T-72
T-72 | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Kesatuan Soviet |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1973–kini |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Kartsev-Venediktov |
Direka | 1967–73 |
Pengeluar | Uralvagonzavod |
Dihasilkan | 1971–kini |
Jumlah dibina | 25,000+ |
T-72 adalah sebuah Kereta Kebal Utama buatan Kesatuan Soviet yang dikeluarkan sejak tahun 1971. Kereta kebal ini merupakan hasil dari pembangunan lanjut yang dilakukan ke atas kereta kebal T-62[1]. Kereta kebal T-90 pula merupakan terbitan hasil pembangunan yang berterusan ke atas T-72. Baru-baru ini, reputasi T-72 tercalar ekoran keupayaannya yang mengecewakan semasa dalam pertempuran menentang kereta-kereta kebal moden buatan Barat seperti M1 Abrams dan Challenger 1 dalam Perang Teluk. Walaupun begitu, kekurangan latihan yang diberikan kepada krew kereta kebal T-72 juga harus diambil kira.
Spesifikasi (T-72A)
[sunting | sunting sumber]Data daripada inetres.com [2]
Ciri-ciri umum
[sunting | sunting sumber]- Berat= 41.5 tan
- Panjang= 9.53 m
- Lebar= 3.59 m
- Tinggi= 2.23 m
- Krew= 3
Persenjataan
[sunting | sunting sumber]- Perisai= 500 mm (20 in) perisai komposit
- Persenjaataan utama= Meriam laras licin 125mm 2A46M
- Persenjataan sokonga= 7.62mm mesingan sepaksi PKT, 12.7mm mesingan anti pesawat NSVT
- Enjin= Diesel V-12
- Kuasa enjin= 780 hp (582 kW)
- Kadar kuasa= 18.8 hp/tan
- Suspensi= Palang kilasan
- Kelegaan dari permukaan bumi= 0.49 m
- Muatan bahan api= 1200 liter
- Jarak operasi= 460 km, 700 km dengan tangki bahan api tambahan
- Kelajuan= 60 km/j
Pengguna T-72 dan terbitannya
[sunting | sunting sumber]T-72 digunakan lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia. Ia juga telah dibina dengan kebenaran berlesen dan dibangunkan lebih lanjut oleh beberapa buah negara seperti di bawah:
- Singa Babylon, Iraq
- M-84, Yugoslavia
- M-95 Degman, Croatia
- M-2001, Serbia
- PT-91M "Pendekar", Malaysia - Gemas, Kor Armor Diraja
- PT-91 Twardy, Poland
- Tank EX, India
- TR-125, Romania
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kereta kebal setanding
- Artikel berkaitan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Czołgi Świata" (Kereta kebal di dunia) majalah keluaran ke-19
- ^ "Rujukan kenderaan tempur oleh Gary"
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: T-72. |