Pergi ke kandungan

Cruiser Mk I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cruiser Mk 1
Kereta kebal Cruiser Mk 1
NamaCruiser Mk 1
Panjang5.8 meter
Lebar2.5 meter
Tinggi2.65 meter
Berat12 tan
Suspensibogie
Kelajuan di jalan25 batu sejam
Kelajuan luar jalan15 batu sejam
Jarak150 batu
Senjata utamaQF 2-pdr
Senjata kedua3 x 0.303 mesingan vickers
Perisai14
EnjinAEC disel
Kuasa150
Anggota6 orang
Senjata utamaQF 2-pdr

Kereta kebal Cruiser, Mk I (A9) merupakan kereta kebal kruiser British tempoh antara perang. Ia juga merupakan kereta kebal kruiser yang pertama: kereta kebal pantas yang direka untuk memintas barisan musuh utama dan menyerang garisan komunikasi musuh, termasuk juga kereta kebal musuh. Kereta kebal Cruiser Mk II adalah adaptasi Mark 1 dengan perisai yang lebih berat yang dibangunkan pada masa yang sama.

Reka bentuk dan pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1936, Pejabat Perang British menetapkan dua jenis kereta kebal untuk pembangunan di masa depan: kereta kebal infantri berperisai berat yang akan digunakan dalam operasi kerjasama erat dengan infantri semasa serangan, dan kereta kebal kruiser pantas yang direka untuk membuat menyerang jauh ke dalam wilayah musuh.

Pada tahun 1934 Sir John Carden daripada Vickers-Armstrong telah diminta untuk menyediakan "kereta kebal yang agak murah" sebagai gantian untuk beberapa kereta kebal serdahana yang sedang digunakan. Model reka bentuk perintis beliau telah disiapkan pada tahun 1936 dan diberikan penetapan A9E1.

Ia menggabungkan ciri-ciri terbaik kereta kebal ringan Mk III yang terdahulu, dan menggunakan enjin petrol komersial. Walau bagaimanapun, ini masih dalam masa Kemerosotan Besar dan kereta kebal mengalami beberapa langkah pengurangan kos digunakan. Ia merupakan kereta kebal British yang pertama untuk memiliki menara yang terletak di tengah dan telah memiliki putaran bermotor. Sistem ini dibekalkan oleh Nash & Thompson dan serupa dengan yang diperkenalkan pada pesawat pengebom Vickers Wellington. Perisainya adalah ringan dengan ketebalan maksimum 14 mm, kebanyakan permukaan perisai adalah menegak, dan terdapat banyak perangkap tembakan tetapi ia boleh mencecah 25 mph dan membawa meriam 2 paun pecutan tinggi.

Ruang petak pemandu dan petak berjuang tidak dipisahkan. Serta persenjataan turet, yang terdiri daripada QF 2 paun (40 mm) meriam dan mesingan Vicker sepaksi, terdapat dua menara kecil di kedua-dua belah ruang pemandu, setiap satu memiliki satu lagi mesin-gun. Kedua-dua menara yang lebih kecil kekal dikendalikan, yang memberikan krew kereta kebal seramai 6 (Komander, penembak, pemuat, pemandu dan dua juru mesingan).

A9E1 ini telah diuji dengan reka bentuk yang lain dan walaupun lemah di sesetengah bahagian - pada tahun 1937, ia telah diterima sebagai reka bentuk perantaraan sehingga keretak kebal gantungan Christie boleh dihantar. Suatu tempahan telah diberikan untuk 125. Tujuh puluh lima telah dibina oleh Harland dan Wolff, dan 50 yang lain telah dibina oleh Vickers. Pada asalnya enjin kereta sebuah Rolls-Royce telah digunakan, tetapi ini terbukti kurang kuasa dan digantikan denga enjin bas AEC.

Kereta kebal infantri Valentine berikutnya telah menggunakan badan bawah dan sistem gantungan yang sama, sungguhpun dengan perisai yang lebih beraty.

A9 seberat 12 tan, 5.8 meter panjang, 2.65 meter tinggi, 2.5 meter lebar, dan mempunyai kelajuan tertinggi 25 bsj di jalan raya dan 15 bsj diluar jalan. Julat jalan raya maksimum adalah 150 km. Muatan peluru adalah 100 biji 2-paun dan sejumlah 3,000 biji untuk tiga mesingan Vicker.

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]
Cruiser Mk I CS rosak ditinggallan di Calais, 1940.

Penghantaran kereta kebal kruiser Mark I bermula pada Januari 1939.

Kereta kebal Cruiser adalah kereta kebal yang berkesan di Perancis, Greek dan pada awal kempen Afrika Utara. Meriam 2 paun adalah senjata maut terhadap kereta-kereta kebal Itali awal yang dihadapi semasa kempen Afrika Utara dan boleh bertahan menentang Panzer II dan III awal Rommel. meriam 2 paun A9 juga mampu menembusi 20 - 30 mm keluli perlindungan pada lawan berikutnya seperti Panzer III Ausf D dan variasi Panzer IV Ausf D. Ia adalah berkesan sehingga Jerman memperkenalkan varian Panzer IV Ausf E perisai lebih tebal ke padang pasir pada musim bunga1941. Walau bagaimanapun, perisai minimum menjadikan A9 mudah dimusnahkan oleh kebanyakan senjata anti-kereta kebal Axis. Juga masalah ialah kekurangan peluru letupan tinggi untuk meriam 2 paun dan lebih teruk kekurangan AP bagi meriam 95 mm bagi versi Sokongan Dekat. Satu lagi isu ialah kawasan sekitar menara mesingan depan mencipta permukaan hadapan yang lebih terdedah kepada tembakan musuh berbanding sekiranya ia adalah plat rata, apatah lagi glacis curam.

Ketahanan mekanikal Kruiser tuga lemah. Terutamanya, treknya mudah terlucut menimbulkan kesulitan.

Mark I (A9)
Digunakan oleh Divisen perisai Pertama British dalam Pertempuran Perancis (1940). Digunakan oleh Divisen ke-2 British dan Divisen Perisai ke-7 British di Afrika Utarase hingga 1941.
Mark I CS
Memiliki 3.7 inci (94 mm) /motar L15 muat belakang menggantikan meriam 2 paun. 40 biji, kebanyakannya asap, dibawa.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Tucker, Spencer (2004). Tanks: An Illustrated History of Their Impact. ABC-CLIO. m/s. 49–51. ISBN 1-57607-995-3. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Forty, George (2006). The World Encyclopedia of Tanks & Armoured Fighting Vehicles. Lorenz Books. m/s. 55. ISBN 978-0-7548-1741-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • WWIIvehicles.com, accessed 23 October 2007
  • Bingham, James, AFV Profile No. 8 Crusader-Cruiser Mark VI, Windsor: Profile Publishing

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIIBritishAFVs


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.