, Belanda dan Norway.

Pesawat prototaip Mirage 2000 yang dipandu oleh juruterbang ujian Jean Coreau telah melakukan penerbangan sulung pada 10 Mac, 1978 . Dengan menggunakan teknologi-teknologi terbaru, pesawat prototaip yang menggunakan kerangka pesawat Mirage III ini berjaya diterbangkan dalam jangkamasa 27 bulan dari tarikh program bermula.

Di Pameran Udara Farnbourgh 1978, selain mempamerkan keupayaan pemanduan yang menakjubkan, pesawat ini juga boleh dikawal dengan baik pada kelajuan 204 km/j dan sudut serangan 26°. Pergerakkan seperti ini diluar jangkaan bagi sebuah pesawat pejuang bersayap delta, dan telah membuktikan bagaimana kawalan CCD berupaya untuk mengatasi kelemahan pesawat sayap delta yang berkaitan dengan kelemahan kawalan pada kelajuan rendah, sementara pada masa yang sama mengekalkan kelebihannya, seperti daya seretan rendah, low RCS, aerodinamik pada kelajuan tinggi yang ideal dan keringkasan, provided by the absence of horizontal tail surfaces. Pesawat Mirage 2000 merupakan salah satu tumpuan dalam pameran udara tersebut dan menjadi pesaing utama bagi pesawat F-16 Fighting Falcon, yang mana berkongsi kawalan CCD dan kestabilan santai[1]. 02 Prototype followed in 18 September 1978 and 03 in 26 September 1979. Selepas 400 jam penerbangan, pesawat-pesawat ini telah dihantar ke CEV (Centre Experimental du Vol). 04 Prototype adalah sebuah pesawat penunjuk yang dibina oleh Dassault untuk tujuan mereka sendiri, dan akhirnya pesawat dua tempat duduk pertama M.2000B berjaya melakukan penerbangan sulung pada 11 Oktober 1980.

Contoh pesawat pengeluaran pertama telah membuat penerbangan sulung pada 20 November, 1982 dan memasuki perkhidmatan operasi pada tahun 1984. Secara praktikal, pesawat ini masih merupakan pesawat pra-pengeluaran disebabkan kerana ia tidak memiliki peluru berpandu SARH (radar RDM-1) dan model pertama SNECMA 'Super Atar'. M-53-2. Pesawat Mirage 2000 terakhir telah dihantar pada 23 November, 2007.[2]

Penggunaan pesawat Mirage 2000 dalam Tentera Udara Perancis dijangka akan digantikan dengan pesawat Dassault Rafale, yang mana telah digunakan oleh tentera udara pada 27 Jun, 2006. Pengeluaran pesawat Mirage 2000 telah dihentikan pada November 2007 setelah penghantaran terakhir pesawat dibuat kepada Tentera Udara Greece.

Sejarah operasi

[sunting | sunting sumber]

Pesawat Mirage 2000 Perancis dan Emiriah Arab Bersatu digunakan semasa dalam operasi Perang Teluk, walaupun terlibat dalam aksi pertempuran kecil.

Pesawat Mirage 2000 Perancis terlibat secara aktif dalam operasi udara PBB dan NATO ke atas bekas Yugoslavia. Sebuah pesawat Mirage telah ditembak jatuh di Bosnia oleh peluru berpandu permukaan ke udara panduan haba yang ditembak oleh Tentera Darat Republik Srpska semasa Operasi Deliberate Force pada tahun 1995, dan dengan pantas telah memacu usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan diri.

Pada 10 October 1996, pesawat Mirage 2000 Tentera Udara Greek telah melepaskan peluru berpandu R550 Magic 2 dan berjaya menembak jatuh pesawat F-16D (nombor siri 91-0023) Tentera Udara Turki di Lautan Aegean, satu-satunya kehilangan pesawat F-16 dalam pertempuran udara yang disahkan. Juruterbang pesawat F-16 telah meninggal dunia manakala pembantu juruterbang berjaya melenting keluar dan diselamatkan oleh angkatan tentera Greek.

Pesawat Mirage 2000D Tentera Udara Perancis juga terlibat di Afghanistan dalam tahun 2001-2002, beroperasi bersama-sama dengan tentera antarabangsa dan melakukan serangan tepat dengan menggunakan bom panduan laser (LGB).

Pada musim panas 2007, selepas pesawat pejuang Rafale dikeluarkan dari medan pertempuran, 3 buah pesawat Mirage 2000 Perancis telah diaturgerak ke Afghanistan untuk menyokong pasukan NATO.

Perang Kargil 1999: India telah menugaskan peranan serangan nuklear kepada angkatan pesawat Mirage 2000. Pada 1999 apabila Konflik Kargil meletus, kesemua pesawat buatan Rusia dalam perkhidmatan Tentera Udara India iaitu (MiG-21, MiG-23, MiG-27) menghadapi masalah beroperasi di altitud tinggi atau diancam oleh sistem MANPAD musuh Pesawat Mirage 2000 membuktikan ia merupakan sebuah pesawat ideal untuk tujuan pengeboman di aras tinggi. Mirage 2000 telah melakukan tugas yang baik sepanjang konflik, walaupun pesawat Mirages yang dibekalkan kepada India memiliki keupayaan larangan udara terhad dan telah banyak diubahsuai untuk melepaskan bom jatuhan bebas dan bom panduan laser. 2 skuadron pesawat Mirage telah membuat sejumlah 515 kali penerbangan, dan dalam 240 misi serangan telah menjatuhkan 55,000 kg bom. Kesenangan penyelenggaraan dan kadar kekerapan yang tinggi menjadikan Mirage 2000 salah sebuah pesawat pejuang yang cekap dalam Tentera Udara India semasa konflik ini.

Mirage 2000C

[sunting | sunting sumber]
Pesawat Mirage 2000C Perancis

Pesawat Mirage 2000 pertama yang memasuki perkhidmatan adalah pesawat pemintas versi satu tempat duduk Mirage 2000C. Terdapat empat buah pesawat prototaip satu tempat duduk termasuk pesawat prototaip Mirage 2000 asal. Pesawat pengeluaran Mirage 2000C pertama diterbangkan pada November 1982. Penghantaran bermula pada 1983. Skuadron operasi pertama yang ditubuhkan pada 1984, iaitu semasa sambutan ulang tahun ke-50 Tentera Udara Perancis. Sejumlah 124 buah Mirage-2000C telah diperoleh oleh Tentera Udara Perancis.

37 buah pertama pesawat Mirage 2000C yang dihantar telah dipasang dengan radar Thomson-CSF RDM (radar Doppler pelbagai fungsi) dan dijanakuasa oleh enjin turbofan SNECMA M53-5. Pesawat Mirage 2000C ke-38 memiliki enjin turbofan SNECMA M53-5 P2 yang ditingkat upaya. Radar Doppler Impulse (RDI) yang dibina oleh Thales tidak digunakan sehingga 1987.

Tingkat upaya terkini termasuk:

  • Mod Pengenalan Sasaran Tidak Berkerjasama Non-Cooperative Target Recognition (NTCR) di dalam Radar RDI membolehkan pengecaman sasaran-sasaran udara yang tidak membalas kepada IFF.
  • Penyerasian dengan peluru berpandu panduan haba inframerah baru iaitu Matra MICA (Missile d'Interception, de Combat et d'Autodefense). Peluru berpandu MICA versi panduan radar tidak boleh digunakan oleh pesawat Mirage 2000 versi terdahulu.
  • Miraage-2000 milik India telah disepadukan untuk membawa peluru berpandu R-73AE Archer Rusia dan peluru berpandu keluaran tempatan iaitu Astra.

Mirage 2000B

[sunting | sunting sumber]
Mirage 2000B nose close up.

Mirage 2000B merupakan hasil dari penukaran daripada pesawat latihan dua tempat duduk yang mana telah membuat penerbangan sulung pada 11 Oktober, 1980. AdA telah memesan 30 buah Mirage 2000B, dengan kesemua tiga sayap pejuang AdA memperolehi beberapa buah pesawat bagi tujuan latihan peralihan.

Mirage 2000N and 2000D

[sunting | sunting sumber]

Mirage 2000N adalah versi serangan nuklear yang mana dibangunkan untuk membawa peluru berpandu nuklear pelancaran jauh Aerospatiale Air-Sol Moyenne Portee (ASMP). Ujian penerbangan awal pada dua buah pesawat prototaip bermula pada 3 Februari, 1983, dan telah memasuki perkhidmatan operasi pada tahun 1988. Sejumlah 75 buah pesawat telah dibina.

Mirage 2000-5

[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung 1980-an, Mirage 2000 semakin berusia jika dibandingkan dengan model terkini pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon Amerika Syarikat. Oleh itu, Thomson-CSF memulakan kerja dengan dana persendirian bagi meningkat upaya pesawat Mirage 2000C yang kemudian dinamakan sebagai Mirage 2000-5. Pesawat prototaip dua tempat duduk Mirage 2000B telah diubahsuai secara ekstensif bagi menghasilkan prototaip pertama Mirage 2000-5. Pesawat prototaip ini telah melakukan penerbangan sulung pada 24 Oktober, 1990.

Pengguna pesawat Mirage 2000
Senarai pengguna dan versi
 Perancis
Versi Kegunaan Jumlah
2000C Pejuang satu tempat duduk 124
Updated to 2000-5F specs 37
2000D 2 tempat duduk – serangan konvensional 86
2000N 2 tempat duduk – serangan nuklear 75
2000B Dua tempat duduk dengan kit 2000C 30
Jumlah 315
 India
2000H Setanding dengan 2000_5 52
2000D 10
2000TH Latihan 2 tempat duduk 7
Jumlah 69
 Emiriah Arab Bersatu
2000EAD Pelbagai peranan - satu tempat duduk 22
2000-9 Satu tempat duduk 20
2000-9D 2 tempat duduk - latihan 12
2000RAD Unique reconnaissance variant 8
2000DAD 2 tempat duduk - latihan 6
Jumlah 68
 Republik China
2000-5EI Sama dengan 2000-5 48
2000-5DI Sama dengan 2000-5D 12
Jumlah 60
 Greece
2000EG Sama dengan 2000C 11
2000-5 Mk 2 Pejuang pelbagai peranan 25
2000BG Latihan 2 tempat duduk 8
Jumlah 44
Mesir
2000EM Sama dengan 2000C 16
2000BM Latihan 2 tempat duduk 4
Jumlah 20
 Qatar
2000-5EDA Pejuang satu tempat duduk 9
2000-5DDA Latihan 2 tempat duduk 3
Jumlah 12
 Peru
2000P Pejuang pelbagai peranan - satu tempat duduk 10
2000DP Latihan 2 tempat duduk 2
Jumlah 12
Brazil
2000C Pejuang satu tempat duduk 10
2000B Latihan 2 tempat duduk 2
Jumlah 12

Spesifikasi (Mirage 2000C)

[sunting | sunting sumber]
3-view of Mirage 2000 C/RDI
3-view of Mirage 2000 C/RDI

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 50 kaki 3 in (14.36 m)
  • Rentang sayap: 29 kaki (9.13 m)
  • Tinggi: 17 kaki 5 in (5.30 m)
  • Sayap luas: 441.32 kaki² (41 m²)
  • Berat kosong: 17,000 lb (7,600 kg)
  • Berat berisi: 30,420 lb (13,800 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 37,500 lb (17,000 kg)
  • Loji kuasa:SNECMA M53-P2 turbofan lepas bakar, 64 kN (military dry thrust) (95 kN (dengan pembakar lepas))

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 2.2
  • Jarak: 770 NM, 890 batu (1,450 km)
  • Lelangit khidmat 59,000 kaki (18,000 m)
  • Kadar kenaikan: 56,000 kaki/min (285 m/s)
  • Beban sayap: 69 lb/kaki² (337 kg/m²)
  • Tujahan/berat: 0.91
  • Kelajuan maksimum pada aras laut: 1,480 km/j
  • Pendakian ke 9,700 m: 1,75 min
  • Pendakian ke 15,000 m: 4 min
  • Kadar pusingan pada 5 g: 12°/saat
  • Kadar pusingan pada 9 g: 24°/saat
  • Maksimum g: normal 9 g, overloaded 11 g, break 13,5 g.

Persenjataan

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  1. ^ Take Off enc.
  2. ^ "Penghantaran terakhir Mirage 2000-5 Mk.II kepada Tentera Udara Greece : Military Aviation : Defense News Air Force Army Navy News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-12. Dicapai pada 2008-10-21.
  • Gunston, Bill, Mike Spick, Modern combat aircraft (part of The Great Weapons Encyclopedia, Salamander book 1983, printed in Italy by Peruzzo editions, 1988), pag 44-45.
  • Iermanno, Roberto Mirage 2000 Pilot report Aerei Magazine, Delta Editions, Parma, n.2/1993

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
General information
Recent news