Guyana di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Penampilan
Guyana di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | GUY |
NOC | Majlis Olimpik Guyana |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 7 dalam 4 sukan |
Pembawa bendera (pembukaan) | Chelsea Edghill Andrew Fowler |
Pembawa bendera (penutupan) | Emanuel Archibald |
Pingat |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
Guyana telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan ke-18 Guyana dalam Sukan Olimpik Musim Panas sebagai wilayah bebas, dengan lima edisi terawal disertai dibawah nama Guiana British. Guyana juga tidak menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 1976 setelah menyertai boikot yang diadakan negara-negara Afrika.
Peserta
[sunting | sunting sumber]Seramai tujuh orang atlet mewakili Guyana dalam empat sukan;[2]
Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Olahraga | 1 | 2 | 3 |
Tinju | 1 | 0 | 1 |
Renang | 1 | 1 | 2 |
Pingpong | 0 | 1 | 1 |
Jumlah | 3 | 4 | 7 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "Team Guyana - entries". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-28. Dicapai pada 2021-09-14.