Pergi ke kandungan

Manset

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Manset abad ke-17
Manset ialah kepingan beropol yang boleh dilihat dalam pakaian lelaki.
Paderi Roman Katolik dengan manset beropol

Manset ialah kepingan fabrik di hujung pergelangan lengan baju (kemeja, kot, jaket, dsb.), atau lipatan kaki seluar. Fungsi manset berlipat ialah untuk melindungi kain pakaian daripada berbulu, dan, apabila berbulu, untuk menyenangkan manset dibaiki atau diganti, tanpa menukar baju. Manset dibuat dengan melipat material itu, atau lapisan material yang berasingan boleh dijahit, atau dipakai secara berasingan, dikancing dengan butang cangkuk atau butang katup. Manset mungkin memaparkan satu hujung ornamen atau renda atau potongan rapi yang lain. Dalam penggunaan AS, perkataan trouser cuffs merujuk pada bahagian bawah lipatan kaki seluar. Di UK, walaupun penggunaan ini jarang diikuti, istilah tradisional bagi lipatan seluar ialah 'turnup'.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Manset di Wikimedia Commons