Pergi ke kandungan

Kabinet Muhyiddin Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kabinet Muhyiddin)
Kabinet Muhyiddin Yassin

Kabinet Malaysia ke-21
2020–2021
Tarikh dibentuk1 Mac 2020
Tarikh dibubarkan16 Ogos 2021
Orang dan pertubuhan
Ketua negara Pahang Al-Sultan Abdullah
Ketua kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sejarah ketua kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan ketua kerajaan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (sejak 7 Julai 2021)
Bilangan menteri32 menteri dan 38 timbalan menteri
Parti anggota
Status dalam badan perundanganKerajaan campuran yang mendapat majoriti diketuai oleh Perikatan Nasional yang dipimpin oleh BERSATU
Kabinet pembangkang Kabinet Bayangan Malaysia 2020
Parti pembangkang
Ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim
Sejarah
Penggal dalam badan perundanganParlimen Malaysia ke-14
BelanjawanBelanjawan Malaysia 2021
Pembentukan masuk1
Pembentukan keluar2
Pendahulu Kabinet Mahathir ketujuh
Pengganti Kabinet Ismail Sabri

Kabinet Malaysia 2020 atau Kabinet Tan Sri Muhyiddin pertama telah dibentuk pada 10 Mac 2020, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 1 Mac 2020 lalu. Pentadbiran semasa kabinet ini juga dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional yang menggabungkan 15 buah parti politik daripada parti komponen Perikatan Nasional, parti komponen Barisan Nasional, parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah termasuk seorang Ahli Parlimen Bebas.

Komposisi

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2020, Muhyiddin mengumumkan Kabinet dengan 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Kabinet termasuk enam teknokrat yang dilantik sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebelum mengangkat sumpah pada hari yang sama di Istana Melawati, Putrajaya.[1][2] Kedudukan Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan kerana "tiada keperluan untuk melantik sesiapa". Sebaliknya, Menteri-menteri Kanan akan menggantikan Perdana Menteri apabila ketiadaannya sekiranya keperluan itu berlaku.[3]

Jemaah Menteri

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan kandungan kabinet pada 3 Ogos 2021:[4] Kabinet kemudiannya berubah apabila jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia diisi oleh Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Kluster Keselamatan diisi oleh Hishammuddin Hussein.

      PN (14)       BN (10)       GPS (4)       Bebas (2)       PBS (1)       Kosong (2)

Portfolio Potret Penjawat Parti Kawasan parlimen Penggal mula Penggal tamat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin AP PN (BERSATU) Pagoh 1 Mac 2020 Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob AP BN (UMNO) Bera 7 Julai 2021
Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan 10 Mac 2020 7 Julai 2021
Menteri Pertahanan Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Menteri Kanan Kluster Kewangan dan Ekonomi Dato Seri Mohamed Azmin Ali AP PN (BERSATU) Gombak
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Bebas Senator Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Menteri Kanan Kluster Infrastruktur Dato Sri Fadillah Yusof AP GPS (PBB) Petra Jaya
Menteri Kerja Raya
Menteri Kanan Kluster Pendidikan dan Sosial Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin PN (BERSATU) Senator
Menteri Pendidikan
Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein AP BN (UMNO) Sembrong 7 Julai 2021
Menteri Luar Negeri 10 Mac 2020
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato' Sri Mustapa Mohamed AP PN (BERSATU) Jeli
Tugas-tugas Khas Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof AP PN (BERSATU) Alor Gajah
Parlimen dan Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan AP PN (PAS) Kota Bharu
Hal Ehwal Agama Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Bebas Senator
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili AP GRS (PBS) Kota Marudu
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong AP BN (MCA) Ayer Hitam
Menteri Alam Sekitar Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man AP PN (PAS) Kubang Kerian
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan AP BN (MIC) Tapah
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa AP BN (UMNO) Ketereh
Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Mohd Harun AP PN (BERSATU) Titiwangsa
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad AP BN (UMNO) Parit Sulong Letak jawatan 6 Ogos 2021
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah AP BN (UMNO) Lenggong Letak jawatan 3 Ogos 2021
Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hamzah Zainudin AP PN (BERSATU) Larut Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Menteri Kesihatan Dato' Sri Dr. Adham bin Baba AP BN (UMNO) Tenggara
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee AP PN (BERSATU) Beluran
Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad AP PN (BERSATU) Mersing
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi AP GPS (PBB) Kapit
Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Sri Saifuddin Abdullah AP PN (BERSATU) Indera Mahkota
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin AP PN (BERSATU) Ampang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Haji Khairy Jamaluddin AP BN (UMNO) Rembau
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tun Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar AP GPS (PBB) Santubong
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali AP PN (PAS) Kuala Nerus
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Dato' Sri Nancy Shukri AP GPS (PBB) Batang Sadong
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique AP BN (UMNO) Kota Tinggi
Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican AP BN (UMNO) Kepala Batas

Timbalan Menteri

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan Timbalan Menteri pada 10 Mac 2020 dan mulai 29 September 2020:

      PN (20)       BN (13)       GPS (4)       Bebas (0)

Portfolio Potret Penjawat Parti Kawasan parlimen Penggal mula Penggal tamat
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Senator Datuk Lim Ban Hong BN (MCA) Senator 10 Mac 2020 Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Timbalan Menteri Pertahanan Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz AP PN (BERSATU) Tanah Merah
Timbalan Menteri Kerja Raya Dato' Eddin Syazlee Shith AP PN (BERSATU) Kuala Pilah 6 Julai 2020
Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh AP PN (BERSATU) Sri Gading 10 Mac 2020 4 Jun 2020[5]
Timbalan Menteri Pendidikan Dato' Dr. Mah Hang Soon BN (MCA) Senator Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Tuan Haji Muslimin Yahaya AP PN (BERSATU) Sungai Besar
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abd Rahim Bakri AP PN (BERSATU) Kudat
Mohd Shahar Abdullah AP BN (UMNO) Paya Besar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Arthur Joseph Kurup AP BN (PBRS) Pensiangan
Tugas-tugas Khas Datuk Mastura Mohd Yazid AP BN (UMNO) Kuala Kangsar
Parlimen dan Undang-undang Dato' Shabudin Yahaya AP PN (BERSATU) Tasek Gelugor 6 Julai 2020[6]
Dato' Eddin Syazlee Shith AP PN (BERSATU) Kuala Pilah 10 Mac 2020 6 Julai 2020[7]
Hal Ehwal Agama Datuk Ahmad Marzuk Shaary AP PN (PAS) Pengkalan Chepa Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Dato Hanifah Hajar Taib AP GPS (PBB) Mukah
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah AP GPS (PBB) Limbang
Timbalan Menteri Alam Sekitar Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad BN (UMNO) Senator
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim AP PN (PAS) Pendang
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu AP PN (BERSATU) Segamat
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff AP PN (PAS) Rantau Panjang
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Mansor Othman AP PN (BERSATU) Nibong Tebal
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju AP PN (BERSATU) Saratok
Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Ismail Mohamed Said AP BN (UMNO) Kuala Krau
Datuk Jonathan Yasin AP PN (BERSATU) Ranau
Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali AP PN (BERSATU) Bagan Serai
Datuk Aaron Ago Dagang AP GPS (PRS) Kanowit
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah AP BN (UMNO) Jasin
Dato' Che Abdullah Mat Nawi AP PN (PAS) Tumpat
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad AP BN (UMNO) Lipis
Dato' Henry Sum Agong AP GPS (PBB) Lawas
Timbalan Menteri Luar Negeri Dato' Kamarudin Jaffar AP PN (BERSATU) Bandar Tun Razak
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Rosol Wahid AP PN (BERSATU) Hulu Terengganu
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin AP BN (UMNO) Padang Besar
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Sri Ismail Abd Muttalib AP BN (UMNO) Maran
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim AP PN (PAS) Kuala Terengganu
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin AP PN (BERSATU) Masjid Tanah
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng AP BN (MCA) Tanjung Piai
Datuk Willie Mongin AP PN (BERSATU) Puncak Borneo
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi PN (BERSATU) Senator 16 April 2021[8]
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan AP PN (STAR) Keningau 10 Mac 2020 29 September 2020[9]
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Dato' Sri Ti Lian Ker BN (MCA) Senator 5 Mei 2020 Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal PN (BERSATU) Senator 10 Mac 2020

Penasihat-penasihat dan Duta Khas Perdana Menteri

[sunting | sunting sumber]
  1. Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam): Tan Sri Dr Jemilah Mahmood[10]
  2. Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri): YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang AP [11]
  3. Duta Khas Perdana Menteri ke China (Bertaraf Menteri): YB Dato' Sri Tiong King Sing AP [12]
  4. Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur (Bertaraf Menteri): YB Dato' Sri Richard Riot Jaem AP[13]
  5. Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia (Bertaraf Menteri; Hal Ehwal Jalinan Komuniti, Komunikasi Masyarakat dan Pembangunan Sosioekonomi): YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu AP[14]

Perubahan

[sunting | sunting sumber]

Di bawah Kabinet ini, terdapat beberapa portfolio berubah:

Perubahan pemegang jawatan

  • Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PN-Sri Gading) meletak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya, dan tidak menyertai Kerajaan Perikatan Nasional tetapi menyokong penubuhan parti baharu di bawah Tun Mahathir. Kekosongan jawatan diisi oleh Dato' Eddin Syazlee Shith (PN-Kuala Pilah) yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
  • Kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diisi oleh Datuk Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor).
  • Calon Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Dato' Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) tidak menerima pelantikan ke jawatan tersebut. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Senator Dato' Sri Ti Lian Ker (BN-Senator)
  • Semasa pengumuman kabinet, jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada, manakala empat jawatan Menteri Kanan diperkenalkan.
  • Jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan semula pada 7 Julai 2021 dan diisi oleh Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera)[16].
  • Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) dilantik menjadi Menteri Kanan yang baharu mengisi kekosongan Menteri Pertahanan yang dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021[16].
  • Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) telah meletak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional[17].
  • Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) telah meletak jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada 6 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional[18].

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota & Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Mufti Wilayah Menteri Agama, CEO CIMB Menteri Kewangan". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
  2. ^ "Six new senators sworn in at Dewan Negara | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-03-10.
  3. ^ Mat Ruzki, Rafidah; Sulaiman, Noor Atiqah (2020-03-09). "4 Menteri Kanan ganti TPM". BH Online. Dicapai pada 2020-03-09.
  4. ^ "Senarai penuh Kabinet". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
  5. ^ Meletak jawatan pada 4 Jun 2020.
  6. ^ Perlantikan bagi mengisi kekosongan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang)
  7. ^ Pertukaran portfolio bagi mengisi kekosongan Timbalan Menteri Kerja Raya.
  8. ^ Guan Dee angkat sumpah Timbalan Menteri Persekutuan
  9. ^ Jeffrey Kitingan letak jawatan Timbalan Menteri kerajaan Persekutuan
  10. ^ "Dr Jemilah appointed PM's special advisor on public health". New Straits Times. 31 Mac 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  11. ^ "Hadi appointed special envoy to Middle East". The Star. 2 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  12. ^ Beliau telah dicalonkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada 9 Mac 2020, namun menolaknya, kemudian digantikan oleh Dato' Sri Ti Lian Ker.
  13. ^ Richard Riot dilantik duta khas PM ke Asia Timur, Dicapai pada 14 Mei 2020
  14. ^ Firdaus Azil (5 Ogos 2021). "Ahmad Faizal Azumu kini Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri". Astro Awani. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  15. ^ Pewujudan MEWA akan membolehkan sinergi antara dua aspek pengurusan air yang selama ini terpisah, iaitu sumber air dan perkhidmatan air
  16. ^ a b c Mohd Nasaruddin Parzi (7 Julai 2021). "Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri". BHarian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-07. Dicapai pada 7 Julai 2021.
  17. ^ Yusmizal Dolah Aling (3 Ogos 2021). "Dr Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli". HMetro. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  18. ^ "Noraini Ahmad second Umno minister to resign from Muhyiddin cabinet". Malaysiakini. 6 Ogos 2021. Dicapai pada 6 Ogos 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]