Detektif Conan
Detektif Conan | |
Genre | Fiksyen detektif, Misteri |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Gosho Aoyama |
Ilustrasi | Gosho Aoyama |
Penerbit | Shogakukan |
Majalah Asal | Weekly Shonen Sunday |
Tarikh Pengeluaran | 2 Februari 1994 – kini |
Jilid | 106 (Senarai jilid) |
Manga | |
Edisi Khas | |
Pengarang | Gosho Aoyama |
Ilustrasi | Yamagishi Eiichi, Masaru Ohta, Kazuhiro Kubota |
Penerbit | Shogakukan |
Majalah Asal | Tentomushi Comics |
Tarikh Pengeluaran | 28 Januari 1997 – kini |
Jilid | 43 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Kenji Kodama (#1-118) Masato Sato (#332-504) Koujin Ochi (#505-666) Yasuichiro Yamamoto (#119-332,667-kini) |
Penerbit | Michihiko Suwa |
Skrip/Penulis | Junichi Ioka |
Lagu/Muzik | Katsuo Ono |
Studio | TMS Entertainment / V1 Studio |
Penyiaran Asal | Yomiuri TV |
Tarikh tayangan | 8 Januari 1996 – kini |
Episod | 1143 |
Drama televisyen | |
Kudo Shinichi he no Chosenjo | |
Penerbit | Yoshinori Horiguchi (Chief) Shi Shirakawa Koki Endo Masako Kuraibu |
Skrip/Penulis | Takehiko Kanade |
Lagu/Muzik | Koji Endo |
Penyiaran Asal | Yomiuri TV |
Tarikh tayangan | 7 Julai 2011 – 29 September 2011 |
Episod | 13 |
Kerja-kerja berkaitan | |
Detective Conan (名探偵コナン , Meitantei Konan, Bahasa Melayu: Detektif Conan) atau versi Inggerisnya Case Closed (Kes Ditutup), ialah manga bergenre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula pada 2 Februari 1994 dan telah menghasilkan lebih 100 jilid.
Siri anime ini dihasilkan oleh TMS Entertainment dan mula disiarkan di Yomiuri TV pada 8 Januari 1996, dan masih disiarkan hingga kini, dengan lebih 1,100 episod.
Sehingga kini, sebanyak 27 filem animasi telah dihasilkan daripada siri ini, termasuk yang terkini, "Detective Conan: The Million-dollar Pentagram", yang ditayangkan di pawagam Jepun pada 12 April 2024. Selain itu, siri ini juga menghasilkan filem istimewa "Lupin III vs Detective Conan The Movie" yang merupakan hasil kerjasama dengan Lupin III, yang ditayangkan di Jepun pada 7 Disember 2013.
Selain itu, terdapat 12 video animasi asal (OVA) dan 13 episod siri drama dengan watak manusia sebenar, Surat cabaran kepada Shinichi Kudo (工藤新一への挑戦状 , Kudō Shin'ichi e no Chōsenjō), yang mula disiarkan pada 7 Julai 2011 dan berakhir pada 29 September 2011.
Jilid kompilasi manga ini telah terjual lebih daripada 120 juta salinan di Jepun. Pada tahun 2001, manga ini dianugerahkan Anugerah Manga Shogakukan ke-46 dalam kategori Shonen. Adaptasi anime ini mendapat sambutan yang baik dan sering menduduki antara lima teratas dalam pemilihan Animage pada 1996 dan 2001.
Cerita ini mengisahkan pengembaraan Shinichi Kudo, detektif muda luar biasa yang secara tidak sengaja telah berubah menjadi kanak-kanak selepas diracuni oleh dua individu berbaju hitam.
Plot cerita
[sunting | sunting sumber]Shinichi Kudo merupakan seorang pelajar berusia 17 tahun, merupakan detektif remaja terkenal di bahagian timur Jepun, terutamanya di Tokyo. Suatu hari, dia pergi ke taman tema Tropical Land bersama rakan masa kecilnya, Ran Mouri. Semasa berada di sana, Shinichi menyelesaikan satu kes pembunuhan yang melibatkan penunggang roller coaster. Namun, selepas itu, dia secara tidak sengaja menyaksikan transaksi rahsia antara dua lelaki berpakaian serba hitam. Salah seorang daripada mereka iaitu Gin, menyedari kehadirannya, lalu memukul Shinichi dan memberinya racun eksperimen bernama Apotoxin-4869 (APTX4869) yang sepatutnya membunuhnya. Namun, racun itu hanya mengecutkan tubuh Shinichi hingga ke saiz seorang kanak-kanak sekolah rendah.
Atas nasihat jirannya, Profesor Agasa, Shinichi menyembunyikan identitinya untuk melindungi dirinya daripada organisasi hitam tersebut. Ketika ditanya namanya oleh Ran, Shinichi menggunakan nama "Conan Edogawa," diilhamkan daripada penulis terkenal Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo. Conan kemudian tinggal bersama Ran dan ayahnya, Kogoro Mouri, seorang detektif persendirian yang sering membuat kesimpulan salah. Untuk menyelesaikan kes, Conan menggunakan alat khas seperti jarum bius dan pengubah suara dalam reben lehernya untuk membuatkan Kogoro kelihatan seperti menyelesaikan kes.
Sepanjang siri, pelbagai watak diperkenalkan, termasuk ibu bapa Shinichi, Yusaku dan Yukiko; anggota polis (Inspektor Megure, Pegawai Takagi); rakan detektif dari Kansai, Heiji Hattori, bersama teman wanitanya, Kazuha Toyama; kawan baik Ran, Sonoko Suzuki; pencuri licik Kaito Kid; serta Shiho Miyano (kod nama Sherry), seorang bekas ahli organisasi hitam yang juga mengecil akibat APTX4869 dan kini dikenali sebagai Ai Haibara. Selain itu, siri ini menampilkan organisasi seperti FBI (contohnya Shuichi Akai dan Jodie Starling) dan musuh utama, Organisasi Hitam yang diketuai oleh Renya Karasuma.
Siri ini turut menyelitkan rujukan kepada detektif dan karya sastera misteri terkenal seperti Sherlock Holmes, Hercule Poirot, Kogoro Akechi, dan Arsène Lupin, serta watak lain daripada dunia jenayah dan detektif.
Watak
[sunting | sunting sumber]Nama | Gambar | Nama sebenar dan huraian |
---|---|---|
Shinichi | Shinichi Kudo (工藤 新一 , Kudō Shin'ichi) Merupakan detektif sekolah menengah tinggi yang terkenal berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (江戸川 コナン , Edogawa Konan) akibat terminum sejenis ubat menyebabkan badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah. | |
Ran | Ran Mouri (毛利 蘭 , Mōri Ran) Dia merupakan kawan karib Shinichi dan Sonoko semenjak kecil lagi. Ran merupakan juara karate peringkat Kawasan Kantō. Dia tinggal bersama bapanya Kogoro Mouri. | |
Kogoro | Kogoro Mouri (毛利 小五郎 , Mōri Kogorō) Dia merupakan bapa kepada Ran dan suami kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Kerana sikapnya yang buruk, isterinya tinggal berasingan dengannya. | |
Profesor Agasa | Hiroshi Agasa (阿笠 博士 , Agasa Hiroshi) Profesor Agasa (阿笠博士 , Agasa Hakase) merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaanya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja. | |
Inspektor Megure | Juzo Megure (目暮 十三 , Megure Jūzō) Inspektor Megure (目暮 警部 , Megure Keibu)Dia merupakan seorang inspektor polis dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia sering memakai topinya ke mana sahaja. | |
Gin | Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Personalitinya amat menakutkan dan kejam. Dia amat membencikan Shuichi Akai dan Sherry. | |
Vodka | Dia merupakan anggota organisasi hitam dan orang bawahan Gin. |
Media
[sunting | sunting sumber]Manga
[sunting | sunting sumber]Ditulis dan dilukis oleh Gosho Aoyama, Detektif Conan memulakan penyiarannya dalam majalah manga shōnen Shogakukan, Weekly Shōnen Sunday pada 5 Januari 1994.[a] Detektif Conan menjadi salah satu siri manga yang paling panjang, dengan lebih 1,000 bab diterbitkan di Jepun, dan siri pertama yang melepasi 1,000 bab diterbitkan dalam Weekly Shōnen Sunday.[4] Shogakukan telah mengumpulkan bab-babnya ke dalam jilid tankōbon individu. Jilid pertama diterbitkan pada 18 Jun 1994.[5]
Anime
[sunting | sunting sumber]Siri anime Detektif Conan telah dihasilkan oleh Syarikat televisyen Yomiuri TV dan TMS Entertainment.[6][7] Diarahkan oleh Yasuichiro Yamamoto (1999-2003, 2012-kini), siri ini bersiaran selama 25 minit. Siri animasi ini telah disiarkan di Jepun melebihi 900 buah episod semenjak siaran perdana animasi ini pada 8 Januari 1996 dan menjadikannya sebagai siri anime yang ke keenam belas paling lama di Jepun. Pada awal episod sehingga episod 283, siri ini menggunakan animasi tradisional iaitu melukis menggunakan tangan sebelum menggunakan animasi komputer mulai episod 284 sehingga kini. Pada mulanya, Shogakukan merakamkan dan disiarkan episod pada pita video VHS pada bulan Jun 1996 dan Oktober 2006. Sebanyak 426 episod telah dikeluarkan dalam pita video VHS sehingga Shogakukan tinggalkan format dan bertukar kepada DVD, bermula dari episod pertama. Pada ulang tahun ke-15 siri anime pada tahun 2012, siri ini telah disediakan untuk video atas permintaan. Detektif Conan kemudiannya disiarkan di Amerika Utara pada rangkaian kabel NHK TV Jepun.
Filem
[sunting | sunting sumber]Sebanyak 24 filem dalam siri Detektif Conan telah dikeluarkan. Animasi ini diuruskan oleh TMS Entertainment dan dihasilkan oleh Yomiuri TV, Nippon TV, ShoPro dan Toho. Filem 1 sehingga 7 telah diarahkan oleh Kenji Kodama, filem 8 hingga 15 telah diarahkan oleh Yasuichiro Yamamoto, dan filem 16 sehingga 20 diarahkan oleh Kobun Shizuno. Filem ini telah dikeluarkan pada bulan April setiap tahun, yang bermula pada tahun 1997 dengan filem pertama, Detective Conan: The Time-Bombed Skyscraper sehingga filem terbaru, Detective Conan: The Bride of Halloween telah dipawagamkan pada 2 jun 2022. Detektif Conan berkerjasama dengan siri anime Lupin III dalam filem Lupin III vs Detective Conan The Movie yang telah dipawagamkan pada 7 Disember 2013.
Populariti
[sunting | sunting sumber]Siri manga, pihak Shogakukan telah menguruskan terjemahan pelbagai bahasa (kecuali di Amerika Utara) yang melalui The Kashima Agency untuk Japan Forgein-Centre bagi mengedarkan manga di pelusuk dunia.
Pada siri anime dan filem pihak TMS Entertainment telah menyunting versi antarabangsa untuk seluruh dunia. Oleh itu, sebahagian versi anime telah buat perubahan iaitu:
- Logo asal siri ini ditukarkan dan guna logo dalam tulisan roman sahaja atau bahasa di negara masing-masing.
- Lagu pembukaan dan penutupan tidak ditayangkan atas alasan hak cipta lagu iaitu:
- Feel Your Heart oleh VELVET GARDEN
- GIRIGIRI chop oleh B'z
- Meikyuu no Lovers oleh heath
- Overture oleh Koshi Inaba
- Ashita o yume mite oleh Zard
- Episod istimewa yang ditayang sepanjang 1 sehingga 3 jam dipendekan dan ditayangkan sepanjang 25 minit.
Malaysia
[sunting | sunting sumber]Siri manga diterbitkan oleh Tora Aman dikeluarkan buat kali pertama pada April 2000 sehingga dihentikan pada 31 Mei 2017 telah diterbikan sebanyak 82 jilid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Siri anime pernah disiarkan di TV3 dan Astro Ceria. Siri filem pernah disiarkan sebanyak lima buah filem dan dipawagamkan di panggung skrin Golden Screen Cinema iaitu Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea, Detective Conan: Dimensional Sniper, Detective Conan: Sunflowers of Inferno, Detective Conan: The Darkest Nightmare, Detective Conan: Crimson Love Letter dan Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire.
Amerika Utara
[sunting | sunting sumber]Siri manga dan Anie terpaksa menukar tajuk siri ini menjadi Case Closed gara-gara isu undang-undang berkenaan nama "Conan" (seperti yang dipakai oleh Conan the Barbarian, sungguhpun Conan juga dijadikan nama orang seperti Conan O'Brien). Siri manga diterbikan oleh Viz Media dikeluarkan buat kali pertama pada 7 September 2004. Kini sebanyak 57 buah jilid dalam Bahasa Inggeris telah dikeluarkan. Versi anime dilesen oleh FUNimation Channel telah ditayangkan sebanyak 130 buah episod (123 episod di Jepun). Pada Oktober 2014, Crunchyroll mengambil lesen siri anime ini dan boleh tonton di laman sesawang dan aplikasi Crunchyroll (hanya di Amerika Utara sahaja).
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 週刊少年サンデー 1994年 表示号数5. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2020. Dicapai pada 25 Mac 2020.
- ^ 祝!『名探偵コナン』連載30周年! 〜「少年サンデー」はじめ、盛りだくさんなお祝い企画が続々スタート!〜 (Siaran akhbar) (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. 10 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2024. Dicapai pada 10 Januari 2024 – melalui PR Times.
- ^ 「名探偵コナン」少年サンデー第7号は連載30周年記念スタート号!探偵衣装&虫眼鏡… "初表紙"を思い起させる特別デザインにも注目. AnimeAnime.jp (dalam bahasa Jepun). 10 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2024. Dicapai pada January 10, 2024.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (8 Ogos 2017). "Detective Conan Is 1st Shonen Sunday Manga to Publish 1,000th Chapter". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2019. Dicapai pada 12 September 2019.
- ^ "Detective Conan Vol. 1" (dalam bahasa Japanese). Shogakukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2012. Dicapai pada 11 Jun 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Detective Conan staff" (dalam bahasa Jepun). Yomiuri Telecasting Corporation. Dicapai pada April 13, 2009.
- ^ "Detective Conan". TMS Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada December 9, 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Detektif Conan |