Pergi ke kandungan

Hans-Jörg Butt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hans-Jörg Butt
Maklumat peribadi
Nama penuh Hans-Jörg Butt[1]
Tarikh lahir (1974-05-28) 28 Mei 1974 (umur 50)
Tempat lahir Oldenburg, Jerman Barat
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya remaja
1980–1991 TSV Großenkneten
1991–1994 VfB Oldenburg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1994–1997 VfB Oldenburg 87 (5)
1997–2001 Hamburger SV 133 (19)
2001–2007 Bayer Leverkusen 191 (7)
2007–2008 Benfica 1 (0)
2008–2012 Bayern Munich 63 (0)
2009 Bayern Munich II 4 (1)
Jumlah 479 (32)
Pasukan kebangsaan
2000–2010 Jerman 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Hans-Jörg Butt (lahir 28 Mei 1974) merupakan pemain bola sepak bersara Jerman yang bermain di posisi penjaga gol.

Beliau dikenali dengan kelebihan mengambil tendangan penalti dan beliau telah menjaringkan 26 gol di Bundesliga. Beliau telah bermain untuk Hamburg, Bayer Leverkusen dan FC Bayern Munich.

Dalam kerjayanya, beliau telah menjaringkan tiga gol dari tendangan penalti pada perlawanan menentang Juventus bersama tiga kelab yang berlainan. Beliau telah mewakili Jerman dua edisi Piala Dunia dan satu Piala Eropah.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Hamburg/Leverkusen

[sunting | sunting sumber]

Butt memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab VfB Oldenburg yang akhirnya naik 2. Bundesliga. Beliau berpindah ke Hamburger SV pada musim panas 1997 dan pada musim keduanya, beliau telah menjaringkan tujuh gol untuk Hamburg dan kesemuanya dari tendangan penalti.

Butt sertai Bayer 04 Leverkusen secara percuma pada tahun 2001. Beliau telah bermain kesemua perlawanan untuk Leverkusen dan tewas kepada Real Madrid pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara.

Pada 17 April 2004, selepas menjaringkan penalti pada perlawanan di tempat lawan menentang FC Schalke 04, beliau ke tengah padang dan meraikan gol bersama rakan sepasukan. Beliau belum sempat kembali ke posisi penjaga gol selepas pengadil meniup wisel perlawanan untuk memulakan perlawanan, Mike Hanke pemain lawan mengambil peluang ini untuk menjaringkan gol dari tengah padang dan menjaringkan gol sambil Butt sedang berjoging untuk kembali ke posisi.

Selepas kehilangan posisi penjaga gol kepada pemain muda René Adler untuk musim 2006-07, Butt ingin membatalkan kontraknya yang dikaitkan sheingga 2009. Pada Julai 2007, beliau menandatangani kontrak dua tahun bersama gergasi Portugal, SL Benfica.

Butt membuat debut untuk Benfica pada kejohanan musim panas, Torneio de Guadiana. Pada kejohanan itu, beliau telah menyelamatkan satu penalti ketika menentang Real Betis dan membantu Benfica ke perlawanan akhir. Beliau kemudian hanya bermain satu perlawanan liga untuk Benfica selepas Quim dibuang padang pada perlawanan menentang C.S. Marítimo pada Oktober 2007. Pada perlawanan tersebut, beliau menyelamatkan tendangan penalti dari Ariza Makukula dan pasukannya menang 2-1.

Bayern Munich

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2008, Butt menandatangani kontrak dua tahun bersama juara Bundesliga, FC Bayern Munich untuk menggantikan Oliver Kahn. Beliau membuat debut untuk Bayern pada perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Sporting Lisbon, 7-1 pada 10 Mac 2009.

Butt menjadi pilihan pertama penjaga gol untuk musim 2009-10 selepas Bayern memulakan aksi musim yang longlai. Pada 8 Disember 2009, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern melalui tendangan penalti pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Juventus, 4-1.

Pada 30 Januari 2010, Butt gagal mengambil peluang untuk menjaringkan gol liga pertamanya apabila diselamatkan oleh penjaga gol 1. FSV Mainz 05, Heinz Müller, tetapi pasukannya menang 3–0. Pada 16 Februari, beliau melanjutkan kontraknya bersama Bayern sehingga 2011.

Pada musim 2010-11, Butt yang berumur 36 tahun kehilangan tempat penjaga gol kepada pemain muda Thomas Kraft. Walau bagaimanapun, selepas aksi yang kurang memuaskan pada perlawanan tewas 3-2 kepada Inter Milan pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada 15 Mac 2011 dan terikat seri 1-1 bertemu 1. FC Nürnberg pada 9 April, beliau telah termasuk dalam kesebelasan utama pada 17 April menentang Bayer Leverkusen dan beliau tampil dalam 30 perlawanan rasmi pada kempen liga dan membantu pasukannya menduduki tmepat ketiga liga.

Pada 3 Mei 2011, Butt melanjutkan kontraknya selama setahun bersama Bayern sebelum berada di belakang Manuel Neuer. Beliau bersara pada musim yang sama pada usia 38 tahun selepas perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 22 Mei 2012 dan di mana beliau sebagai katpen pasukan.

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Butt menjadi pilihan ketiga penjaga gol Jerman di belakang Oliver Kahn dan Jens Lehmann pada kejohanan UEFA Euro 2000 dan Piala Dunia FIFA 2002 tetapi tidak digunakan dalam kedua-dua kejohanan itu.

Beliau memenangi tiga perlawanan kaps untuk Jerman pada perlawanan persahabatan dan membuat debut menentang Liechtenstein pada 7 Jun 2000, Jerman menang 8-2.

Pada 6 Mei 2010, Butt, Neuer dan Tim Wiese dipilih sebagai penjaga gol Jerman untuk Piala Dunia 2010 dan beliau menjadi pilihan ketiga penjaga gol. Beliau membuat debut pada Piala Dunia pada 10 Julai 2010 pada perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Uruguay, Jerman menang 3-2.

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Hamburg 1997–98 33 0 2 0 0 0 35 0
1998–99 34 7 3 0 0 0 37 7
1999–00 34 9 1 0 0 0 35 9
2000–01 32 3 2 0 6 1 40 4
Jumlah 133 19 8 0 6 1 147 20
Jerman Bayer Leverkusen 2001–02 34 2 6 0 17 1 57 3
2002–03 33 1 4 0 10 0 47 1
2003–04 34 1 3 0 0 0 37 1
2004–05 34 2 2 0 8 0 44 2
2005–06 34 1 2 0 2 0 38 1
2006–07 22 0 2 0 8 0 32 0
Jumlah 191 7 19 0 45 1 255 8
Portugal Benfica 2007–08 1 0 4 0 0 0 5 0
Jumlah 1 0 4 0 0 0 5 0
Jerman Bayern Munich 2008–09 8 0 0 0 3 0 11 0
2009–10 31 0 3 0 12 1 46 1
2010–11 23 0 2 0 4 0 29 0
2011–12 1 0 1 0 1 0 3 0
Jumlah 63 0 6 0 20 1 89 1
Jumlah kerjaya 388 26 37 0 71 3 496 29

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Oldenburg
Bayern Munich

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Jerman
  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai pada 8 December 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]