Chungha
Chungha | |
---|---|
Kelahiran | Kim Chan-mi 9 Februari 1996 Seoul, Korea Selatan |
Nama lain |
|
Pusat pendidikan | Universiti Sejong |
Pekerjaan |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2016–sekarang |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | chunghaofficial |
Nama Korea | |
Hangul | 김청하 |
Hanja | 金請夏 |
Perumian Semakan | Gim Cheong-ha |
McCune–Reischauer | Kim Ch'ŏngha |
Nama lahir | |
Hangul | 김찬미 |
Hanja | 金燦美 |
Perumian Semakan | Gim Chan-mi |
McCune–Reischauer | Kim Ch'anmi |
Tandatangan | |
Kim Chung-ha (Hangul: 김청하 ; Hanja: 金請夏 , lahir Kim Chan-mi [김찬미 ]; 9 Februari 1996)[6] lebih dikenali dengan nama pentas, Chungha (digayakan sebagai CHUNG HA) ialah seorang penyanyi pop, penari dan koreografer wanita Korea Selatan. Dia menduduki tempat keempat di dalam rancangan realiti Mnet Produce 101 dan menjadi ahli kumpulan projek I.O.I. Berikutan pembubaran I.O.I pada tahun 2017, Chungha memulakan debutnya sebagai artis solo dengan album mini Hands on Me.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Chungha lahir dengan nama Kim Chan-mi (김찬미 ) pada 9 Februari 1996 di Korea Selatan. Di bawah nama Inggerisnya Annie Kim,[7] Chungha menetap di Dallas, Texas, Amerika Syarikat selama lapan tahun sebelum kembali ke Korea Selatan untuk menjadi seorang penyanyi. Chungha fasih berbahasa Inggeris dan Korea.[8] Chungha menamatkan pengajian dalam jurusan tarian dari Universiti Sejong, [9] Chungha mengikuti uji bakat untuk YG Entertainment dan merupakan pelatih JYP Entertainment sebelum menyertai MNH Entertainment.[10][11] Chungha berlatih selama tiga tahun sebelum memulakan debutnya, dan telah menari selama 6-7 tahun. Dia mendedahkan bahawa dia hampir berhenti menghadiri kelas tarian pada suatu ketika kerana masalah kewangan.[12]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]2016-2017: Produce 101, I.O.I dan deebut solo dengan Hands on Me
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Januari sehingga 1 April, Chungha mewakili M&H Entertainment di dalam rancangan realiti kumpulan wanita Produce 101.[13] Beliau menduduki tempat ke–4 dan membuat kemunculan pertama bersama I.O.I pada 4 Mei menerusi album mini Chrysalis.[14] Pada 10 Jun, YMC Entertainment mendedahkan Chungha sebagai salah seorang daripada tujuh orang ahli kumpulan unit I.O.I untuk mempromosi lagu Whatta Man semasa musim panas tahun 2016.[15] Ia telah didedahkan bahawa tiga pasukan telah dihubungi untuk membuat koreografi lagu ini tetapi koreografi Chungha telah dipilih kerana ia dianggap paling berkualiti.[16] Single ini merupakan kejayaan komersial dengan memuncak pada nombor 2 pada Carta Digital Gaon dan pada Carta Album Gaon, masing-masing untuk jualan digital (muat turun dan penstriman) dan fizikalnya.[17]
Pada 30 Jun, Chungha telah didedahkan akan membuat penampilan kameo di dalam drama Korea Entourage bersama ahli I.O.I, Lim Na-young.[18] Pada 24 Julai, Chungha telah didedahkan sebagai ahli rancangan tarian, Hit The Stage.[19] Pada 17 Ogos, Chungha telah diumumkan akan berkolaborasi bersama ahli I.O.I, Choi Yoo-jung dan Jeon So-mi serta ahli DIA, Ki Hui-hyeon untuk lagu "Flower, Wind and You" yang diterbitkan oleh Boi B.[20][21][22] Video muzik telah dikeluarkan pada saluran YouTube MBK Entertainment. Pada 21 Disember, MNH Entertainment mengesahkan bahawa Chungha akan memulakan debut sebagai artis solo pada awal tahun 2017 selepas menamatkan promosi I.O.I.[23] Pada 23 Disember, Chungha berkolaborasi bersama Heo Jung-eun dan Ooon dari HALO untuk lagu "Snow In This Year" yang ditampilkan di dalam drama My Fair Lady.[24]
Pada 10 Januari, Chungha telah dipilih untuk menjadi pengacara rancangan EBS Ah! Sunday - A Running Miracle. Chungha akan menunjukkan kepada orang ramai cara meningkatkan kecergasan fizikal mereka melalui berjoging dan akan membawa sepasukan pencabar di bawah sayapnya untuk persembahan itu.[25] Pada 21 April, Chungha mengeluarkan lagu pra-debut bertajuk "Week" di dalam akaun Youtube M&H Entertainment.[26] Pada 7 Jun, Chungha mengeluarkan album mini pertamanya bertajuk Hands on Me bersama lagu utama, "Why Don’t You Know".[27][28] Pada 17 Julai, Chungha telah didedahkan akan muncul di dalam album solo debut Samuel Kim bertajuk Sixteen menerusi lagu "With U" dan serta dalam single Babylon, "La La La".[29][30] Mulai 3 September, dia mengambil alih tugas Kisum sebagai DJ untuk program radio EBS Listen[31] dan pada 19 September, diumumkan bahawa dia akan menjadi MC untuk Please Take Care of My Vanity FashionN bersama LeeteukSuper Junior dan Han Chae-young.[32] Pada 22 November, episod pertama rancangan realiti dia, "Chung Ha's Free Month" dikeluarkan di Youtube dan NaverTV.[33]
2018–2019: Offset, Blooming Blue, Gotta Go dan Flourishing
[sunting | sunting sumber]Chungha mengeluarkan album mini kedua beliau bertajuk Offset pada 17 Januari 2018. Album mini ini mengandungi lima buah lagu termasuk single utama "Roller Coaster".[34] Pada 26 Jun, MNH Entertainment mengesahkan bahawa Chungha akan kembali pada 18 Julai bersama album mini ketiga beliau bertajuk Blooming Blue dengan single utama "Love U".[35] Chungha menjadi duta untuk Festival Filem Seni Bina Antarabangsa Seoul pada bulan Oktober tahun yang sama.[36] Ia diumumkan pada 8 Ogos bahawa dia akan menyertai kumpulan projek yang terdiri daripada Seulgi Red Velvet, Soyeon (G) I-dle dan SinB GFriend dipanggil SM Station X 0 untuk album projek SM Entertainment. Mereka mengeluarkan single "Wow Thing" pada 28 September.[37] Chungha bekerjasama dengan Yesung Super Junior dengan lagu "Whatcha Doin'" dengan video muzik yang dikeluarkan pada 16 Disember.
Pada 2 Januari 2019, Chungha telah mengeluarkan album single Gotta Go.[38] Pada 9 Januari, dia memenangi trofi program muzik pertama di MBC Music Show Champion.[39] Chungha telah berkolaborasi dengan ahli VIXX iaitu Ravi untuk single "Live", yang dikeluarkan pada 18 Februari 2019.[40] Chungha mengeluarkan album mini keempatnya Flourishing pada 24 Jun 2019, di samping video muzik single utama "Snapping".[41] "Snapping" menduduki tempat pertama pada Show Champion pada 3 Julai 2019.[42][43] Pada bulan Ogos, dia menyertai barisan runut bunyi untuk drama tvN Hotel del Luna.[44] Lagu ini, bertajuk "At the End", dikeluarkan pada 3 Ogos 2019.[45][46] Chungha berkolaborasi dengan Grizzly dalam single "Run" yang dikeluarkan pada 22 Ogos,[47] dan bersama Mommy Son di single "Fast", dikeluarkan pada bulan September untuk JTBC Maraton Seoul.[48] Pada bulan Oktober 2019, Chungha bekerjasama dengan rapper Indonesia Rich Brian di single "These Nights".[49] Lagu ini berfungsi sebagai single untuk album kompilasi kedua 88rising, Head in the Clouds II.[50] Chungha tampil dalam lagu penyanyi rap Changmo "Remedy" untuk albumnya "Boyhood" yang dikeluarkan pada 25 Disember 2019.[51][52] Atas pencapaiannya pada tahun 2019, Chungha dianugerahkan Producer of the Year dan Hot Performance Award of the Year dengan "Gotta Go" di 2019 Gaon Chart Music Awards.[53][54] Pada 12 Disember 2019, Billboard menerbitkan senarai "25 Lagu K-pop Terbaik 2019", dengan single Chungha "Gotta Go" berada di tangga ketiga.[55] Billboard menggambarkan yang terakhir sebagai "Chungha merangkul sepenuhnya sisi yang lebih kuat dan lebih yakin; sisi yang terus konsisten sepanjang tahun utama dan dapat membimbingnya ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam dekad yang baru". Single ini juga berada di kedudukan ke-100 pada Billboard's "The 100 Greatest K-Pop Songs of the 2010s".[56]
2020–sekarang: Promosi di Amerika Syarikat, Querencia dan Bare & Rare
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 2020, Chungha berkolaborasi dengan Paul Kim untuk single "Loveship", yang dikeluarkan pada 21 Januari 2020.[57][58][59] Dia adalah sebahagian daripada barisan runut bunyi untuk drama SBS Dr. Romantic 2 dengan lagu "My Love" yang dikeluarkan pada 4 Februari 2020.[60][61][62] Chungha membuat comeback pertamanya pada tahun 2020 dengan single baru, "Everybody Has" pada 29 Februari sebagai sebahagian daripada projek MNH Entertainment New.wav.[63][64][65] Pada 10 Mac, MNH Entertainment mengumumkan bahawa Chungha telah menandatangani perjanjian dengan agensi Amerika, ICM Partners, untuk promosi Amerika dan globalnya.[66][67][68]
Pada bulan April, Chungha berkolaborasi dalam lagu pop "Lie" dengan penyanyi Max Changmin TVXQ. Lagu ini ditampilkan di dalam album mini debut Changmin Chocolate dan membincangkan tentang emosi yang bertukar antara pencinta yang merasakan cinta dalam pelbagai intensiti.[69][70] Pada 27 April, "Stay Tonight" dikeluarkansebagai single pra-rilis dari album penyanyi yang akan datang.[71] Lagu ini debut dan berada di nombor 9 di Carta Digital Gaon Digital dan berada di nombor 4 di Billboard carta World Digital Songs.[72][73]
Chungha mengeluarkan single "My Friend" yang menampilkan ph-1 dan dihasilkan oleh Zion.T pada 30 Mei 2020.[74][75][76] Chungha kemudian bekerjasama dengan Sprite untuk single promosi "Be Yourself" pada 9 Jun , 2020.[77] Single itu juga merupakan sebahagian daripada projek New.wav MNH.[78][79] Pada 6 Julai, Chungha mengeluarkan single kedua pra-rilisnya "Play".[80][81][82] Single maxi yang terdiri daripada dua single pra-rilis, memuncak di nombor 7 di Carta Album Gaon dengan 12,613 penjualan.[83][84] Diumumkan bahawa Chungha akan menjadi tetamu dalam Law of the Jungle in Wild Korea, penggambaran domestik pertama dalam sejarah program disebabkan oleh pandemik COVID-19.[85][86]
Chungha membuat penampilan runut bunyi untuk drama tvN Record of Youth dengan lagu "You In My Soul" yang dikeluarkan pada 14 September 2020.[87][88] Chungha kemudian berkolaborasi dengan penyanyi Denmark, Christopher dalam single "Bad Boy". Versi langsung dikeluarkan pada 23 September sementara video muziknya dikeluarkan pada 25 September.[89][90] Chungha menandatangani kontrak dengan 88rising pada bulan November 2020. Chungha kemudian berkolaborasi dengan R3hab pada single "Dream of You" yang dikeluakan pada 27 November 2020.[91][92]
Pada 7 Disember, disahkan bahawa Chungha telah positif COVID-19. Semua aktivitinya dihentikan buat sementara waktu untuk menjalani kuarantin seperti ditetapkan dalam protokol kesihatan.[93][94] Dia juga terlepas dari sidang media langsung untuk rancangan baru "Running Girls", tetapi tampil ketika bahagian-bahagiannya ditayangkan semasa tayangan perdana.[95] Pada 21 Disember, disahkan bahawa Chungha adalah pembawa tanpa gejala dan telah keluar dari pusat kuarantin selepas 10 hari dan sedang berehat di rumah sejak 18 Disember.[96] Chungha telah dijadualkan untuk mengeluarkan album studio pertamanya Querencia pada 4 Januari 2021, tetapi pelancaran album tersebut terpaksa ditangguhkan hingga 15 Februari 2021.[97][98] Single utama "Bicycle" dengan video muzik dikeluarkan pada hari yang sama.[99] Chungha tampil pada lagu "Why Don't We" oleh Rain, yang merupakan single utama untuk album mini ketiga Rain Pieces by Rain. Album mini dan video muzik dikeluarkan pada 3 Mac 2021.[100] Chungha dan ahli I.O.I meraikan ulang tahun debut mereka yang ke-5 dengan rancangan siaran langsung perjumpaan yang dipanggil "Yes, I love it!" pada 4 Mei 2021.[101]
Pada 8 Jun 2021, Chungha berkolaborasi dengan Colde pada single "My Lips Like Warm Coffee".[102] Dia kemudian mengambil bahagian dalam runut bunyi One the Woman dengan single "Someday".[103] Pada bulan Oktober 2021, Chungha membuat kolaborasi istimewa dengan krew tarian LACHICA pada single "Bad Girl" untuk "Street Woman Fighter Special.[104]
Pada 29 November 2021, Chungha mengeluarkan single istimewa "Killing Me".[105]
Pada 11 Julai 2022, Chungha mengeluarkan bahagian pertama album penuh kedua beliau Bare & Rare dengan single utama "Sparkling".[106]
Pada Januari 2023, agensi itu mengesahkan bahawa Chungha telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya yang akan berakhir pada bulan Mac.[107]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Querencia (2021)
- Bare & Rare (2022)
Album mini
[sunting | sunting sumber]- Hands on Me (2017)
- Offset (2018)
- Blooming Blue (2018)
- Flourishing (2019)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Siri televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|
2016 | Entourage | Diri sendiri | Episod 1 bersama Lim Na-young | [108] |
2017 | Idol Drama Operation Team | Episod 5–6 | [109] | |
2018 | YG Future Strategy Office | Episod 4 | [110] | |
Top Management | Episode 14 | [111] |
Rancangan televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|
2016 | Produce 101 | Peserta | Rancangan survival yang menentukan ahli I.O.I Ditempat ke-4 |
[14][112] |
Hit the Stage | [19] | |||
2017 | Ah! Sunday – A Running Miracle | Pengacara | [25] | |
King of Masked Singer | Peserta | [113] | ||
Please Take Care of My Vanity | Pengacara | [114] | ||
Chungha's Free Month | Dokumentari | [115] | ||
2018 | Real Life Men and Women | Ahli | [116] | |
The Call | [117][118] | |||
2020 | Law of the Jungle in Wild Korea | [119][120][121] | ||
Running Girls | [122] |
Rancangan radio
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Nota | Ref. |
---|---|---|---|
2017–2019 | Listen | DJ | [31] |
2022 | Noon's Hope Song, Kim Shin-young | DJ istimewa | [123] |
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "I.O.I Dikonfirmasi Siap 'Comeback'". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). June 28, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 15, 2019. Dicapai pada August 15, 2019.
- ^ Lee, Min-ji (July 1, 2019). 9인조 컴백 I.O.I, 스튜디오 블루-스윙엔터 손 잡았다(공식). Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2020. Dicapai pada August 15, 2019.
- ^ "Girl band I.O.I gets back together for new album in Oct". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). July 2, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2019. Dicapai pada July 2, 2019.
- ^ "청하, 美에이전시 ICM과 글로벌 계약 체결 "해외진출 신호탄"". Naver (dalam bahasa Korea). March 10, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada March 10, 2020.
- ^ "Chung Ha Signs With 88Rising Ahead Of New English Single With R3HAB". Forbes (dalam bahasa Korea). November 25, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada November 27, 2020.
- ^ 청하 프로필 (dalam bahasa Korea). Naver. Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2020. Dicapai pada December 25, 2020.
- ^ Shooting Live video – I.O.I appeared to JTBC (Online video) (dalam bahasa Korea). South Korea: JTBC Entertainment. April 28, 2016. 46 minit pada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-17. Dicapai pada August 1, 2019 – melalui YouTube.
- ^ Jang, Yong-hoon (August 5, 2016). "팬들 깜짝 놀라게 만든 I.O.I 김청하 '영어회화' 실력 (영상)". Insight Korea (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 13, 2018.
- ^ ""무용과 14학번" 김청하, 대학생 모델로 커버 장식[화보]". Naver (dalam bahasa Korea). May 15, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada August 11, 2019.
- ^ Kim, Da-som. "트와이스 "'프로듀스101' 김청하 응원, 과거 JYP 연습생"(파워타임)". Newsen (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada May 1, 2016.
- ^ Omega, Jan (January 19, 2017). "I.O.I. Finale: Ideal Of Idol Releases Final Track Written By Woozi Of Seventeen Titled 'Downpour' Before Separating [Video]". Inquisitr. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ Lim, Jasmine (April 23, 2019). "K-pop singer Chungha on going from girl group to solo artist". The Newpaper. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada August 11, 2019.
- ^ Choi, Seong-rok (July 20, 2018). "돌아온 청하... 그녀 소속사 이름 앞에 'god'가 붙은 이유". Oh My News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ a b References:
- "10 K-Pop Artists to Watch in 2018". Rolling Stone. April 28, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- Jeon Su Mi (May 4, 2016). "I.O.I Debuts and Releases ′Dream Girls′ MV". mwave.interest.me. Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2017. Dicapai pada June 2, 2017.
- ^ Park, Hyun-min. 아이오아이, 첫 유닛 확정...'전소미부터 김소혜'[공식입장]. Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2019. Dicapai pada June 11, 2016.
- ^ Kim, Ye-na. "[단독] '역시 춤꾼'...I.O.I 청하, 유닛 타이틀곡 안무 짰다". Naver (dalam bahasa Korea). TV Report. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada August 22, 2016.
- ^ References:
- "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2020. Dicapai pada August 18, 2016.
- "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2019. Dicapai pada August 18, 2016.
- "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada September 13, 2016. Dicapai pada August 18, 2016.
- ^ Cho, Ji Young (September 26, 2016). "[단독] 이성민, '안투라지' 마지막 카메오 합류..조진웅과 특급 의리". Sports Chosun. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada August 19, 2018.
- ^ a b "'힛더스테이지' 장현승X스테파니, 2연승 행진...최종우승할까[종합]". Naver (dalam bahasa Korea). Sports News. August 11, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ Lee, Ho-yeon (August 18, 2016). "MBK 측 "기희현 전소미 최유정 김청하, 콜라보 디싱 준비중"". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada July 12, 2019.
- ^ Choi, Hyun-jung. "기희현X전소미X최유정X김청하 '꽃, 바람 그리고 너' 재킷 공개". Naver (dalam bahasa Korea). Sports DongA. Diarkibkan daripada yang asal pada June 27, 2018. Dicapai pada July 12, 2019.
- ^ "Flower, Wind and You". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). September 9, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada September 10, 2016. Dicapai pada September 8, 2016.
- ^ Hoong, Gook-hwa (October 4, 2018). "FORCE IS FEMALE: 청하와의 인터뷰". Vogue Korea (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ "오 마이 금비 OST". Melon (dalam bahasa Korea). January 17, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ a b Kim, Ang-soo (January 10, 2017). "I.O.I 김청하, EBS '아! 일요일-기적의 달리기' MC 발탁" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018. Text "website:Nate" ignored (bantuan)
- ^ "I.O.I 김청하, EBS '아! 일요일-기적의 달리기' MC 발탁". Naver. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada January 10, 2017.
- ^ [인터뷰] 김청하 "두려움이 반...다양한 색감 내는 가수 될 것" (dalam bahasa Korea). Yonhap News Agency. June 7, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2017. Dicapai pada June 7, 2017.
- ^ "I.O.I 첫 솔로, 청하 'Why Dont You Know'" (dalam bahasa Korea). KBS News. June 7, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2017. Dicapai pada June 7, 2017.
- ^ "베이빌론, 31일 신곡 'LaLaLa' 발표..청하 피처링". Naver (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 1, 2017.
- ^ "[V라이브 종합] '데뷔 1주년' 청하, 이제는 '별하랑'과 함께". Naver (dalam bahasa Korea). Esports News. June 7, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ a b "청하, EBS 라디오 DJ 발탁 "친구같은 방송 만들 것"" (dalam bahasa Korea). August 31, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada November 11, 2017.
- ^ "청하, '화장대를 부탁해3' MC 발탁...데뷔 첫 뷰티쇼(공식)". Naver (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 19, 2017.
- ^ 청하, 오늘(8일) 생애 첫 단독 리얼리티 '청하의 프리먼스' 촬영. Naver (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada November 11, 2017.
- ^ "Chungha rides love's 'Roller Coaster' in new single". kpopherald.com. January 18, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada March 16, 2018.
- ^ [단독]청하, 내달 18일 컴백 확정...차세대 여성 솔로 아티스트의 귀환. Naver (dalam bahasa Korea). June 26, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2018. Dicapai pada June 26, 2018.
- ^ Bae, Hyo-joo (October 10, 2018). 청하, 서울국제건축영화제 홍보대사 "소임 다할 것"(공식입장). Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ "'SM 스테이션영의 프로젝트 걸그룹은 '슬기 X 신비 X 청하 X 소연'?". SportsKhan. August 8, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 29, 2018.
- ^ 청하 '벌써 12시' 뮤비 티저 영상 공개 '몽환적이면서도 신비로운 분위기' 팬들 기대감↑. Naver (dalam bahasa Korea). December 29, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 29, 2018.
- ^ [종합] '쇼챔피언' 청하, 컴백 동시에 1위...에이핑크, 려욱 등 ★ 컴백러쉬. www.xportsnews.com (dalam bahasa Korea). January 9, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2019. Dicapai pada January 9, 2019.
- ^ "빅스 라비 신곡 'live' 오늘(18일) 공개 ... 청하 피처링 참여". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). February 18, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada February 18, 2019.
- ^ "Chungha releases first self-composed song on new album 'Flourishing'". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). June 24, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada June 24, 2019.
- ^ "'쇼!챔피언' 청하, 1위 "더욱 노력하는 청하 될 것"". Naver (dalam bahasa Korea). July 3, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2019. Dicapai pada July 3, 2019.
- ^ "'쇼챔피언' 청하, 컴백하자마자 'Snapping'으로 첫 1위[종합]". Naver (dalam bahasa Korea). July 3, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada July 3, 2019.
- ^ Han-na, Lee (August 2, 2019). "Gummy, Paul Kim and Chungha join soundtrack lineup for "Hotel Del Luna"". The Korea Times (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada August 2, 2019.
- ^ "청하, 오늘(3일) '호텔 델루나' OST '그 끝에 그대' 공개..황금 라인업 합류 [공식]". Osen (dalam bahasa Korea). August 3, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 3, 2019. Dicapai pada August 3, 2019.
- ^ Kim, Ju-hyeon (August 3, 2019). "'음원퀸' 청하, '호텔 델루나' OST 참여... '그 끝에 그대' 가창". BEFF Report (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada August 3, 2019.
- ^ "청하X그리즐리, 컬래버곡 '런(RUN)' 22일 발매". Kookbang (dalam bahasa Korea). August 16, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada August 17, 2019.
- ^ "청하·마미손, JTBC 서울 마라톤 테마송 '달려' 공개". Naver (dalam bahasa Korea). September 8, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2019. Dicapai pada September 8, 2019.
- ^ "청하X리치 브라이언, M/V 티저 2탄 공개...절묘한 호흡.. 기대감UP". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). October 3, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2019. Dicapai pada October 3, 2019.
- ^ "청하X리치 브라이언, 발매 D-1 콜라보 '디즈 나잇' 티저 2탄 공개". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). October 3, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada October 3, 2019.
- ^ "청하, 창모 'REMEDY' 피처링 티저공개‥더 강렬해진 '고혹美' 발산 [★Shot!]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). December 23, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 24, 2019.
- ^ "래퍼 창모, 정규 1집 트랙리스트 공개... 청하, 해쉬스완 등 참여". newstown.co.kr (dalam bahasa Korea). November 28, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 24, 2019.
- ^ "Gaonchart Music Awards" 9th Gaon Chart Music Awards 율해의 기쉬(디지털음원) 후보차 (dalam bahasa Korea). November 1, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada November 25, 2019. Dicapai pada January 13, 2020.
- ^ "방탄소년단 3관왕 인기 입증, 청하·엑소·세븐틴·벤 2관왕(종합)[2020 가온차트]". newsen.com (dalam bahasa Korea). January 8, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2020. Dicapai pada January 13, 2020.
- ^ "The 25 Best K-pop Songs of 2019: Critics' Picks". Billboard. December 29, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 30, 2019. Dicapai pada December 30, 2019.
- ^ "The 100 Greatest K-Pop Songs of the 2010s: Staff List". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 28, 2019. Dicapai pada December 22, 2019.
- ^ "폴킴X청하, 듀엣곡 'Loveship' 발매...역대급 컬래버레이션". Naver (dalam bahasa Korea). January 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada January 13, 2020.
- ^ "Chungha and Paul Kim announce upcoming collaboration plans". Gotech Daily (dalam bahasa Inggeris). January 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2020. Dicapai pada January 13, 2020.
- ^ "청하X폴킴, 특급 하모니 'Loveship' 베일 벗었다‥풋풋·설렘 담은 '교복샷' [★Shot!]". Msn (dalam bahasa Korea). January 21, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2020. Dicapai pada January 21, 2020.
- ^ "청하, '러브쉽' 이어 '나의 그대'로 올해 연초는 감성적인 매력". Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). February 4, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2020. Dicapai pada February 4, 2020.
- ^ "청하, '낭만닥터 김사부2' OST 합류...오늘(4일) '나의 그대' 공개". Hankyung (dalam bahasa Korea). February 4, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada February 4, 2020.
- ^ "청하 '낭만닥터 김사부2' OST 여덞번째 주자 '나의 그대'[공식]". Naver (dalam bahasa Korea). February 4, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2020. Dicapai pada February 4, 2020.
- ^ "청하, 29일 컴백 확정...아르마딜로와 손잡았다(공식)". Naver (dalam bahasa Korea). February 17, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada February 17, 2020.
- ^ "청하, 29일 새 싱글 발표...'New.wav(뉴웨이브)' 프로젝트". Naver (dalam bahasa Korea). February 17, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada February 17, 2020.
- ^ "청하표 감성 발라드 '솔직히 지친다' 오늘 공개 (ft.MV 조보아) [공식]". Naver (dalam bahasa Korea). February 29, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada February 29, 2020.
- ^ "K-Pop Star Chung Ha Signs With ICM Partners: Exclusive". Billboard (dalam bahasa Inggeris). March 9, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada March 10, 2020.
- ^ "K-pop singer Chungha signs with US talent agency". Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). March 10, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada March 10, 2020.
- ^ "청하, 美 3대 에이전시 ICM과 글로벌 계약 체결, 미국 진출 초읽기". Sedaily (dalam bahasa Korea). March 10, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada March 10, 2020.
- ^ Kwon, Yae-rim (April 6, 2020). "TVXQ's Changmin releases first solo album". The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada April 21, 2020. Dicapai pada April 21, 2020.
- ^ Jeong, Byeong-geun (April 6, 2020). "최강창민 "압박 벗어나 스스로를 만들어갈 때 왔다"(일문일답)". The Fact (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada April 20, 2020 – melalui Naver.
- ^ "Stay Tonight". Spotify. April 27, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada May 12, 2020.
- ^ "2020년 18주차 Digital Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada May 7, 2020.
- ^ "World Digital Song Sales". Billboard. May 9, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2019. Dicapai pada May 12, 2020.
- ^ "Why Chungha and Zion.T's First Collaboration 'My Friend' Is Perfect For Right Now". Billboard (dalam bahasa Inggeris). June 9, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "자이언티X청하 '여기 적어줘', MV 티저 공개". Naver (dalam bahasa Korea). May 29, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "자이언티X청하, 콜라보곡 '여기 적어줘' 오늘(30일) 발매". Naver (dalam bahasa Korea). May 30, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "스프라이트, 청하의 썸머 캠페인 신곡 'Be Yourself' 공개". Naver (dalam bahasa Korea). June 9, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "청하, 새 싱글 'Be Yourself' 9일 발매...'New.wav' 프로젝트". Naver (dalam bahasa Korea). June 2, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "청하, 신곡 'Be Yourself' 뮤직비디오 티저 공개 '청량 섹시'". Naver (dalam bahasa Korea). June 8, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "청하, 6일 두 번째 선공개 싱글 'Play' 발매...창모 피처링". Naver (dalam bahasa Korea). July 7, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "청하, 'Play' 두 번째 포토 티저 공개 "화사한 카리스마"". Naver (dalam bahasa Korea). June 25, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "청하, 라틴팝 'Play'의 청량+고혹+섹시미". Naver (dalam bahasa Korea). July 2, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "Maxi Single". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). July 5–11, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ 2020년 7월 Album Chart [July 2020 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "'정글의 법칙' 청하, 거북손 보고 "진짜 거북이 손이에요?"...엉뚱 매력 발산". Naver. September 18, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "'정글의 법칙' 청하, 거북손=거북이 손이란 장난에 '충격'". Naver. September 19, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "청하, '청춘기록' 두 번째 OST 참여···오늘(15일) 발매". Naver (dalam bahasa Korea). September 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "어쩐지 청아하더라...이번엔 OST퀸 청하!". Naver (dalam bahasa Korea). September 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "'23일 발매' 청하X크리스토퍼, 콜라보 음원 'Bad Boy' 커버 이미지 공개". Naver. September 23, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "'글로벌 대세의 만남' 청하X크리스토퍼, 'Bad Boy'로 선보일 청량 POP 케미스트리". Naver. September 23, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 23, 2020.
- ^ "CHUNG HA 'Dream of You': Hot 'Smooth Criminal' moves floors fans, Internet hails K-pop singer as 'god among men'". Meaww. November 26, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada November 27, 2020.
- ^ "청하 오늘(27일) 새 싱글 컴백...R3HAB 컬래버". Naver. November 27, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada November 27, 2020.
- ^ "청하, 코로나19 확진...활동 중단+자가격리 중 [공식]". Naver. December 7, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 7, 2020.
- ^ "Chungha disahkan positif Covid-19". Harian Metro. Dicapai pada 2020-12-07.
- ^ "Mnet 〈달리는 사이〉 온라인 제작 발표회 생중계! 내일(9일) 저녁 7시 50분 첫.방.송 - YouTube". www.youtube.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 8, 2020.
- ^ Baek Ji-eun (December 21, 2020). "[공식] 청하 "18일 코로나19 격리해제조치, 당분간 공식활동 중단"(전문)". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2021. Dicapai pada February 19, 2021.
- ^ "청하, 27일 새 싱글 'Dream of You'로 컴백..커밍순 티저 공개 '눈길'". Break News. November 19, 2020. Dicapai pada November 27, 2020.
- ^ "슈퍼주니어, '2020 TMA'서 정규 10집 신곡 무대 최초 공개...김희철 합류 [공식입장]". entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 10, 2020.
- ^ "Chung Ha unveils first teaser for 'Bicycle' music video". NME (dalam bahasa Inggeris). February 10, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2021. Dicapai pada February 8, 2021.
- ^ "'시즌비시즌' 비·청하, 역대급 컬래버 프로젝트 공개". Naver (dalam bahasa Korea). February 25, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada April 29, 2021. Dicapai pada February 25, 2021.
- ^ "I.O.I to celebrate 5th debut anniversary with a reunion show, here's everything you need to know". I.O.I to celebrate 5th debut anniversary with a reunion show, here's everything you need to know | Bandwagon | Music media championing and spotlighting music in Asia. (dalam bahasa Inggeris). 2021-05-04. Diarkibkan daripada yang asal pada May 5, 2021. Dicapai pada 2021-05-05.
- ^ "청하X콜드, '내 입술 따뜻한 커피처럼' 음원 차트 1위…재해석 통했다". Naver (dalam bahasa Korea). June 9, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2021. Dicapai pada November 18, 2021.
- ^ "SBS 드라마 '원더우먼', 청하의 'Someday' 음원 OST 공개". Naver (dalam bahasa Korea). November 18, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2021. Dicapai pada October 19, 2021.
- ^ "라치카 응원 나선 청하, 특별 음원 'Bad Girl' 공개". Naver (dalam bahasa Korea). November 18, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2021. Dicapai pada October 27, 2021.
- ^ "청하, 29일 새 싱글 '킬링 미'로 9개월 만에 컴백". Naver (dalam bahasa Korea). November 19, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2021. Dicapai pada November 19, 2021.
- ^ "청하, 7월 11일 'Bare & Rare' 컴백 확정..차세대 솔로퀸 귀환[공식]". Naver (dalam bahasa Korea). June 27, 2022. Dicapai pada June 27, 2022.
- ^ Kwon, Hye-mi (January 30, 2023). "솔로 퀸' 청하, 3월 FA나오나…MNH "확인 중" [공식]" [Solo Queen’ Chungha, free agency in March… MNH “Confirming” [Official]] (dalam bahasa Korea). Ilgan Sports. Dicapai pada January 31, 2023 – melalui Naver.
- ^ Kim, Kyeong-bin (June 30, 2016). "tvN '안투라지' 아이오아이부터 하정우까지...역대급 카메오 10인". Insight Korea (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ "[단독] 김청하, '아이�� 드라마 공작단' 특별출연...전소미 만난다". News Nate (dalam bahasa Korea). April 10, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada January 20, 2020.
- ^ "'YG전자' 승리가 이끈 YG 셀프디스, B급유머 폭발..박봄·남태현 등장(종합)[Oh!쎈 리뷰]". OSEN (dalam bahasa Korea). October 5, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 27, 2019. Dicapai pada October 5, 2018.
- ^ [Ep 14 Highlight] Yunwoo on backstage with Chungha. YouTube (dalam bahasa Korea). Top Management. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-17. Dicapai pada January 18, 2019.
- ^ Seon, Mi-kyung (April 2, 2016). "'프로듀스101' 전소미, 1위 지켰다...이변없는 I.O.I 멤버 11인 확정[종합]". Nate (dalam bahasa Korea). OSEN. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 15, 2019.
- ^ "'복면가왕' 김나영X청하X심현섭X이보람, 오늘도 반전...잠시만, 안녕 [종합]". 스포츠조선 (dalam bahasa Kanuri). 2017-09-03. Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2021. Dicapai pada 2021-02-16.
- ^ "청하, '화장대를 부탁해3' MC 발탁...데뷔 첫 뷰티쇼(공식)". Naver (dalam bahasa Korea). September 9, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada November 11, 2017.
- ^ Jeong, Jee-won (November 8, 2017). [공식입장] 청하, 생애 첫 단독 리얼리티 '프리먼스' 론칭...22일 첫방송. Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ Ryu, Min-chul (September 8, 2018). '현실남녀2' 써니 "외로움이나 고독 잘 못느껴", "혼자 있는 시간이 좋아". Naver (dalam bahasa Korea). Choin News. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada December 14, 2018.
- ^ "'더콜' 청하, 히든카드 등장...와 휘성, 태일과 컬래버". Naver (dalam bahasa Korea). News1. May 18, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada February 14, 2020.
- ^ "'더 콜' 청하, 히든카드로 등장...휘성×태일과 호흡". Naver (dalam bahasa Korea). May 18, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 10, 2020. Dicapai pada February 14, 2020.
- ^ Ahn Jeong-eun (August 13, 2020). "박찬호·박세리·추성훈→청하, 역대급 조합...'정글의 법칙' 더 강력해졌다". Seoul Economic Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2021. Dicapai pada September 12, 2020.
- ^ Jo Ji-young (August 19, 2020). "[공식] '정글의법칙' 최초 국내판 '와일드코리아' 포스터 공개..극한 정글 생존 예고". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2021. Dicapai pada September 12, 2020.
- ^ Lee Jeong-hyun (August 20, 2020). "SBS '정글의 법칙' 코로나 장기화에 국내 특집". Yonhap (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada September 12, 2020.
- ^ Kim Sung-hyun (November 25, 2020). "[단독] 선미 이어 청하·하니도 '달리는 사이' 합류... K팝 女스타 뭉쳐(종합)". ytn (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2020. Dicapai pada November 25, 2020.
- ^ Baek Seung-hoon (July 26, 2022). "강승윤·지현우→청하, '정희' 스페셜DJ 출격 [공식입장]" [Seungyoon Kang & Hyunwoo Ji → Chungha, 'Junghee' Special DJ Sortie [Official Position]] (dalam bahasa Korea). iMBC. Dicapai pada July 26, 2022 – melalui Naver.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chungha |
- Chungha di MNH Entertainment (dalam bahasa Korea)
- Chungha di Instagram