Pergi ke kandungan

IQIYI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada IQiyi)
iQIYI
Negara China
 Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
SloganPlatform Penstriman Asia Paling Hot
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Beijing, China
Republik Rakyat China Shanghai, China
Kuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaCina
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikRepublik Rakyat China
Malaysia Astro Malaysia Holdings
IndukiQIYI
Orang pentingDinesh Ratnam (Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura & Brunei)
Sejarah
Dilancarkan17 Julai 2019; 5 tahun yang lalu (2019-07-17)
MenggantikanAstro Xi Yue HD
Pautan
Laman webwww.iq.com
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 300 (HD)
Malaysia NJOISaluran 300 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand / Aplikasi iQIYI / Sooka
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi / Aplikasi iQIYI

iQiyi, dahulu Qiyi.com[1] ialah platform video dalam talian yang berpangkalan di Beijing, China yang dilancarkan di Malaysia pada 22 April 2020. iQiyi kini merupakan salah satu laman penstriman dalam talian terbesar di dunia, dengan hampir 6 bilion jam dibelanjakan untuk perkhidmatannya setiap bulan, dan lebih 500 juta pengguna aktif bulanan.[2][3][4][5] Pada 29 Mac 2018, syarikat itu mengeluarkan IPO (tawaran awam permulaan) di AS dan menaikkan $ 2.25 bilion.[6]

iQiyi juga bersiaran melalui platform TV satelit Astro dan NJOI di saluran 300 dalam format definisi tinggi (HD). Saluran ini juga tersedia di Astro GO.

Platform Tontonan

[sunting | sunting sumber]

Aplikasi iQiyi Malaysia boleh dimuat turun di Apple Store dan Google Play Store dan boleh ditonton di pelbagai peranti yang menyokong penstriman video. Astro iQiyi juga boleh ditonton melalui televisyen pintar atau di Android TV Box.

Langganan

[sunting | sunting sumber]

'Freemium'

[sunting | sunting sumber]

Pengguna iQIYI boleh menikmati senarai tontonan drama & filem percuma, namun pengguna perlu menonton iklan terlebih dahulu.

VIP Standard & Premium

[sunting | sunting sumber]

iQiyi menawarkan langganan VIP Premium & Standard secara bulanan atau tahunan. Kelebih langgan VIP adalah pengguna tidak perlu menonton iklan, fungsi muat turun episod dan filem ke aplikasi (tontonan tanpa internet), akses awal untuk tontonan episod baru (VIP Ekspres) dan juga akses eksklusif ke tontonan drama/filem khas VIP sahaja.

Muat Turun & penstriman 'offline'

[sunting | sunting sumber]

Pengguna iQIYI juga boleh memuat turun kebanyakkan drama bersiri, filem dan anime ke dalam aplikasi iQIYI, dimana pengguna boleh menonton kemudian gajet yang sama walaupun tanpa sambungan internet.

Rancangan

[sunting | sunting sumber]

iQIYI Malaysia menawarkan senarai tonton (filem dan drama bersiri) dari Asia seperti filem dari Malaysia, Korea, China, Thailand dan Jepun. Selain drama dan filem, iQIYI juga menawarkan tontonan anime-anime.

iQIYI Original

[sunting | sunting sumber]

Drama Melayu

[sunting | sunting sumber]

Drama Korea

[sunting | sunting sumber]

Drama Cina

[sunting | sunting sumber]
  • Luoyang
  • Love at Night
  • The Ferryman Legends of Nanyang
  • Story of Yanxi Palace
  • Love Is Sweet
  • Poisoned Love
  • Sweet Teeth
  • Love Scenery

Rancangan Kanak-Kanak

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "奇艺启动新域名背后:解决视听许可证遗留问题" (dalam bahasa Cina). Sina.com. 28 November 2011. Dicapai pada 4 Ogos 2017.
  2. ^ Russell, Jon. "Baidu's iQiyi video service raises $1.53 billion". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Ng, Yi Shu. "Netflix takes its first steps into China, the world's hungriest streaming market". Mashable (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Jeff Sneider (July 8, 2015). "Paramount Signs Licensing Deal With China's Largest Online Video Platform iQIYI". The Wrap. Dicapai pada July 14, 2015. Paramount Pictures has signed a licensing agreement with iQIYI, the largest online video platform in China, that will give the company rights to offer 800 films from the studio’s library to subscribers of its SVOD service, Paramount announced Wednesday.
  5. ^ Kevin Cassidy. "Lionsgate Pacts With Chinese Online Giant IQIYI". The Hollywood Reporter. Lionsgate has signed a long-term output deal for a number of high-profile Lionsgate and third-party feature films with China's largest comprehensive online video platform iQIYI.
  6. ^ "Baidu's iQiyi Drops in Debut After IPO Raising $2.3 Billion". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-29. Dicapai pada 2018-04-03.